July 3, 2013

Kami dan Zumba


Hi,
 
zumba fitness
kredit www.orientalsportsacademy.com
Nak cerita sikit pasal kami dan Zumba. Mulanya saya terjumpa iklan dalam GroupOn mengenai set DVD Zumba berharga RM300 lebih kot lepas diskaun. Mula-mula rasa nak beli je lepas baca kat wiki Zumba ni adalah senaman berbentuk tarian yang berbeza dengan aerobik mahupun aeroback. Antara tarian yang ada ialah salsa, tango, merengue, reggaeton, hip-hop dan lain-lain. Selain tu ada juga tarian eksotik seperti bellydance dan Bollywood. Yang belum ada joget lambak je, sebab mungkin pengasasnya, Beto Perez tak pernah dijemput pergi kenduri yang anjurkan joget lambak.

zumba dance
ni iklan zumba yang lain dalam GroupOn...
Nanti saya ceritakan macam mana saya boleh dapat DVD Zumba ni ye. Masa tu saya masih dalam proses untuk mengecat peti ais lama kami. Punya la semangat kan, badan kaler pink lagi sebab habuk cat dah berzumba. Sejak itu, hampir setiap hari saya, Wildcutecat dan Arissa akan berzumba setiap petang dan pagi ketika weekend. Walaupun hasilnya tak berapa nampak di cermin dan timbangan tapi aktivitinya sungguh menyeronokkan. Peluh jangan cerita la, memang banjir lantai depan tv rumah kami tu. Kebanyakkannya ialah peluh saya sebab Wildcutecat dan Arissa tak macam air terjun sangat lajunya.
Zumba Exhilarate Body Shaping System - 4 DVD Set Plus Bonus
Macam ni la rupa DVD set tu. Cuma tak dapat dumbell sebab....
Dalam set ini ada 6 DVD yang mengandungi 5 aktiviti yang berbeza. Info dari laman web Zumba...
  • Step by Step - A Basic Guide to Break Down the Steps
  • Activate - A 45-Minute, Easy-to-Follow Class to Get You Started
  • Ripped: Zumba® Toning - The Body-Sculpting Workout Featuring Exclusive Maraca-Like Zumba® Toning Sticks and Mix - A Rhythmic Journey Around the World
  • Exhilarate™ - The Original Full-Length Fitness-Party Experience
  • Rush - A 20-minute workout to amp you up
Manakala DVD ke 6 ialah konsert Zumba yang mengandungi aktiviti yang sama dengan Exhilarate.
 
Zumba Exhilarate CD Chart
Zumba Exhilarate CD Chart

Setakat ini kami dah explore 5 DVD. Mula-mula terus kami buat Exhilarate sebab tak tahu nak mula dari mana. Lepas tu rasa susah sebab tak tau step. Nasib baik ada Step by Step yang mengajar basic camne nak ke kiri kanan, terlentang, baring, cangkung, menonggeng dan sebagainya. Manakala Activate adalah versi Zumba yang agak perlahan tapi masih mampu membuatkan saya berpeluh dan Rush, walaupun hanya 20 minit tapi saya berani jamin kompom putus nafas sebab aktivitinya dibuat dengan pantas. Apapun Exhilarate adalah kegemaran kami dan kalau nak tambah seronok kami akan buka konsert Zumba di mana semua penonton akan berzumba sekali dengan instructor. Rasa macam flash mob pun ada. Huhu

Dalam seminggu dua ni aktiviti ini terpaksa dihentikan sementara untuk memberikan laluan kepada movie2 musim panas di pawagam sekarang. Wildcutecat pun dah beli kasut Zumba beliau dan aktiviti boleh diteruskan macam biasa. Saya juga mahu kasut Zumba. Kalau tak saya kena pakai stokin je sebab takut kematu kaki kalau berzumba atas tiles rumah.
zumba shoes - Z-Kickz
saya mahu ini..
Harap boleh diteruskan aktiviti ini sebab nak dengar Arissa cakap "single, single, double" lagi. Huhuhu. Bagi yang masih belum tahu ataupun berminat saya kongsikan beberapa video dari YouTube ni.

1. Zumba® Fitness FAQ by Tanya Beardsley and Gina Grant


2. Zumba Fitness Concert. kena klik sebab uploader tak bagi embed.

Sekian, selamat melentikkan badan!!!

6 comments:

  1. hahaha.. aku baru 1st time berzumba ahad lepas.. huru hara.. hahaha.. bleh la dtg nak tolong basahkan lantai rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja, kalau kena bayarannya...huhu...aku sekarang dah jadi zumba instructor tak berlesen...kalau berminat, boleh bayar kat kaunter ye...hahaha

      Delete
  2. Salam kenal
    apakah dibolehkan menggabungkan antara senam yoga dan senam Zumba untuk bertujuan menurunkan berat badan secara cepat? menurut Gan baju senam terbaru model seperti apakah yang diminati oleh banyak kalangan?

    ReplyDelete
  3. Hi :) Saya nak tanya, macam mana awak beli DVD Zumba online? Saya dah try buka laman tersebut tapi x tertera pon pembelian DVD zumba.

    ReplyDelete
  4. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi wwwasianbet77com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete