June 11, 2013

DIY - Paint Job for an Old Refrigerator

Do-It-Yourself - Mengecat Peti Ais Lama

Hai,

Kali ni saya nak sharekan aktiviti saya dan Wildcutecat pada weekend lepas. Sepatutnya kerja boleh siap dalam 1 hari, tapi disebabkan bahan mentah tak cukup so kenalah sambung hari kedua.

Jadi apa yang diperlukan untuk mengecat peti ais lama?

Bahan-bahan
1. Peti ais lama of coz
2. Kertas pasir (yang tak berapa kasar)
3. Cat
     i. Warna XXXX (dirahsiakan, 2 botol)
     ii. Hitam (3 botol)
     iii. Silver untuk undercoat (1)
     iv. Clear (1)
4. Suratkhabar lama
5. Sellotape

Langkah-langkah:

1. Mula-mula, kena kemaskan dulu sekitar dan atas peti ais. Lap dengan kain basah untuk menghilangkan kekotoran.
DIY - Repaint Old Refrigerator - clean
this is no no no...
2. Gunakan kertas pasir untuk menghilangkan karat dan melicinkan permukaan.

DIY - Repaint Old Refrigerator - hilangkan karat
nampak karat? kat bahagian bawah kiri.,.dikumpul selama belasan tahun

3. Setelah selesai, lap dengan kain basah dan biarkan kering.

4. Balut bahagian yang belum mahu dicat dengan menggunakan suratkhabar lama dan sellotape.

DIY - Repaint Old Refrigerator - balut dengan suratkhabar lama
balut pintu...
5. Spray. Dalam kes saya, saya spray hitam di bahagian tepi dan warna XXXX untuk pintu. Biarkan kering

DIY - Repaint Old Refrigerator - cat tepi
cat bahagian tepi..

DIY - Repaint Old Refrigerator - cat atas
cat bahagian atas...
6. Dah selesai cat bahagian tepi dan atas, buka suratkhabar lama dan balut bahagian yang telah dicat.

7. Spray undercoat kat bahagian pintu. Biarkan kering.
DIY - Repaint Old Refrigerator - undercoat
undercoat silver...
8. Spray warna XXXX di atas undercoat tadi. Biarkan kering.

9. Untuk finishing, tutup bahagian pintu untuk mengecat bahagian plastik di bahagian atas, bawah dan tengah peti ais. Biarkan kering. 

Tips! Untuk hasil yang lebih cantik pastikan peti ais dalam keadaan terlentang macam ni. baru senang nak spray secara sekata.

DIY - Repaint Old Refrigerator - finishing
bunga-bunga warna XXXX sudah kelihatan...
10. Spray clear untuk memastikan cat nampak lebih cantik dan tahan lama. Biarkan kering

11. Dan persembahkan hasilnya....

DIY - Repaint Old Refrigerator - siap
pink mata hitamku...

Satu-satunya peti ais berwarna pink hitam di dunia. Idea muncul apabila ternampak peti ais warna oren hitam di pasaraya Aeon Big, Rahang. Sebelum tu memang nak cat peti ais berusia 15 tahun tu, cuma tak tahu nak cat warna apa je. Nasib baik saya memang ada pengalaman mengecat motor oren hitam saya dulu. Beza dengan mengecat motor, parts peti ais ni tak boleh dibaraikan. Jadi tahap kesukarannya agak tinggi dari mengecat motor.

Mari kita tengok perbandingan sebelum dan selepas.
DIY - Repaint Old Refrigerator - before and after
sebelum dan selepas.
Nampak magnet yang bersusun tu? Ia adalah hasil tangan Wildcutecat yang bernas untuk menutup kecacatan yang tidak disengajakan.
DIY - Repaint Old Refrigerator - defect
kecacatan...
Punca ialah apabila saya mengecat bahagian tengah peti ais, saya spray berulang kali menyebabkan kertas suratkhabar menjadi terlalu basah dan melekat pada bahagian pintu yang telah dicat.

Tips! Pastikan anda tidak spray terlalu banyak hingga menyebabkan kertas suratkhabar terlalu basah. Jika perlu, pastikan bahagian tersebut dilekatkat dengan plastik ataupun sellotape.

Selain itu cat juga nampak tak berapa sekata. Mungkin disebabkan permukaan yang tak berapa rata, permukaan tidak digosok dengan betul menggunakan kertas pasir dan terdapat kekotoran yang tidak dibersihkan. Tapi kalau dari jauh nampak perfect je, dekat-dekat baru nampak spoil sikit.

Masa ini juga adalah masa yang paling sesuai untuk membuat 5S di dalam peti ais anda. Ini adalah gambar selepas dikemaskan. Kalau nak gambar sebelum saya akan post 6 bulan lagi. Huhuhu...

DIY - Repaint Old Refrigerator - 5S
dah kemas barulah snap...huhu
Dan saya jamin perasaan pelik dan hairan akan muncul apabila mengumpul barangan yang dah expired dan tak berguna lagi.
DIY - Repaint Old Refrigerator - garbage
2 plastik barangan yang tidak boleh digunakan lagi...
Sebelum beredar, saya nak sharekan sekeping gambar lagi dari pelbagai sudut dimensi.

kiri, kanan dan tengah

Siyes, tak puas memandang. Jadi sekarang saya sedia menerima tempahan dengan kadar bayaran untuk peti ais kecil (RM290), peti ais medium (RM350), peti ais besar (RM450), mesin basuh (RM300) dan laptop (RM150). Tiada jaminan untuk kualiti dan tiada tempoh warranty. Huhuhu...

Kalau ada sesiapa yang telah atau baru merancang untuk mengecat peralatan lama anda bolehlah berkongsi di ruangan komen untuk bertukar-tukar pengalaman dan ilmu. Sekian!!