May 4, 2013

PRU 13 - Harapan Saya Setiap Kali Pilihanraya

Hai,
Tak sampai 2 jam sebelum kita sama-sama sampai ke tarikh 5 Mei 2013, iaitu tarikh PRU 13. Saya percaya ramai pengundi biasa seperti saya telah bersiap sedia pulang untuk mengundi. Oleh kerana Arissa demam lagi disebabkan keracunan makanan, rancangan awal saya untuk bermalam di rumah Atuk terpaksa dibatalkan. Maka perjalanan mengundi saya esok agak jauh kerana saya mengundi di Palong 12, di mana saya pernah tinggal dan bersekolah manakala Wildcutecat pula di kampungnya Pelangai, Kuala Pilah.

Sebagai pemerhati politik sejak berusia 12 tahun saya mempunyai dua harapan untuk pilihanraya kali ini (harapan setiap pilihanraya sebenarnya) iaitu....

1. Budaya politik yang lebih matang
Selepas 56 tahun merdeka dan 13 kali pilihanraya diadakan sepatutnya rakyat dan parti politik di Malaysia telah lama mengubah perspektif untuk menawar dan membuat pilihan. Sudah sampai masanya parti politik yang bertanding lebih menumpukan kepada pertandingan dan perbandingan dasar dan manifesto siapa yang lebih baik di samping menawarkan calon yang lebih berketerampilan dan tidak mempunyai rekod buruk. Rakyat juga sepatutnya lebih bijak menilai siapa yang lebih mampu memberikan tawaran yang lebih baik. Budaya politik lucah, serangan peribadi dan pembunuhan karakter yang biasa diamalkan di negara ini sepatutnya sudah lama pupus bersama dengan penjajahan British dulu.

Saya menyokong sepenuhnya idea perdebatan diadakan di antara calon yang bertanding di pentas terbuka. Dengan adanya sesi debat dan bahas, rakyat mampu menilai calon mana yang lebih berwibawa untuk mewakili masyarakat setempat di samping mempunyai asas penilaian dasar parti mana yang lebih baik.

Disamping itu, amalan demokrasi yang baik juga membolehkan para penyokong parti tertentu supaya berfikir dan bertindak lebih baik dari sekarang. Saya harap tiada yang bercerai, buang saudara atau putus sahabat kerana berbeza aliran politik. Saya juga tidak mahu berlaku serangan atau provokasi berlaku di mana-mana ceramah politik yang diadakan. Jika debat dan bahas antara pemimpin yang berbeza pandangan dijadikan budaya, saya yakin amalan ini akan seterusnya disuburkan hingga ke peringkat bawahan dan seterusnya menghapuskan pemikiran politik sempit yang diamalkan sebelum ini. Politik yang lebih luas membenarkan anda semua berfikir secara neutral dan boleh memuji dan mengkritik mana-mana parti atau pemimpin sekalipun tanpa ragu.

barisan nasional
Barisan Nasional. Kredit malaysia-chronicle.com
ATAU
pakatan rakyat
Pakatan Rakyat. Kredit kualalumpurpost.net
2. Media yang lebih adil dan telus
Tidak kira parti mana yang akan menang nanti, saya harap pihak media boleh berlaku adil dalam menyiarkan berita. Sepatutnya media-media mainstream seperti radio, tv dan suratkhabar menjadi agen penyebar maklumat yang berkesan, tepat dan benar terutamanya kepada pakcik dan makcik di kampung yang jauh dari mengenal Internet.

Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai indeks kebebasan media dan mendapati ranking Malaysia telah jatuh dan jauh lebih buruk dibandingkan dengan negara jiran kita seperti Singapura dan Brunei. Media seperti juga agensi kerajaan sepatutnya bebas dan berkecuali dari menyokong mana-mana parti. Logiknya iklan yang berulang-ulang walau dalam bentuk apapun boleh mengundang rasa muak penonton atau pembaca seperti iklan penaja sesuatu rancangan tv. Spoiler alert, mereka yang muak ini adalah golongan silent majority dan telahpun beralih kepada media alternatif yang lebih dipercayai kredibilitinya.

Sebenarnya banyak lagi harapan saya, tapi dua ini lebih dari mencukupi sekiranya anda sama setuju dan berfikiran logik seperti saya. Saya percaya dengan adanya dua elemen ini budaya politik yang lebih matang dapat menjadi realiti dan seterusnya menyuburkan lagi demokrasi di negara kita. Apapun pilihan anda esok, saya yakin anda pilih apa yang ada percaya untuk masa depan yang lebih baik untuk anda dan keluarga. Bagi saya saya hanya akan pilih.....

I CHOOSE MALAYSIA!!!

Untuk anda semua yang bakal mengundi esok, saya tujukan lagu ini untuk anda semua. A lame like hell propaganda with a beautiful lyrics that can make your heart cry.

Sekian, dan selamat mengundi

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah. 
*Sila tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

1 comment:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi wwwasianbet77com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete