February 7, 2013

Rasuah Kecil vs Rasuah Besar

Sebagai rakyat Malaysia, kita tentu biasa dengan istilah rasuah. Lebih-lebih lagi jika anda berkhidmat dengan perkhidmatan awam. Ini kerana banyak berita mengenai rasuah yang melibatkan perkhidmatan awam sehinggakan mereka begitu sinonim dengan persepsi negatif pelbagai lapisan masyarakat. Tapi apa itu rasuah sebenarnya?
saya anti rasuah
saya anti rasuah..yeke? biasa yang cakap anti-anti ni yang lebih rasuahnya...huhu
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Rasuah ataupun corruption dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi di dalam undang-undang Malaysia.

Rasuah menurut wikipedia, merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:



  • Meminta/ Menerima Rasuah
    Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
  • Menawar/Memberi Rasuah
    Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
  • Membuat Tuntutan Palsu
    Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
    mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutunya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.
  • amaran
    amaran kepada kamu kamu ye.. be careful, be extra careful...

    Kebiasaanya penerima rasuah melibatkan individu yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk membuat sesuatu keputusan. Antaranya ialah  individu-individu yang terlibat dalam penguatkuasaan (polis, JPJ, kastam) dan sektor pembangunan (kelulusan/pemberian projek). Manakala pemberi rasuah adalah orang yang berkepentingan untuk melepaskan diri atau untuk mendapatkan sesuatu sebagai balasannya.

    Apa pula yang dikatakan rasuah kecil dan rasuah besar? Adakah bersandarkan pada nilai rasuah/suapan yang diterima? Adakah mengikut kedudukan pangkat penerima/pemberi? Ini pendapat saya.

    Rasuah Kecil
    Rasuah yang diterima oleh budak kecil. Contohnya kita masa kecik dulu mak selalu suruh pergi kedai. Mula-mula mesti kita tak nak punya kan. Lepas tu mak kita pun cakap "Nanti mak bagi upah". Kemudian barulah kita mengikut arahan emak kita tadi. betul tak? Ataupun kalau kita nakal, mak akan ugut kita dengan tidak membenarkan kita menonton doraemon. Itulah rasuah kecil sebenarnya.
    rasuah mengikut definisi orang melayu
    rasuah mengikut definisi orang melayu...tepat dan padat...

    Rasuah Besar
    Rasuah yang diterima oleh orang dewasa. Haha, simple je pun tapi kesannya terlalu besar untuk ditanggung oleh rakyat. Contohnya (mengikut ranking terendah) ialah:-
    1. Rasuah Masa - terkenal di kalangan kakitangan awam dengan sikap mereka yang datang kerja lewat, balik awal, keluar pejabat tanpa urusan rasmi ataupun kata lainnya mengular. Impaknya tidak besar iaitu merendahkan imej kakitangan awam. Tapi berbanding dengan rasuah lain, rasuah masa nampak sangat rendah tarafnya. Biasanya dilaung-laungkan untuk menutup bangkai rasuah yang lebih besar (item no. 3 dan no. 4).
    2. Rasuah Rekemen - atau recommendation. Kata lainnya ialah 'guna kabel'. Biasanya terjadi ketika proses pemilihan kakitangan dengan mengutamakan saudara-mara, kenalan ataupun kenalan kepada kenalan. Kesannya kakitangan awam akan dipenuhi oleh kaum kerabat sendiri yang rata-ratanya kurang bermutu berbanding calon lain.
    3. Rasuah saman/prosedur - biasa dilakukan apabila ditahan kerana melanggar peraturan lalu lintas, ada yang menghulurkan duit kepada pihak penguatkuasa untuk tidak dikenakan saman (mungkin sebab diminta). Ataupun diberi untuk mempercepatkan sesuatu urusan di agensi penguatkuasaan yang terkenal dengan birokrasi remeh-temeh dan kelembapan memproses sesuatu permohonan.
    4. Rasuah projek - dilakukan oleh orang yang ingin mendapatkan sesuatu projek dengan mudah (dengan cara pembocoran maklumat ataupun pemberian penilaian yang berat sebelah). Biasanya kos projek akan meningkat beberapa kali ganda untuk melindungi keuntungan pemberi rasuah. Kesannya ialah pihak kerajaan akan dinafikan untuk memilih pembekal yang terbaik untuk sesuatu kerja.Seterusnya pemberi dan penerima rasuah ini akan terus merugikan rakyat dan kerajaan dengan membekal/menerima barangan/servis rendah mutunya, membekal/menerima barangan/servis tidak mengikut spesifikasi selain daripada pembinaan struktur yang tidak mengikut piawaian, cepat rosak dan membahayakan orang ramai. Sebab tu banyak projek sakit tapi tiada penguatkuasaan dilakukan.
    tender tertutup, direct nego lebih berisiko menerima rasuah...transparency please...

    Jadi anda berada di tahap mana? Di Malaysia ini, rasuah yang rendah nilainya sahaja yang menjadi mangsa. Contohnya pelaku rasuah masa (ikan bilis) adalah yang teramai dikenakan tindakan. Sampai ada skuad tindakan khas yang mengambil gambar mereka. Cuba tanya kawan-kawan yang bekerja di Putrajaya. Ramai tak yang kena tangkap? 

    Adakah ini berbaloi jika dibandingkan dengan penerima rasuah saman/prosedur (menggalakkan jenayah kerana semua kesalahan boleh dibayar) ataupun penerima rasuah projek (bernilai minima puluhan ribu ringgit ke jutaan ringgit). Gunakan logik anda untuk menilai.

    Sementara itu, ikan jerung dibiarkan bebas berleluasa. Biarpun penjenamaan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada SPRM tidak dapat menepis pandangan negatif rakyat terhadap badan itu. Pelbagai kempen telah dilakukan tetapi pelaku rasuah tetap tidak berubah. Ini kerana perbuatan ini telah dibudayakan dan diwarisi turun temurun. Bila pelaku rasuah merasakan dirinya selamat, perbuatan itu dilakukan berulangkali tanpa rasa bersalah.

    Oleh kerana perkara ini telah berlaku sejak sekian lama budak-budak sekolah pun boleh meneka kalau ada keluar soalan mengenai rasuah dalam peperiksaan. Dah sama tahap dengan tajuk "Punca gejala sosial di kalangan remaja" gamaknya. Tapi tajuknya high class sikit "Punca jenayah rasuah berleluasa ialah:-
    • 1. Ingin hidup mewah
    • 2. Suka hidup bermegah-megah
    • 3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni
    • 4. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan.
    • 5. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja 
    Tipikal? Tahap budak sekolah je jenayah ni sebenarnya. Jadi janganlah kita buat. Lagipun samada penerima atau pemberi rasuah, dua-dua akan dihumban ke dalam neraka. Belum ditanya lagi pasal amanah yang tidak dijaga, nyawa yang hilang, rezeki orang lain yang dirampas dan sebagainya. Sepanjang hidup mereka akan dipenuhi kebimbangan dan kerisauan. Ini orang kampung panggil sebagai bala. Bala juga bukan sahaja menimpa pelaku rasuah, bahkan melarat sehingga kepada keluarga sendiri. Takkan tuhan nak balas kat orang lain yang takde kena mengena pulak kan?
    rasuah kecil
    kecik-kecik dah diajar rasuah...orang baru masuk diajar rasuah..dan menjadi budaya kerja..

    Akhir kata saya kongsikan terjemahan firman Allah yang bermaksud,
    "dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: ayat 188)

    Sekian.

    p/s: anda mengesyaki berlaku rasuah di jabatan anda, jangan risau untuk melapor sebarang kejadian rasuah. SPRM kata surat layang pun boleh diterima sebagai aduan dan identiti anda dijamin rahsia ;-). Dalam hal ini, lebih baik salah adu dan disiasat daripada membiarkannya begitu sahaja.

    For further readings:
    - Definasi Rasuah dari Terengganu Advance Technical Institute  
    ----------------------------- 
    *Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah. 
    *Sila tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

    No comments:

    Post a Comment