February 1, 2013

Challenge Accepted

Di pejabat saya ada diadakan sesi knowledge sharing pada hari khamis setiap minggu. Pada mulanya, sesi ini diadakan setiap hari bekerja. Kekerapan ini ditukar kerana masa yang diambil terlalu lama untuk bercakap dan mendengar cakap. Lagipun unit lain pun dah lama tak buat, takkan setiap kali unit kami sahaja yang nampak terhegeh-hegeh.
knowledge sharing
Macam ni lagi senang. Kredit amp3d.co.
Terkini sudah kali ketiga saya menjadi speaker untuk sesi ini. Sebelum ini saya telah bercakap mengenai tips memberikan knowledge sharing dengan baik dan 5 peringkat tidur dan jenis imsonia. Untuk sesi terkini, saya telah berkongsi mengenai bagaimana untuk melatih otak anda (how to train your brain).

Sesi kali ini telah saya jalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Mula-mula malu juga rasanya sebab saya dah lama tak praktikkan penggunaan bahasa Inggeris. Masa belajar dulu selalulah juga saya berbual dengan pelancong asing (bukan pendatang asing). Kebanyakannya dari UK, New Zealand dan Australia. Jadi keyakinan kendiri saya memang tinggi walaupun grammar saya berterabur. Saya juga berlatih bahasa Jepun dengan cara ini.

Itu dulu, semenjak bekerja di sektor kerajaan peluang itu semakin berkurang. Kalau ada pun mungkin dengan pembekal kami yang bukan berbangsa Melayu. Tapi selalu saya segan sebab orang lain tak nampak pun macam nak speaking sama. Kalau separuh-separuh tu ramai la. Saya tak mahu macam tu. Bagi saya kalau nak cakap English, biar sampai habiskan 1 ayat.

Ok berbalik kepada tajuk. Cabaran tak rasmi saya kepada rakan sepejabat ialah :-

1. Memberi knowledge sharing dalam bahasa Inggeris, atau
2. Berkongsi pengetahuan, bukan membaca pengetahuan, atau
 3. Kedua-duanya sekali.

Saya bernasib baik kerana telah dilatih semasa pengajian diploma dan ijazah saya serta penyertaan dalam PTD Assesment Centre (PAC). Kalau dikira hampir 50 knowledge sharing / public speaking / pengucapan awam yang telah saya buat (kira banyak bagi jawatan saya yang ciput ini). 

Saya tidak hebat, belum cukup hebat lagi. Saya juga rasa gementar bila berdiri di hadapan ramai orang. Tapi saya sudah banyak kali berkongsi mengenai cara-cara memberikan knowledge sharing / public speaking / pengucapan awam dengan baik. Jadi saya perlu 'Walk the talk' untuk membuktikan apa yang saya cakap itu benar. Saya bukan seorang yang 'Talk and ask others to walk for me'

Sepanjang pengalaman saya menjadi speaker yang tidak terhad di pejabat ini sahaja, saya mendapati terdapat banyak kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakan speaker. Di antara kesilapan yang dibuat ialah:

1. Membawa nota bersaiz A4
Kelemahan membawa nota sebesar itu ialah ia menunjukkan keadaan tangan yang menggigil dengan jelas. Setakat hari ini semua orang saya nampak sebegitu. Tiada yang terselamat. Ada yang menggigil perlahan dan ada yang dah tahap macam gempa bumi.

Sebenarnya tidak salah membawa nota, tapi biarlah ianya kecil seperti que card sahaja. Wildcutecat telah menyahut cabaran kedua saya dan berjaya berkongsi pengetahuan, bukan membacanya. Walaupun tajuknya ringan, lebih kepada fakta serta tiada humor tapi itu satu permulaan yang bagus.

Kelebihan membawa nota kecil ialah anda bebas menggunakan tangan anda untuk lebih berkomunikasi dengan bahasa tubuh.

2. Membaca bukan menghayati
Sesi ini dinamakan Knowledge Sharing jadi seharusnya setiap peserta bekongsi ilmu (to share knowledge). Ilmu yang perlu dikongsi sepatutnya ialah ilmu yang telah dihayati dan diamalkan oleh seseorang itu. Bukan ilmu yang anda baru google dan print secara tergopoh-gapah. 
Megs berkongsi ilmu yang dihatinya. Kredit blog.braintraffic.com.

Sesi ini juga dianjurkan bukan untuk speaker menjadi pembaca berita. Ini juga bukan pertandingan yang memerlukan anda melakukan public speaking secara spontan (inpromtu). Jadi pilih tajuk yang anda benar-benar mahir.

Cerita pasal agama bagai, siap hadis gitu. Memang kita boleh nampak hebat, tapi apakah kesannya kepada orang yang mendengarnya kalau kita sendiri tidak mengamalkannya? Tak munafik ke jadinya kita ni?


3. Kurang eye contact dengan audien dan kurang bahasa tubuh
Puncanya senang sahaja. MEMBACA!!! Jadi apabila anda sibuk membaca mata anda hanya akan tertumpu kepada kertas yang dipegang. Tangan pula memegang kertas dengan kuat takut diterbangkan angin. Hilang fokus bermakna anda akan sesat mencari baris untuk bacaan seterusnya. Ini juga membawa kepada kesilapan keempat iaitu

4. Lontaran suara kurang jelas.
Ini terjadi kerana anda apa? MEMBACA!!! Kepala anda akan menunduk ketika bercakap dan anda hanya akan bercakap dengan kertas sahaja. Lonjakkan kepala dan lontarkan suara anda. Biar keluar air liur pun macam saya (sikit je, tak banjir pun) asalkan suara jelas didengar.

Kelemahan ke 3 dan ke 4 juga boleh berlaku kepada speaker yang tidak membawa nota selain daripada kelemahan ke 5 iaitu kurang keyakinan.

Secara peribadi saya mengkagumi Barrack Obama (presiden USA) dan Anwar Ibrahim (mantan TPM Malaysia) dalam bidang pengucapan awam ni. Mereka mempunyai suara yang tegas, jelas dan sedap didengar, selalu spontan tapi dengan fakta serta memiliki tahap humor yang tinggi. Saya takkan mampu jadi seperti mereka. Saya juga tidak mampu untuk membuihkan air liur saya di hujung bibir.

Sekian untuk perkongsian ilmu kali ini.Selamat mencuba!!!

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment