January 30, 2013

Saya Sudah Berusia 32 Tahun Ini Tahun

Pada tarikh 25 Januari, 32 tahun yang lalu lahirlah seorang bayi yang comel ke dunia yang penuh kezaliman ini. Oh, kenapalah saya perlu memulakan setiap entry birthday saya dengan ayat itu. Semua orang pun sudah tahu saya memang comel.

Mak saya cakap, bila lahir sahaja saya terus boleh berlari dan bercakap. Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya ialah "Mak, nak nasik". Tapi saya tak percaya. Mungkin mak saya tipu. Mustahil saya sehandal itu. Makhluk Kriptonyte pun tak sehebat saya jika cerita itu benar. Tapi bila saya tengok cermin, saya rasa mungkin ada kebenarannya.

Terima kasih kepada yang buat ucapan kepada saya. Yang tak mengucap pun saya ucapkan terima kasih juga. Kalau nak dikira dari sudut bilangan ucapan di laman sosial Facebook, saya rasa saya cukup popular. Seperti biasa saya malu untuk reply ucapan itu. Tetapi tahun ini saya akan cuba untuk membalasnya.

Terima kasih juga kepada isteri tersayang, Wildcutecat kerana disebabkan beliau birthday saya disambut 2 hari berturut-turut tahun ini. Hebat, tiba-tiba saya mengenang salasilah diraja saya. Sambutan tahun ini terlebih meriah bagi seseorang yang tidak membiasakan diri untuk sebarang sambutan.
Capo Grande 32nd Birthday
Ini semasa sambutan hari ke-2 dan Harlida bukanlah pasangan saya, tetapi kakak ipar saya yang kebetulan menyambut hari lahir 2 hari selepas saya..
Sebelum menulis entry ini, saya berkira-kira untuk menunggu kad ucapan yang saya terima setiap tahun. Tapi memikirkan mungkin ada masalah pengeposan, menyebabkan saya tidak mahu menunggu lagi.

Sebagaimana sambutan, saya juga tidak biasa menerima sebarang hadiah pada hari lahir saya. Selepas berkahwin barulah saya merasa semua itu.

Jika ada wishlist hadiah untuk tahun ini, saya mahukan antaranya game Diablo III atau baju kemeja berwarna cyan. Tapi game original Diablo III sangat mahal dan kemeja berwarna cyan sangat susah dicari. Jadi cukuplah kalau kamu semua mencurahkan kasih sayang kepada saya dan menatang saya bagaikan minyak masak panas yang penuh.

Oh ya, tahun ini merupakan tahun pertama saya menerima ucapan birthday dari adik beradik saya. Hampir menitis air mata saya mengenangkan apa buang tabiat diorang tahun ini. Mungkin mereka kembali menyayangi saya selepas selesai kes berebut tanah pusaka itu.

Sempena hari lahir saya, saya juga telah merobah wajah blog ini. Untuk blog ini saya ada target untuk dicapai dan mengubahsuai template adalah langkah pertama untuk itu. Cantik kan? Jangan jeles ok.

Sekian, selamat hari lahir untuk saya. 8 tahun lagi hidup lelaki saya akan bermula. Doakan saya masih baik seperti sekarang. Saya tak mahu menjadi lelaki tua yang miang keladi.

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

2 comments:

  1. ceria sangat.. ahkak suke.. hahaha.. oficially kita adalah sebaya... kan?hahahahaha..

    Happy belated birthday.. mggu depan aku masuk keje weiiiii.. takut pulak..

    ReplyDelete
  2. tq tq...sebaya pun sebaya la...huhu...ok c u next week...mcm bos lak rasanya...huhu

    ReplyDelete