January 20, 2013

Masa Untuk Afrika

Kejohanan Piala Negara-negara Afrika (AFCON) kembali lagi tahun ini. Bukan tahun lepas baru main ke piala ni? Kenapa tahun ni ada lagi?
African Cup of Nation 2013 - South Africa
*ehsan wiki
Ok, sebenarnya bermula tahun ini (2013), AFCON akan diadakan pada tahun ganjil untuk mengelakkan pertembungan dengan Piala Dunia. Tahun ini, acara akan berlangsung dari 19 Januari hingga 10 Febuari 2013 dan dihoskan oleh Afrika Selatan yang bertukar tahun dengan hos asal, Libya kerana perang saudara di dalam negara.

Semalam, kumpulan A dah mula main di mana keempat-empat pasukan seri 0-0. Hebat!! Jadi siapa kosong?? Najwa Latif??
African Cup of Nation 2013 at Tonton.com.my

Edisi tahun ini boleh ditonton di TV3, TV9 dan juga live streaming di Tonton selain dari siaran Astro Supersport 814. Untuk mengetahui jadual perlawanan anda boleh merujuk jadual siaran di sini.

African Cup of Nation 2013 schedule

Seperti biasa, pemain tumpuan yang diharap untuk menyerlah kali ini adalah pemain yang telah terkenal dan bermain untuk kelab-kelab di liga utama Eropah seperti :

Didier Drogba (Shanghai Shenhua FC/Ivory Coast)
*ehsan google
2. Yaya Toure (Manchester City/Ivory Coast)
Yaya Toure (Manchester City/Ivory Coast)
*ehsan google

3. Jon Obi Mikel (Chelsea/Nigeria), dan
Jon Obi Mikel (Chelsea/Nigeria)
*ehsan google

4. Sofiane Feghouli (Valencia/Algeria)
Sofiane Feghouli (Valencia/Algeria)
*ehsan google

Senarai pemain tumpuan boleh anda baca di laman web TV9.

Game semua start tengah malam (waktu Malaysia) so agak berat sikit bagi saya untuk tengok. Tapi bagi yang dah bosan sokong Negeri Sembilan yang selalu kalah je, marilah kita tengok game yang lebih berkualiti ini.

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

2 comments: