January 15, 2013

Bila Ada Orang Suruh Anda Keluar Dari Negara..

Abaikan....

Orang macam ini adalah spesies bebal yang tiada keyakinan untuk berhujah dengan fakta. Bila menyedari tiada peluang untuk memutarbelitkan keadaan, jalan mudah yang diambil ialah dengan menyuruh orang yang tak sependapat dengan mereka keluar dari Malaysia (atau dengan hujah-hujah bangang yang lain).

Tak besyukurlah pula katanya.
Sedangkan dalam hidup bermasyarakat pun kita nak bandingkan keadaan kita dengan jiran sebelah. Sofa dia lagi cantik ke? TV dia lagi besar ke? Inikan pula dalam antara negara. Selalunya tujuan perbandingan dibuat adalah untuk meningkatkan taraf negara kita. Bukan untuk merosakkannya.

Bila buat perbandingan harga minyak, boleh pulak buat semata-mata nak menunjukkan minyak kita murah (Padahal tak pun).

Tapi bila dibandingkan dengan negara yang buat dasar yang lebih baik dari kita, tak boleh pula?

Lagipun, senang sangat ke orang biasa macam kita nak keluar dari negara? 

Dalam konteks pembinaan negara, orang yang mentadbir dan membangkang mempunyai fungsi yang sama pentingnya. Kalau semua yang membangkang keluar dari negara, pasti negara ini menjadi lemah. Tiada check and balance, hanya bangsa yang tahu mengangguk sahaja. Itukah yang kita mahu?

Jadi tak hairanlah jika ramai yang habis belajar di luar negara tak mahu kembali ke tanah air (kebanyakkannya doktor). Sebab mereka ini adalah golongan profesional dan tak mahu bakat mereka dicurahkan di tempat yang tak menghargai mereka. Ramai juga yang berhijrah keluar semata-mata untuk menjaga keluarga dan harta mereka. Sampai sanggup kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit dengan mewujudkan Telent Corp untuk memanggil mereka-mereka ini pulang. Tapi tak tahulah berjaya ke tidak.

Anda dah menonton rakaman Bavani vs Sharifah Zohra Jabeen? Mari kita tengok contoh puak-puak yang hilang akal bila tak dapat jawab soalan mudah.



Secara psikologinya, ini adalah contoh cover up yang klasik.

1. Mengulang satu perkataan secara berulang-ulang. "Listen, listen, listen" x1000
2. Membuat penegasan dia tidak biadap.
3. Tidak menjawab soalan (Binatang pun ada masalah? WTF).

Maka ketahuilan jika ada orang yang gagal menjawab soalan anda dan sebaliknya menyuruh anda keluar dari negara, anda telah menang!!

Kalau satu hari nanti si Sharifah Zohra ni terkena macam Bavani, adakah anda rasa dia akan keluar dari negara? Jika ya, negara mana yang nak ambil dia ek?

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

3 comments: