January 31, 2013

Awesome This Blog Is Not!! Yoda says

Hai.

Bagi pengunjung setia blog sepi ini mesti anda perasan perubahan pada wajahnya. Sebelum ini saya berkonsepkan retro "Kiss & Kill" yang sesuai dengan jiwa remaja saya. Sekarang saya telah berumur 32 tahun. Jadi blog saya pun harus ikut matang sama.
header capo
Ini header lama blog saya. Nampak meriahuolls.

Ini yang baru. Putih salju gitu. Ringkas, padat, elegan. Janji Neelofa suka.
Saya juga sekarang telah menggunakan template blogspot yang baru. Template ini saya download dari Habib kerana ianya ringkas dan sesuai dengan jiwa saya. Jika berminat anda boleh ke blog beliau dan memilih 1 yang sesuai untuk diri anda.

Template baru ini ada banyak kelebihannya. Mari saya senaraikan satu persatu.
          1. Built-in search bar - Mudah, tak perlu masuk coding lain. Saya pun tak pandai.
search bar
Terletak di bawah banner untuk kemudahan pengunjung.
          2. Popular post yang berwarna-warni - cuba mouse over kat gambar tu, akan ada efek tau.
Popular post
Popular ke? Tapi cantik warna itu.
          3. Ikon bergambar untuk setiap entry.
          4. Fungsi 'Read More' secara automatik - Mudah, mudah dan mudah.my
Gambar ikon ni takde efek. Read the full article tu saya sudah translate ye.
          5. Pantas - purata untuk load blog saya sekitar 3 - 5 saat sahaja. Lebih laju dari yang lama.
Saya juga telah meletakkan button social share di bawah setiap entry saya. Kalau berminat, janganlah segan untuk kongsi sama orang lain ye. Button ini saya customize dari ShareThis. Kalau saya rajin, saya akan kongsi cara membuatnya.

Social share button dari ShareThis.com. Semua ada tu.
Selain itu, saya juga ada memasang widget dari GuaBlog yang memaparkan pautan ke entry blog lain yang menarik. Silakan klik, tak kena bayar pun.

GuaBlog.com
GuaBlog.com
Di sini saya ingin mengumumkan bahawa blog ini telah berusia 4 tahun pada 1 Januari 2013 yang lalu. Sepatutnya saya dah jadi famous, tapi setakat ini belum ada tanda lagi nampaknya.

Sekian, terima kasih.

p/s: Model banner saya ialah Neil Patrick Harris, pemegang watak Barney Stinson dalam How I Met Your Mother.

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

January 30, 2013

Saya Sudah Berusia 32 Tahun Ini Tahun

Pada tarikh 25 Januari, 32 tahun yang lalu lahirlah seorang bayi yang comel ke dunia yang penuh kezaliman ini. Oh, kenapalah saya perlu memulakan setiap entry birthday saya dengan ayat itu. Semua orang pun sudah tahu saya memang comel.

Mak saya cakap, bila lahir sahaja saya terus boleh berlari dan bercakap. Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya ialah "Mak, nak nasik". Tapi saya tak percaya. Mungkin mak saya tipu. Mustahil saya sehandal itu. Makhluk Kriptonyte pun tak sehebat saya jika cerita itu benar. Tapi bila saya tengok cermin, saya rasa mungkin ada kebenarannya.

Terima kasih kepada yang buat ucapan kepada saya. Yang tak mengucap pun saya ucapkan terima kasih juga. Kalau nak dikira dari sudut bilangan ucapan di laman sosial Facebook, saya rasa saya cukup popular. Seperti biasa saya malu untuk reply ucapan itu. Tetapi tahun ini saya akan cuba untuk membalasnya.

Terima kasih juga kepada isteri tersayang, Wildcutecat kerana disebabkan beliau birthday saya disambut 2 hari berturut-turut tahun ini. Hebat, tiba-tiba saya mengenang salasilah diraja saya. Sambutan tahun ini terlebih meriah bagi seseorang yang tidak membiasakan diri untuk sebarang sambutan.
Capo Grande 32nd Birthday
Ini semasa sambutan hari ke-2 dan Harlida bukanlah pasangan saya, tetapi kakak ipar saya yang kebetulan menyambut hari lahir 2 hari selepas saya..
Sebelum menulis entry ini, saya berkira-kira untuk menunggu kad ucapan yang saya terima setiap tahun. Tapi memikirkan mungkin ada masalah pengeposan, menyebabkan saya tidak mahu menunggu lagi.

Sebagaimana sambutan, saya juga tidak biasa menerima sebarang hadiah pada hari lahir saya. Selepas berkahwin barulah saya merasa semua itu.

Jika ada wishlist hadiah untuk tahun ini, saya mahukan antaranya game Diablo III atau baju kemeja berwarna cyan. Tapi game original Diablo III sangat mahal dan kemeja berwarna cyan sangat susah dicari. Jadi cukuplah kalau kamu semua mencurahkan kasih sayang kepada saya dan menatang saya bagaikan minyak masak panas yang penuh.

Oh ya, tahun ini merupakan tahun pertama saya menerima ucapan birthday dari adik beradik saya. Hampir menitis air mata saya mengenangkan apa buang tabiat diorang tahun ini. Mungkin mereka kembali menyayangi saya selepas selesai kes berebut tanah pusaka itu.

Sempena hari lahir saya, saya juga telah merobah wajah blog ini. Untuk blog ini saya ada target untuk dicapai dan mengubahsuai template adalah langkah pertama untuk itu. Cantik kan? Jangan jeles ok.

Sekian, selamat hari lahir untuk saya. 8 tahun lagi hidup lelaki saya akan bermula. Doakan saya masih baik seperti sekarang. Saya tak mahu menjadi lelaki tua yang miang keladi.

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

January 22, 2013

A Thing Is Not Right Just Because You Do It

A thing is not right just because you do it.
A method is not good just because you used it.
An equipment is not the best just because you own it. 
- John Aldair from The Idea Book
Just Because You Were Not Right For Someone Doesnt mean you will never be right for anyone
yeah!

OR

Just because I understand this quotes doesn't mean I already used it.
Just because you read it doesn't mean you understand it.
Bad experience is still an experience.
Bad memory is still a memory.
Learn, adapt and evolve.
Just leave it be.
Don't dig it.
Anymore.
- Capo Grande

Clear Conscience Sign of Bad Memory
yeah right!!
*ehsan google

OR

Just because you're a boss doesn't mean you can do what you want
If you're the business owner, it's different story
you're just an employee
just like the rest of us
nothing much
- Capo Grande

horrible bosses
yeah damn right!!!

Come, come!! Pick your flava...hoho

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

January 21, 2013

Jozan Bawa Pulang RM500 Ribu, Tapi Boboi Yang Listen

Maharaja Lawak Mega 2012 telahpun berakhir dan Jozan telah dinobatkan sebagai juara kali ini. Tahniah kepada Jozan. Walaupun persembahan kurang kelakar, tapi mungkin menang sebab fan base diaorang lagi ramai.
Jozan - Juara Maharaja Lawak Mega 2012
Tahniah Jozan *ehsan google
Apapun bagi aku, persembahan terbaik malam itu ialah dari Boboi listen, listen, listen. Hoho, tak cukup dekat internet kena troll minah SW1M ni. Apapun sebab best sangat lawak Boboi malam tu, saya pun embed clip diorang untuk rujukan di masa akan datang.


Manakala yang paling tak best ialah Hanif dan Ray. Ya benar, lagi boring dari Da Di Du. Macam mana boleh rating tip top diorang ni? Nampak sangat menumpang lawak Johan.

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

January 20, 2013

Masa Untuk Afrika

Kejohanan Piala Negara-negara Afrika (AFCON) kembali lagi tahun ini. Bukan tahun lepas baru main ke piala ni? Kenapa tahun ni ada lagi?
African Cup of Nation 2013 - South Africa
*ehsan wiki
Ok, sebenarnya bermula tahun ini (2013), AFCON akan diadakan pada tahun ganjil untuk mengelakkan pertembungan dengan Piala Dunia. Tahun ini, acara akan berlangsung dari 19 Januari hingga 10 Febuari 2013 dan dihoskan oleh Afrika Selatan yang bertukar tahun dengan hos asal, Libya kerana perang saudara di dalam negara.

Semalam, kumpulan A dah mula main di mana keempat-empat pasukan seri 0-0. Hebat!! Jadi siapa kosong?? Najwa Latif??
African Cup of Nation 2013 at Tonton.com.my

Edisi tahun ini boleh ditonton di TV3, TV9 dan juga live streaming di Tonton selain dari siaran Astro Supersport 814. Untuk mengetahui jadual perlawanan anda boleh merujuk jadual siaran di sini.

African Cup of Nation 2013 schedule

Seperti biasa, pemain tumpuan yang diharap untuk menyerlah kali ini adalah pemain yang telah terkenal dan bermain untuk kelab-kelab di liga utama Eropah seperti :

Didier Drogba (Shanghai Shenhua FC/Ivory Coast)
*ehsan google
2. Yaya Toure (Manchester City/Ivory Coast)
Yaya Toure (Manchester City/Ivory Coast)
*ehsan google

3. Jon Obi Mikel (Chelsea/Nigeria), dan
Jon Obi Mikel (Chelsea/Nigeria)
*ehsan google

4. Sofiane Feghouli (Valencia/Algeria)
Sofiane Feghouli (Valencia/Algeria)
*ehsan google

Senarai pemain tumpuan boleh anda baca di laman web TV9.

Game semua start tengah malam (waktu Malaysia) so agak berat sikit bagi saya untuk tengok. Tapi bagi yang dah bosan sokong Negeri Sembilan yang selalu kalah je, marilah kita tengok game yang lebih berkualiti ini.

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

January 15, 2013

Bila Ada Orang Suruh Anda Keluar Dari Negara..

Abaikan....

Orang macam ini adalah spesies bebal yang tiada keyakinan untuk berhujah dengan fakta. Bila menyedari tiada peluang untuk memutarbelitkan keadaan, jalan mudah yang diambil ialah dengan menyuruh orang yang tak sependapat dengan mereka keluar dari Malaysia (atau dengan hujah-hujah bangang yang lain).

Tak besyukurlah pula katanya.
Sedangkan dalam hidup bermasyarakat pun kita nak bandingkan keadaan kita dengan jiran sebelah. Sofa dia lagi cantik ke? TV dia lagi besar ke? Inikan pula dalam antara negara. Selalunya tujuan perbandingan dibuat adalah untuk meningkatkan taraf negara kita. Bukan untuk merosakkannya.

Bila buat perbandingan harga minyak, boleh pulak buat semata-mata nak menunjukkan minyak kita murah (Padahal tak pun).

Tapi bila dibandingkan dengan negara yang buat dasar yang lebih baik dari kita, tak boleh pula?

Lagipun, senang sangat ke orang biasa macam kita nak keluar dari negara? 

Dalam konteks pembinaan negara, orang yang mentadbir dan membangkang mempunyai fungsi yang sama pentingnya. Kalau semua yang membangkang keluar dari negara, pasti negara ini menjadi lemah. Tiada check and balance, hanya bangsa yang tahu mengangguk sahaja. Itukah yang kita mahu?

Jadi tak hairanlah jika ramai yang habis belajar di luar negara tak mahu kembali ke tanah air (kebanyakkannya doktor). Sebab mereka ini adalah golongan profesional dan tak mahu bakat mereka dicurahkan di tempat yang tak menghargai mereka. Ramai juga yang berhijrah keluar semata-mata untuk menjaga keluarga dan harta mereka. Sampai sanggup kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit dengan mewujudkan Telent Corp untuk memanggil mereka-mereka ini pulang. Tapi tak tahulah berjaya ke tidak.

Anda dah menonton rakaman Bavani vs Sharifah Zohra Jabeen? Mari kita tengok contoh puak-puak yang hilang akal bila tak dapat jawab soalan mudah.



Secara psikologinya, ini adalah contoh cover up yang klasik.

1. Mengulang satu perkataan secara berulang-ulang. "Listen, listen, listen" x1000
2. Membuat penegasan dia tidak biadap.
3. Tidak menjawab soalan (Binatang pun ada masalah? WTF).

Maka ketahuilan jika ada orang yang gagal menjawab soalan anda dan sebaliknya menyuruh anda keluar dari negara, anda telah menang!!

Kalau satu hari nanti si Sharifah Zohra ni terkena macam Bavani, adakah anda rasa dia akan keluar dari negara? Jika ya, negara mana yang nak ambil dia ek?

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

January 13, 2013

Direct Competitor


Game Manchester United vs Liverpool akan bermula kejap lagi.

Seperti kata Alex Ferguson, dia tak pandang pun di mana kedudukan Liverpool sekarang.

Biasalah orang yang di atas sekali jarang nampak cabaran dari orang yang berkedudukan jauh dari mereka. Biasa yang pesaing terhampir saja dianggap sebagai ancaman.

Tapi sebenarnya ancaman yang terkuat datangnya dari orang yang berkedudukan jauh lebih rendah dari pencabar terdekat kita.

Ular di padang rumput lebih bahaya dari singa di padang pasir.

Politik pejabat bermula dengan teori ini.

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

January 12, 2013

Kegagalan Sebuah Penswastaan

"Cepat sikit Pak Mat. Saya dah lewat nak ke mesyuarat ni", kataku kepada Pak Mat. Bergegas lagi aku kali ini. Bukan sekali dua jadi macam ini. Hampir setiap kali mesyuarat kabinet diadakan aku akan sampai lewat. Tetapi setiap kali itulah aku menjadi orang yang terawal sampai.

Tahun ini genaplah 4 tahun aku dilantik menjadi menteri. Genap 4 tahun jugalah aku menjadi menteri yang tak pernah menggunakan khidmat iringan polis trafik. Bukannya apa, aku tak mahu menyusahkan orang kebanyakan. Masa berkhidmat dalam kerajaan dulu, aku selalu dilantik menjadi pegawai pengiring menteri dan raja. Kasihan aku tengok pemandu lain bila ditahan oleh trafik untuk bagi laluan kepada kami. Macam sampah sahaja, dipaksa member laluan kepada hamba rakyat  macam kami ini.

"Jalan sesak hari ni Dato'. Ada accident kot", balas Pak Mat kepadaku. "Nak call trafik tak?", tanya Pak Mat.

"Takpe, ikut je macam orang lain", jawabku.

Memang itupun kebiasaan aku. Selalu aku yang memandu sendiri. Normal macam pemandu lain. Boleh juga rasa susah. Cuma kadang-kadang aku terpaksa gunakan khidmat pemandu tua ini. Itupun sebab aku kurang arif jalan di ibu kota ini. Lagipun senang nak nampak kerosakan jalan, atau tengok orang dalam kesesakan lalulintas dan macam-macam lagi. Boleh cuci mata dengan gadis manis juga.

Selalu aku tertanya, Menteri Kesihatan ada turun hospital tak? Cuba jadi pesakit tunggu dari pagi ke petang semata-mata untuk dapatkan rawatan. Buat masa ini aku tak mahulah masuk campur urusan kementerian lain. Aku cuma menteri junior yang tiba-tiba diberikan sebuah kementerian yang paling penting dan banyak duit, Kementerian Kerja Raya.

Sedar tak sedar aku dah sampai ke lokasi. Segera aku berlari ke bilik mesyuarat. Seperti biasa akulah yang terawal.

10 minit kemudian barulah beberapa orang menteri lain sampai. Selepas 30 minit barulah Perdana Menteri masuk.

"Ok, semua dah hadir. Kita akan mulakan mesyuarat tergempar kita", dengan pantas Perdana Menteri memulakan majlis. Nampak macam ada masalah besar yang berlaku. Aku tertanya apakah masalah itu.

"Untuk pengetahuan semua, sekarang ini kita mengalami masalah kekurangan dana yang serius. Bukan sahaja dana untuk mengurus negara tapi dan untuk menghadapi pilihanraya tak lama lagi", jawab beliau tanpa perlu ditanya.

"Jadi sekarang saya mahu cadangan bernas dari tuan-tuan untuk mengatasi masalah ini"

Senyap semua hadirin.

Tiba-tiba Menteri Pertanian mengangkat tangan. "Bagaimana kalau kita naikkan harga tol, internet ataupun elektrik?"

Perdana Menteri diam sambil berfikir.

"Kita tak boleh naikkan harga tol lagi. Sejak kita menang pilihanraya 4 tahun lepas hampir setiap bulan harga tol naik. Saya tak mahu rakyat turun buat rusuhan lagi. Lagipun kalau ikut perjanjian, kita boleh tambah bilangan tahun perjanjian kalau tiada kenaikan tol berlaku. Itu pendapatan jangka panjang kita", jawab beliau sebelum kembali terdiam.

"Mengenai harga internet, kita tiada alasan untuk menaikkan harga. Servis sediada sekarang adalah teknologi kuno yang menggunakan copper line. TMNut tak mahu invest lagi untuk talian fiber selepas berjuta pengguna Unifive tak berpuas hati dengan servis sehingga terjadi demonstrasi di seluruh negara". 

"Manakala harga elektrik kita adalah yang termahal di dunia. Kita tak mampu lagi berbohong mengatakan harga elektrik kita lebih murah dari negara jiran. Dana TMB juga terhad untuk kita mewujudkan sebuah lagi syarikat penjana kuasa bebas (IPP). Lagipun kita dah ada hampir 200 syarikat IPP".

"Kalau Dato' mahu mencadangkan kita naikkan harga air, baik Dato' lupakan sahaja", sambung beliau selepas Menteri Pendidikan cuba mengangkat tangan. Segera juga dia menurunkan tangannya.

"Masihkan tuan-tuan ingat tragedi LAWAS?", tanya Perdana Menteri. Masakan kami lupa bagaimana LAWAS (Lembaga Air Wilayah Persekutuan dan Selangor) menjadikan pengguna sebagai tebusan dengan sengaja merosakkan pam air sendiri semata-mata untuk menghalalkan projek pembinaan empangan kita. Akibatnya hampir sebulan rakyat Kuala Lumpur dan Selangor yang memilih pembangkang hilang punca air. Selepas beberapa NGO berjaya membuktikan jenayah mereka itu, LAWAS telah beberapa kali kalah saman di mahkamah. Sampai kencing tak lawas pemilik syarikat itu membayar saman. Paling teruk, parti kita masih kalah di sana. Ini disebabkan oleh kemarahan rakyat kerana terlibat merancang agenda tersebut", tegas beliau mematikan sebarang hujah.

Semua hadirin kembali senyap dan sunyi. Sebenarnya negara ini sudah habis punca pendapatannya. Minyak sudah lama kering, balak sudah lama habis ditebang. Kalau tidak itulah punca kekayaan kami. Manakala hampir semua perkhidmatan telah diswastakan termasuklah pendidikan. Malah perkhidmatan kerajaan semuanya telah diswastakan bermula dengan perkhidmatan ICT di Negeri Sembilan. Kemudiannya konsep ini dibawa ke baki 4 negeri yang masih ditadbir oleh parti kami.

Sekarang hampir 1 jam suasana senyap sunyi ini. Masing-masing dengan gaya berfikir tersendiri. Perdana Menteri yang semakin botak kelihatan menggaru-garu rambutnya yang masih ada. Agaknya semua mencari jalan dengan punca pendapatan semasa seperti keranda terbang kereta nasional, tambang penerbangan mencekik darah ataupun khidmat monorel yang lambat macam siput. Yang pasti semua itu akan menemui satu titik yang sama. Buntu.

Terasa bosan dengan keadaaan itu, aku mengangkat tangan.

"Dato' Seri, saya mencadangkan agar kita menswastakan bekalan oksigen. Apa kata Dato' Seri?", soalku sambil tersengih. Terasa bodoh dengan cadangan sendiri.

Tiba-tiba bilik itu menjadi riuh. Masing-masing meluahkan pendapat sendiri.

"Bagus idea Dato' itu", sambil merujuk kepada aku. "Saya mahu semua pihak yang berkaitan untuk memastikan idea ini direalisasikan dengan cepat. Menteri Perundangan, minta kemukakan cadangan akta oksigen negara untuk kita bentangkan di Parlimen. Kita masih majoriti, jadi jangan risau ianya pasti lulus. Dato' Menteri Kerja Raya kaji bagaimana untuk menutup ruang udara kita dan menjadikan seluruh negara ini sebagai satu ruang vakum yang besar. Menteri Kesihatan sila dapatkan kos untuk melaksanakan penjualan tong dan topeng oksigen kepada rakyat". Menteri Penerangan pula diminta untuk melaksanakan kempen secara halus untuk memastikan rakyat terus ditipu.

Sekarang beliau kembali tersenyum. Nampak puas dengan cadangan bangang aku dan kepantasan dirinya berfikir. Rambutnya pun nampak tumbuh semula. Mungkin dia ketawa dalam hati fikirku.

Mesyuarat tamat, masa untuk mengambil tindakan. Sambil melangkah ke kereta aku berkata dalam hati, "Damn!! Tekono laie korang".

Gambar hiasan sahaja

p/s : penulisan ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang telah dan masih hidup ataupun yang telah dan masih mati.

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

January 6, 2013

This Is How Live Action Movie Supposed To Be - Naruto Shippuden: Dreamers Fight

Move aside Dragon Ball. Here come Naruto Shippuden: Dreamers Fight produced by Thousand Pound Action Company, an independent company based out of Los Angeles, California who produces short action films which include an Asian martial arts sensibility, as well as visual effects. 

As a Naruto fan, I can't hardly wait to watch the actual movie. Provided the quality is as good as this short version. Then I can possibly forget about the nightmare after watching the Dragon Ball movie. 

Before you watch the video, here a some description about it.
  
The story takes place after the Pain saga, with Naruto becoming the acknowledged village hero he's always sought out to be. Seeing Naruto grow steps closer to his dream, Rock Lee decides he, too, must continue to grow and push his training even harder. Feeling unfulfilled in his regimen, Lee decides to challenge Naruto to a no holds barred duel in hopes to reignite his passion to become the best ninja he can be. Naruto accepts the challenge from his close friend, and with this, the fight is set! Will Naruto's constant growth and Nine-Tailed Fox spirit overwhelm the hardworking, hand-to-hand fighter, or will Lee, again, push his body to the limits to become the more powerful opponent? Thousand Pounds Action Company brings you "Naruto Shippuden: Dreamers Fight"!.
 

It's good isn't it? Well, for another action movie produced by them you can go to their youtube channel Thousand Pounds Action Co. Hope you enjoy it!!!

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.