December 29, 2012

7 Bulan Yang Hilang

Lama betul tak update blog ni. Bersawang sangat dah rasanya. Huhu. Bukan apa, malas sangat tangan ni nak menaip lagi. Sampai terlupa saya ada blog rupanya. Huhu. Bukan 1 je pulak tu, blog All About Negeri Sembilan pun lagi dah lama menyepikan dirinya sendiri.

Setelah sekian lamanya, tiba-tiba tergerak lak hati saya nak tengok stat blog ni. Rupanya ada juga visitor setiap hari walaupun tak berupdate. Terharu-biru rasanya. Huhu.

Kalau tengok dari popular posts nampaknya pengunjung blog ni menggemari tutorial yang saya tulis. Top ranking masih lagi entry Resipi ayam dengan sos lemon butter. Terima kasih kepada pemberi resipi itu. Saya hanya mampu buat sekali je, sebab bahan dia sangat susah.

Ini adalah snapshot entry popular saya (sangat la popular kan). Takde la satu entry ribu-riban pun. Tapi masih Top 5 bagi saya gitu. Huhu.
my blog stat
Manakala entry yang lain ialah entry tutorial keyboard rosak, Google Pinyin dan HJ Split. Satu je penulisan berat aku yang masuk ranking. Huhu. Nampak sangat korang tak rajin membaca.

Banyak yang berlaku sepanjang 7 bulan ini. Saya dah habiskan game Heroes III yang saya main sejak tahun 2000, saya dah ada kamera DSLR, cuti sakit selama sebulan setengah, beli rumah lelong dan macam-macam lagi. Nanti-nanti saya ceritakan yek. Huhu.

Apapun terima kasih kepada pengunjung blog ini. Saya janji saya akan mula menulis semula selepas ini. Saya akan cuba memperbanyakkan entry tutorial dan berkongsi pengetahuan saya dengan anda semua.

Sekian, terima kasih.

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

2 comments: