May 18, 2012

Mempercayai Orang Yang Salah

Pernah rasa tertipu dalam hidup??

SUCKS ISN'T IT???

Bila tertipu, orang yang paling mudah dipersalahkan ialah DIRI ANDA SENDIRI. Meskipun yang menipu itu ialah suami / isteri anda, rakan karib, penjual insuran ataupun rakan sekerja mesti kita tak sampai hati nak salahkan diorang. Baik sangat la katanya.

Jangan risau, tertipu sememangnya adalah NORMAL. Kalau tak pernah tertipu itu bermakna anda tidak normal ATAU anda memang BANGANG sebab tak sedar dah kena tipu..hehe

Paling penting apa yang dapat kita belajar dari penipuan itu. Ada yang dapat pengajaran ada yang tidak. Maka rugilah sesiapa yang tak dapat belajar sesuatu itu.

Apapun topik hari ini bukanlah pasal PENIPUAN. Tetapi pasal orang yang MEMPERCAYAI ORANG YANG SALAH.

YANG TERANCAM

Kamu kamu dan aku yang tak berapa nak signifikan ni tak perlu risau sangat, sebab golongan yang paling bahaya biasanya terdiri daripada :-

1. Orang yang berharta / beruang (berwang)

Merujuk kepada telenovela Latin, biasanya orang yang SALAH ialah seperti pakcik makcik yang tamak harta, kekasih yang materialistik ataupun kawan yang jeles. Kadang2 dioarang buat plan untuk rampas semua harta secara keseluruhan. Ada jugak yang ambil sikit2 macam curi barang ke atau suggestkan  urusniaga yang menguntungkan si penipu.

2. Orang yang berkedudukan / berpangkat

Yang ni takyah refer citer TV apa2. Cukup apa yang kita lalui di alam pekerjaan. Maka dengan itu suri rumah, askar pencen tarian bontot atau bekerja sendiri takde kena mengena. Golongan penipu ini ialah orang yang nak menyelamatkan diri sendiri, orang yang nak mengejar pangkat / markah penilaian tinggi ataupun yang berhasrat menjatuhkan orang lain. Ada jugak yang paling dahsyat iaitu kombinasi ketiga2nya. Mangsanya pula ialah bos2 ataupun yang berpangkat lebih sket. Tak banyak, sket je lebihnya.

Itu baru ancaman dari dalam je. Maksudnya ancaman dari saudara mara, kakitangan atau rakan sekerja. Ancaman dari luar pula biasanya ialah peniaga. Tak kira la bisnes apa. Boleh jadi broker saham, kedai pajak gadai, jual produk, MLM atau apa saja yang boleh dijual termasuklah air liur.

KESAN

Kesan dari mempercayai orang yang salah ini takdelah serius sangat. Setakat hilang harta benda, hilang nyawa ataupun dipenjarakan biasa je tu. Kalau bertambah kaya, makin sihat tubuh badan mestilah ramai yang nak buat. Betul tak?? Huhu..

berhati2 jalankan urusniaga...anda mungkin dipenjarakan..
Selain itu mereka juga boleh dijadikan bahan umpatan dan fitnah. Pun tak berapa serius sangat dan boleh diabaikan.

CARA MENGATASI

Simple pimple, jangan percaya sesiapa termasuk DIRI ANDA SENDIRI!!

Haha, senang sangat baik takyah baca blog ni. Tapi itu je caranya, takde cara lain lagi.

Ronald Reagan famously once said "trust but verify". Aku pun rasa setiap kepercayaan yang diberi mestilah disahkan terlebih dahulu. Nak sahkan adalah sesuatu perkara yang sangat susah sebenarnya. Kena bergantung kepada kebijaksanaan seseorang, daya pemerhatian yang tinggi serta caring dan concern (kena ada dua2 baru jadi :-p).

Bagaimanapun ada 3 ciri yang boleh membantu kita membuat keputusan. Ciri-cirinya ialah :-

1. Kredibiliti - Adakah anda rasa orang itu bercakap benar? Sentiasa berkata yang benar? Atau sentiasa menyembunyikan sesuatu? Bagaimana pula dengan pandangan orang lain terhadap dia? Sentiasa jadikan ia sebagai rujukan untuk disiasat. Tiada angin takkan berbau busuk pokok bergoyang. Mesti ada sebab kalau orang lain tak mempercayai dia.

2. Kebolehpercayaan - Always ask "whom can I trust". Boleh ke kita percaya dia akan buat apa yang telah dijanjikan?? Atau dia sentiasa berhelah bila dah kantoi?? 

3. Kemesraan - Adakah dia pendengar yang baik? Adakah dia berterus-terang? Bagaimana dengan komunikasi  2 hala. Adakah dia selalu menceritakan mengenai dirinya sendiri? Pantau reaksinya. Adakah dia terikut emosi kita bila kita menceritakan sesuatu masalah?

Kenapa terlalu banyak persoalan? 1st sekali sebab orang kita malas berfikir. Malas belajar boleh dimaafkan lagi. 2ndly sebab aku merujuk kepada kata2 Akiyama Shinichi dalam Liar Game "Doubt them. Question them, suspect them…and take a good, long look into their hearts. Humans are the kind of beings who can’t put their pain into words after all."

"Trust must be earned" so make sure they prove it to you before you can put your trust in them. Adalah lebih baik MERAGUI ORANG YANG JUJUR daripada MEMPERCAYAI ORANG YANG SALAH.

Sekian.

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment