February 28, 2012

Menanti T-Pop

Apa itu T-Pop??

Bukan Taiwanese Pop...

Bukan juga Thai Pop...

Tapi...

Sekarang budak-budak heboh sangat dengan K-Pop nya. Siap dressup macam jilaka nak tiru gaya artis. Nak tengok contoh boleh ke facebook Jilaka Betul dan tekan butang Like.

i love k-pop
i love k-pop
Tak dinafikan lagu-lagu K-Pop memang catchy plus comel2 belaka. Kalau tak comel tak dapat la jadi artis kan. Tapi jangan tertipu. Takut2 kalau korang baru keluar estet je atau baru nak belajar erti kehidupan.

Ini aku bagi quick guide untuk menjadi peminat K-Pop :

Super Junior..ini K-Pop...kalah Rabbani tu ramainya...
wondergirls..ini K-Pop...nobody nobody but you...
ini K-Pop...bukan Noh Hujan, tapi Rain...
ini bukan K-Pop...ntah jilaka mana yang sanggup pose gay bangla ni...
ini juga bukan K-Pop...kalau karoke pilih lagu ni...sila pejamkan mata...atau bagi yang terlampau gersang, tengok part muka je okeh...
Dulu-dulu sebelum K-Pop meletup, J-Pop jadi kegilaan. Masa tu, dalam awal tahun 2000. Memang berebut-rebut orang nak nyanyi lagu Jepun. 

Sekarang zaman K-Pop pulak. Apa pulak lepas ni?? Kalau ada yang berhasrat nak jadi trend setter boleh lah tengok-tengok potensi T-Pop pulak.

Apa itu T-Pop?? Yang pasti bukan paddle pop atau paddle boat...

T-Pop ialah Tamil Pop...

Mari tunggu zaman T-Pop pulak !!!Tak sabar nak tengok budak-budak dress up macam gelimat...huhu

kasi murah calculator yincik tabooo...
Still lagu J-Pop terbaik bagi aku ialah First Love dari Hikaru Utada dan lagu K-Pop terbaik ialah Because I'm A Girl dari KISS.

Because I'm A Girl by KISS

First Love by Hikaru Utada


p/s: Jiwang jugak aku nih...huhuhu

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

February 27, 2012

Salah?? Minta maaf saja..

Hunter X Hunter volume 1, karya Yoshiiro Togashi tahun 1999. Masa berlalu dan inilah yang masih aku percaya.

hunter x hunter
sedutan...marilah bacanya...huhu

Aku teringat masa 2nd sem kat UiTM, aku sebilik dengan Bob Adi. Satu ari tu, sedang Bob Adi ni menjalar half naked kat tengah bilik, aku terpijak kepala dia dengan tak sengaja. Pantas je aku halakan kepala ke kakkinya aku untuk dipijak balik. 

Damn what a fool me. Aku pulak kena marah sebab mintak maaf sampai macam tu sekali. 

I wish that I could say all these sorry....

  • "Saya minta maaf di atas kecuaian saya menjaga keselamatan negara hingga menyebabkan kebanjiran pendatang asing yang menyebabkan meningkatnya kes jenayah di negara kita. Dengan itu saya meletakkan semua jawatan saya dalam kabinet dengan serta merta."
  • "Saya minta maaf kerana gagal mengawal harga minyak dan harga barangan keperluan harian lain sehingga menyusahkan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah."
  • "Saya minta maaf sebab saya terlalu tamak mengumpul harta dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan."

I wish that it could be as simple as...

  • "I'm sorry."

Mungkin sebab ego. Kadang-kadang menjengkelkan, selalunya mengecewakan.

I just want to let it go, get over it and living my life.

p/s: Buat salah, adalah fitrah. So, marilah selalu buat salah dan berharap takde orang perasan dan tegur. Yeehaaaa

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

February 21, 2012

Merevolusikan pendidikan negara...Mampukah kita?

#1 : Pendidikan percuma; Masih jauh atau sudah hampir?

Isu pendidikan percuma ini bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Selepas pembentangan bajet 2008, Tun Abdullah Badawi, perdana menteri ketika itu mengumumkan pendidikan percuma melalui penghapusan yuran sekolah. Bagaimanapun yuran yang dihapuskan hanya berjumlah RM4.50 dan telah digantikan dengan yuran lain yang lebih membebankan. Terkini, DS Najib melalui bajet 2012 kembali dengan isu penghapusan yuran ini. Kali ini pihak sekolah pula diminta untuk membuat pilihan di dalam pakej Bayaran Tambahan (PBT) yang juga lebih membebankan dari sebelumnya.

Pakej Bayaran Tambahan (PBT)
Inikah bentuk pendidikan percuma yang kita mahu?

Maksud pendidikan percuma dari wiki ialah “Free education refers to education that is funded through taxation, or charitable organizations rather than tuition fees". Bermaksud pendidikan ditanggung sepenuhnya oleh pemerintah hasil daripada kutipan cukai dan sumbangan organisasi (korporat, NGO).

Mampukah pemerintah menanggung kos jika pendidikan percuma yang diberikan adalah dari pra sekolah, rendah, menengah dan peringkat universiti?

Untuk rujukan, kesemua negara Scandinavia telah melaksanakan pendidikan percuma ini. Malah di Norway dan Finland, pendidikan percuma juga diberikan kepada warga asing di peringkat universiti walaupun mereka tidak mendapat keistimewaan elaun bulanan dan kemudahan pinjaman. Manakala di Sweden, yuran dikenakan kepada pelajar yang berasal dari luar Eropah sahaja. Di Brazil, Greece dan Brazil pula melaksanakan pendidikan percuma di semua peringkat pelajaran. 

Bukan sahaja negara-negara maju seperti Jerman, malah negara membangun seperti Sri Lanka, Libya dan Cuba juga menawarkan pendidikan percuma kepada rakyat mereka. Malah, hampir semua negara pengeluar minyak menawarkan sistem pendidikan percuma di semua peringkat untuk rakyatnya. Contoh yang terdekat ialah Brunei.

Mungkin pelajaran percuma masih jauh untuk dilaksanakan di Malaysia untuk dilaksanakan di semua peringkat pendidikan, tapi usaha awal perlu dilakukan . Untuk permulaan boleh dilaksanakan di peringkat rendah memandangkan kos pelajaran, peperiksaan, ko kurikulum dsb, masih belum tinggi. Penghapusan yuran peperiksaan utama (kecuali MUET) yang dilakukan sejak 2007 adalah satu langkah yang baik dan boleh menjadi batu asas pendidikan percuma. 
 
Langkah seterusnya boleh dibuat di peringkat menengah dan universiti. Di peringkat universiti penghapusan yuran dan pemberian subsidi buku rujukan boleh dilaksanakan. Pelajar hanya perlu mengeluarkan belanja untuk sara hidup tanpa memerlukan bantuan biasiswa kerajaan ataupun pinjaman PTPTN lagi. Dengan ini jumlah penghutang muda dapat dikurangkan atau dihapuskan sepenuhnya.

Cabaran : Kos pelaksanaan. Jika kos yang perlu ditanggung pemerintah terlalu tinggi, pelaksanaan dalam 3 peringkat iaitu percuma untuk golongan miskin, 50% untuk golongan sederhana tinggi dan 100% untuk golongan kaya boleh dilaksanakan. Dengan cara ini beban pemerintah dapat dikurangkan di samping dapat membantu pengaliran kekayaan dari yang kaya kepada yang miskin dan seterusnya merapatkan jurang miskin-kaya.

Itu pendapat saya, apa pendapat anda pula? Sebarang cadangan dan komen amatlah dialu-alukan.

p/s : perkataan 'pemerintah' ditekankan kerana pendidikan adalah tanggungjawab pemerintah. Pendidikan percuma bukanlah subsidi !!!

Akan bersambung.....

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

February 8, 2012

Tutorial : FFSJ

Hi, bertemu lagi dalam sesi tutorial ringkas ini. Apa FFSJ ni sebenarnya yek?? FFSJ stand for The Fastest File Splitter and Joiner. Maksudnya pencantum dan pemisah fail yang terlaju. Betul ke??

FFSJ ni berfungsi seperti HJ-Split, bezanya mungkin tak sepopular HJ-Split kot. Tapi fungsinya untuk mencantumkan movie atau fail bersaiz besar adalah sama.

ffsj
katanya la...huhu
Kalau sebelum ni saya dah buat tutorial pasal HJ Split, dan setelah menggunakan kedua2nya terbukti FFSJ lebih pantas dan tuntas dalam bab join2 nih. Korang pun boleh la cuba ye, especially sape2 yang rajin download movie tu.

Untuk menggunakan FFSJ ni mula2 boleh ke laman web FFSJ.

Di sini user boleh membuat 2 pilihan iaitu untuk memilih Lite version ataupun Standard version.

Bagi saya, saya pilih Lite version sebab tak payah nak install2 dan saiznya yang kecil.

Download saje dan klik pada FFSJ.exe (in case, korang amik yang Lite ye)

Ini interface untuk splitting fail yang besar kepada beberapa fail yang kecil. Konsep yang sama macam HJ Split. Pilih source fail (fail yang besar) dan output directorynya dan tekan Split.

Ha, ini yang penting untuk join fail. Pilih first split part (*.001, *._a) dan pilih output file nak letak kat mana. By default dia akan joinkan kat folder yang sama dengan source file tu. Kemudian tekan Join. Walla, sekejap jek...

Sekian saje tutorial kali ini sebab dah ada orang lapar kat belakang ni ajak g makan. Tatata...

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.