January 30, 2012

Bebeday Pink Abang Aaron Ajis

Genap sudah usiaku mencicah 31 tahun. Cicah ye tak, belum cecah lagi. Genaplah 31 tahun lalu seorang bayi lelaki yang comel dan cukup sifat dilahirkan sehingga membesar menjadi lelaki seperti aku. Memang tak ada lelaki(sila ikut rentak lagu Alif Aziz yek)..

  
Alkisahnya aku bercuti panjang selama seminggu sampai la aku masuk kerja balik hari Jumaat lepas. Tau2 je dah ada kad besday dan cokelat atas meja aku. 1st time aku nampak kad secantik ni. Special thanx to Izwan, officemate aku yang design kad ni. Sesuai dengan jiwa romantis aku. Huhu...

Macam biasa la, kalau kad kat opis aku ni, dalam dia mesti ada wish2 gitu. Selamat2, heppi2 hendaknya. Cuma apsal nama Aron Aziz banyak pulak dalam kad ni?? Bukan bebeday dia pun.


    
Ni rupa coklat yang aku dapat. Thanx to penganjur perhimpunan sejuta umat bulanan SUK kali ini, Unit Perumahan. Cumanya aku tak makan coklat sangat, kecuali dark choc jek. So, share2 la dengan Wildcutecat dan Arissa. Tak larat den nak makan sorang.

  

Yang paling spesel ialah hadia dari isteriku ini. Lewat sket sebab aku asek ada je masa dia nak soping. So Sabtu lepas masa aku, Apad dan Kamal sekumpulan lelaki bujeng keluar bersama, dia ambil kesempatan itu untuk membeli hadiah untukku. Apa dalam kotak? Rahsia ye...Thanx sayangku, kalau takde kesempatan tak perlulah susah2 belikan hadiah. Cukuplah belaian kasih sayang darimu itu cewah.


Last sekali aku memang suka kad itu. Suka amat!!! Sampai buat effect blur2 gitu..jilaka punya suka..

p/s: Thanx juga yang wish kat FB..aku ni amatlah jarang wish orang pun..Terharubiru aku tawww...

-----------------------------
*Anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain. Jika ya, sila kongsi dengan menggunakan button share di bawah.
ATAU
*Tinggalkan komen di ruangan ini sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, telah mencuba tutorial/tips/pandangan saya ataupun sekadar ingin meluahkan pendapat anda. Saya akan cuba respon dengan secepat mungkin.

January 16, 2012

Dah semak, baru nak tebas

Dah nak implement, baru nak semak. Dah semak kena la tebas betul tak?? Inilah kerja seminggu dua punya hasil. Patutnya kena kaji dulu betul2 sebelum nak gunapakai. Bukan orang dah memberontak baru nak check balik apa yang tak kena.

www.jpa.gov.my

Aku yang buat study 2 3 bulan boleh ada salah lagi. Kena betulkan balik. Padahal untuk peringkat daerah je. Inikan pulak benda untuk peringkat negara.

Haish, penat je tunggu gaji baru. Agak2 berapa ramai yang dah layak bayar cukai lepas dapat gaji baru ni ek?? I wonder.....

p/s: Dengar kata, Kumpulan Premier yang seramai 36 orang tu tak terlibat dalam penangguhan SBPA ni. Betul ke???