December 7, 2011

- tutorial movicha -

Sering outstation?? 

Main golf dari pagi sampai malam??

Merindui anak2 dan isteri2?

Tak cukup dengar suara sahaja. Nak video call tak boleh lama2. Jadi Movicha ada jawapannya.



Movicha adalah satu (salah satu) apps/program yang membolehkan anda chatting, call atau video conference melalui sebarang talian broadband/3G/wireless dari telefon pintar ke komputer/notebook atau dari PC/notebook ke telefon pintar.

Buat masa ini, sistem pengoperasian yang disokong oleh apps/program ini ialah Windows, Mac, iOS (iPhone, iPad) Symbian (Nokia phone), Windows Mobile dan Android (Sony Ericcson Xperia Arc, Samsung Galaxy SII). Manakala bagi pengguna blueberry Blackberry pula terpaksa menunggu sedikit masa lagi untuk menggunakannya kerana Movicha.

Di sini adalah antara kelebihan Movicha:-
  • Multi-Party live video call, audio call, IM, presence, buddy lists
  • Save on your paid minutes
  • End-to-end encrypted
  • Uses wireless broadband (WiFi, 3G, 4G)
  • Any smartphone/laptop to any smartphone/laptop
Yang ni kelebihan yang disalin dari laman web Movicha. Sebagai pengguna, aku berpuashati dengan prestasi video conference walaupun hanya menggunakan kelajuan EDGE sahaja.

Sesuai dengan mottonya.

"anybody anytime anywhere anydevice anynetwork™"

Bagi pengguna iOS dan Android, apps ini boleh dimuat turun melalui Appstore (iOS) dan Market (Android) yang terbina secara dalaman peranti masing2. Bagi pengguna Windows Mobile, Symbian, Windows dan Mac, installer Movicha boleh dimuat turun dari laman web Movicha secara terus.


Jadi apa tunggu lagi, mari guna apps yang sungguh cool ini beramai2. Sungguh, aku takde share dalam ini company. So, use it to your heart content okeh. Babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

1 comment:

  1. blackberry dah sedia nanti konpem aku install khas semasa 'Main golf dari pagi sampai malam??' ehh 'Sering outstation??' jugak.. apsal semua pun kena kat batang idung aku?

    ReplyDelete