December 20, 2011

- SBPA, bukan SBPA yang itu -

Orang buat entry pasal SBPA aku pun nak gak. Huhu, tapi bukan SBPA yang gaji2 tu. Ni pasal.....

Sistem Baru Parking Allocation (SBPA)

Aha, alkisahnya kat opis aku ni semua pegawai dah dibagi lot parking yang baru. Kalau dulu lot aku dekat ngan guard, bawah pokok dan selalu kena curik. Sampai kena beli kon untuk diri sendiri dan Mekchu. Viruspadu pindah awal sangat, tak sempat nak guna kon.

Sekarang aku dapat parking bawah tanah. Ala2 macam kat Damansara tu, apa nama ntah. Giza, Gaza ke apa. Nak masuk kena guna Touch N Go. Orang takde kad takleh la masuk kan. Seronoknya takyah risau kena rampok lagi. Kalau tak berbakul 'pujian' aku bagi kat sape2 yang tegar masuk parking aku tu. Huhu...nasib a...

So tanggal 1 Dis 2011, aku pun masuk la merasmikan parking baru aku tu. Wildcutecat pun dah ada lot parking sendirik gak. Boleh la dia bawak keter sendiri kalau nak datang awal ke kan. 

p/s : Nanti2 aku ulas pasal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam tu ek. Korang jangan la malas nak baca nanti. Penat aku fikir tu. Huhu

p/s : Nama sistem tu adalah hasil perbincangan di tangga bersama bebudak JPBD. nice name...huhuhu

parking lamaku...nyaman dan selalu dirompak...depan tu McChu punya...huhu

December 7, 2011

- tutorial movicha -

Sering outstation?? 

Main golf dari pagi sampai malam??

Merindui anak2 dan isteri2?

Tak cukup dengar suara sahaja. Nak video call tak boleh lama2. Jadi Movicha ada jawapannya.



Movicha adalah satu (salah satu) apps/program yang membolehkan anda chatting, call atau video conference melalui sebarang talian broadband/3G/wireless dari telefon pintar ke komputer/notebook atau dari PC/notebook ke telefon pintar.

Buat masa ini, sistem pengoperasian yang disokong oleh apps/program ini ialah Windows, Mac, iOS (iPhone, iPad) Symbian (Nokia phone), Windows Mobile dan Android (Sony Ericcson Xperia Arc, Samsung Galaxy SII). Manakala bagi pengguna blueberry Blackberry pula terpaksa menunggu sedikit masa lagi untuk menggunakannya kerana Movicha.

Di sini adalah antara kelebihan Movicha:-
  • Multi-Party live video call, audio call, IM, presence, buddy lists
  • Save on your paid minutes
  • End-to-end encrypted
  • Uses wireless broadband (WiFi, 3G, 4G)
  • Any smartphone/laptop to any smartphone/laptop
Yang ni kelebihan yang disalin dari laman web Movicha. Sebagai pengguna, aku berpuashati dengan prestasi video conference walaupun hanya menggunakan kelajuan EDGE sahaja.

Sesuai dengan mottonya.

"anybody anytime anywhere anydevice anynetwork™"

Bagi pengguna iOS dan Android, apps ini boleh dimuat turun melalui Appstore (iOS) dan Market (Android) yang terbina secara dalaman peranti masing2. Bagi pengguna Windows Mobile, Symbian, Windows dan Mac, installer Movicha boleh dimuat turun dari laman web Movicha secara terus.


Jadi apa tunggu lagi, mari guna apps yang sungguh cool ini beramai2. Sungguh, aku takde share dalam ini company. So, use it to your heart content okeh. Babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

December 1, 2011

- arissa in the boot -

1st time gamble ni sebenarnya nak bawak budak kecik ni tengok wayang. Yolah, omak ayah eh goma nengok movie takkan anak eh tak goma lak kan. Huhu

So citer pertama yang dipilih untuk Arissa ialah Puss In The Boot. Takut gak kalau dia meragam or buat bising dalam wayang tu. Nasib baik pemilihan wayang yang tepat telah dibuat. Arissa tekun menonton sambil menyonyot cikedis dia. Dah dekat nak abis baru dia ngamuk. Dah bosan agaknya. Huhu...
Arissa dan omak eh, Salma 'Wildcutecat' Hayek
ngan ayah eh, Capo 'Antonio Banderas' Grande the furry lover...huhu

update terkini rambut Arissa...wan eh dah gunting macam Nemu...
Kalau belakang panjang sket dah jadi terus la macam ni...


Kesimpulan, next kami bertiga akan menonton Alvin & The Chipmunk pulak. Huhuhuhu....