November 16, 2011

- masihkah kau ingat? siri tv photon -

Tak tau la ramai ke tak yang ingat siri tv ni. Aku try tanya Wildcutecat pasal citer ni dan beberapa rancangan tv lain. Tapi tak tau gak. Mungkin dia malu ngaku dia dari 80's. Orang2 70's pun mungkin layan citer ni gak kot wink wink.

Munkin ramai dah lupa tapi aku masih ingat lagi pasal cite Photon ni. Ok, aku ingat tajuk dan jalan cerita je. Yang lain aku google. Huhu. Maklumla masa kecik2 dulu tak pandai english. Lagipun aku rasa aku tengok citer ni masa darjah 1 or 2 kot. Tak mungkin masa dahjahanam. Huhu

Photon ni mengisahkan pasal sorang budak ni, Christopher Jarvis yang berjaya jadi juara lasertag tournament (ala2 Barney dalam How I Met Your Mother). Dia guna nickname Bodhi Li. Dia telah dijemput untuk menyertai Photon Warrior yang berjuang untuk mendapatkan photonium untuk tujuan kebaikan.

Photonium tu ialah satu unsur yang diperlukan sebagai sumber kuasa kebaikan/kejahatan. Siapa yang mendapatkannya boleh menentukan halatuju seluruh cakerawala ini. Huhu. Kagum2.

Masa kecik2 dulu tengok memang cam canggih. Tapi skang layan balik susah akal nak terima. Skrip pun boleh bikin gelak. Apa pun aku tetap kagum dengan aku masa kecik dulu. Comel je sampai skang. Huhu..

Ni ada link youtube untuk pilot episod Photon. Jom layan!!!!



Gila aku dulu cita2 nak jadi Photon Warrior. Nasib baik tak jadi. Huhu. Next time aku bawakan siri lain pula ye ;-)..

2 comments:

  1. langsung takde ingatan terhadap citer ni. lawak sungguh costume dorang. tapi masa dulu mungkin itu dah cukup canggih.

    ReplyDelete
  2. sebab tu tanya masihkah kau ingat??? huhu..nantikan, banyak lagi benda yang nak ditanya...huhu

    ReplyDelete