November 22, 2011

- jangan salahkan indon -

Malam tadi aku layan final bola Sea Games Malaysia vs Indon bersama Wildcutecat di rumah. Walaupun takde cekodok panas dan nescafe, aku tetap layan. Mana la tau dapat tengok ada orang nangis lagi pasal bola. Huhuhu....

Game ok, menarik cuma kadang2 ada aksi macam budak sekolah main. Stadium penuh sesak dengan banjiran merah putih. Susah nak tengok kelibat warna kuning hitam. Resamlah kalau main kat tempat orang kan. Tapi kalau kita lawan indon, boleh tahan gak supporter diorang. Last sekali aku g stadium tengok, 1/4 orang indon ni je. Sekarang  mau setengah stadium tu diorang konker. Ntah dari ladang mana diorang keluar pun tak tau. Nak2 dah ada program pemutihan lak skang ni. Makin bertebaran la diorang di bumi Malaysia ni.

Terasa nak petik lak kata2 Ong Kim Swee sebelum game ni.

“They don’t respect you, they don’t respect our flag, they don’t respect our King and they don’t respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about. We beat them not once but twice in front of their fanatical crowds. We showed them how it is done.”

Walaupun ada kemungkinan player Malaysia akan menjadi koyok lepas menang emas ni, aku lagi tak suka kalau indon ni menang. Tahap dewa lagi aku menyampah. Dah la asal keluar town je nampak muka diorang. Nak kasi diorang menang lagi. Hak tuih...Kalau kita menang, habis2 pun samada dapat datuk, dapat duit, tanah/rumah banglo atau dapat kawin artis je. Apa la sangat dibandingkan dengan keangkuhan indon ni kalau menang kan???

Tapi kalau takde diorang ni kat Malaysia susah pulak kita nak maju. Hampir semua industri ada muka player import nih. Kerja pembinaan terutamanya. Dah melambak pulak yang mati katak sebab cukong2 ni tak mematuhi peraturan keselamatan. Ada kes pulak dah kerja separuh mati dan sepenuh hati tak dibayar gaji. Sape yang kaya? Tokeh2 cina gak yang kaya beli tanah Melayu pastu jual rumah kat orang Melayu. Macam kes Singapore beli air kat kita la ni. Adoiyaiiii.

Di tempat kedua ialah di sektor pertanian. Kalau ada kesempatan pergi la ke felda atau kampung especially yang ramai orang dah tua2. Yang masuk secara sahnya sikit je, yang PATI boleh buat rumah teres dalam kebun getah tu. Yang speselnya diorang ni, upah ciput pun kerja boleh jalan gak. Tak macam muda-mudi kita. Kerja tak seberapa nak upah mahal2. Macam cilaka perangai, leka nak merempit, isap dadah atau merosakkan gadis2 je. Dah la SPM pun tak berapa nak pass. Buruh2 ni ramai lulusan universitas tau tak??? Diorang ni boleh cari makan sebab ramai di kalangan generasi kedua dan ketiga felda dah tak berminat nak usahakan tanah. Samada memang tak minat atau dah masuk serenti. Dua tu je, takde lain dah. So, atuk2 dan nenek ni takde pilihan lain. Daripada terusan kena tipu perahan sawit, baik upah mamat indon ni buat kerja dengan modal sendirik.

Dan tidak lupa pekerja indon di sektor perumahan. Maksud aku sebagai orang rumah pembantu rumah. Kalau dapat macam Mekchu yang pandai mengurut dan menjaga budak tu untungla badan. Mana yang dah kaki santau, yang letak pad dalam minuman, yang dera bawak lari budak tu best ke? Patut la ramai kena dera. Padan muka kena cap ngan seterika. Memang la sebagai manusia benda tu kira kejam. Tapi kalau la dapat orang gaji yang teruk, sape tak hangin kan. Dah la merempat kat sini. Buat hal pulak. Pastu nak melalak nak gaji minimum RM800. Wei, orang sini pun tak dapat gaji minimum tau tak? Korang lak ngada2. Ptuih kat muka korang.

Nak hari libur konon. Kerja kau mengadap sinetron je pastu main henset nak hari libur. Pastu lari, menyusahkan tuan rumah lak kena bayar denda. Dah la nak amik sorang main riban2 punya kos. Lama lak tu nak tunggu. Korang menipu lak dalam resume. Dalam resume macam Luna Maya, yang datang macam Niyang Rapik. Dalam resume sunti, sekali janda anak lima. Dalam resume lulusan universitas, tapi tak tau arahan. WTF la dey. Agensi gak kaya raya. Nasib  baik aku bijak menetapkan syarat orang gaji aku muka mesti comel ala2 Kris Dayanti ke, Bunga Cinta Lestari ke. Mana nak dapat kan? Haha...

Macam mana lak boleh wujud agensi ni kan?t Masa aku sekolah rendah dulu, memang dah ramai dah pun indon ni kat Malaysia. Semua duduk senyap2 dalam ladang sebab datang naik tongkang. Nak beli barang runcit pun upah orang tempatan sebab takut. Masa tu diorang datang memang berani mati punya. Gamble habis.

Pastu ada lak kes orang kita sendiri lak yang uruskan kemasukan diorang ni secara haram. Yelah sebab dah ramai kaya-raya datang sini. Balik beli tanah, pastu ceciter kat orang kampung psal nak buat duit kat sini. Opportunis kat Malaysia ni kan ramai, so tanpa berlengah lagi cari buruh kat sana angkut bawak sini. Lepas gak, tak tau la sebab yang jaga perairan kita ni memang tak cekap atau ada unsur rasuah di situ. Yang pasti, ini satu permulaan bagi sebuah kecelakaan.

Lepas tu barulah wujudnya agensi yang macam cilanat ni. Kononnya dapat menguruskan kemasukan makhluk asing ini secara efektif dan sistematik. Padahal nak mengayakan kantung sendiri. Ini dah kira pemerdagangan manusia secara halal. Pastu taknak tanggungjawab. Apa2 masalah, semua salah majikan. Kambing betul.

Tahun ni pulak ada pulak program pemutihan PATI yang dinamakan 6P. Maknanya kalau dah tamat Visa atau masuk secara haram akan mendapat pengampunan melalui program ni. Tapi bukan dengan percuma. Paling kurang denda RM400. Lepas tu ada caj RM2000-RM3500 untuk pemeriksaan kesihatan, kad FOMEMA, ID biometrik (macam yang nak guna dalam pilihanraya tu I wonder), Visa dan BAYARAN KEPADA SYARIKAT YANG MENGURUSKAN PROGRAM INI (ni sape???). Dengar citer sorang PATI kita daftarkan dapat RM30 sorang sebagai komisyen. Nak je aku g tangkap mana2 mamat kretek ni. Dapat 10 orang dapat gak duit beras setahun. Huhu...

Dengan pelbagai masalah dari sistem yang lagi lembap dari siput atau Maybank2U 2 3 tahun lepas hinggalah kebanjiran PATI sampai buat jalan jem. Mana taknya, lebih 2 juta PATI dah daftar dalam program ni tau tak?? Kat Seremban ni pun boleh tengok macam mana time ni la tokeh2 park kereta kat kiri kanan jalan semata2 nak daftarkan staff diorang. Dah tu ada lak yang beratur 2 3 hari sampai pengsan2. Dengan kain rentang sebesar alam untuk tujuan promosi. Kaya lagi SYARIKAT YANG MENGURUSKAN PROGRAM INI. Kalau takpun kita kena tanggung makan RM15-RM30 setiap hari kalau tahan kat depot tahanan. Banyak kos tu, dah la duit takde. Baik tambah untung lagi bagus.

Alamak dah melalut lak. Padahal nak citer pasal kita menang bola je. Huhu. Tahniah Harimau Muda. Aku membutuhkan kamu terus menang lagi.

Akhir sekali nak tau kenapa indon kalah?? Bukan sebab Pak Salam Erwin Joko dan bomoh lain kurang enteng ilmunya. Sebabnya ialah jeng jeng jeng...
  

player indon tiada yang ganteng2...kah kah kah..takde kena mengena. Kalau hensem boleh la gi sambut besday kat Bukit Bintang...Hahaha

Waduh, gampang sekali aku minta jangan salahi mereka.. Jadinya mau salahkan siapain???

No comments:

Post a Comment