October 25, 2011

- ringgit malaysia lima puluh -


**Entry ini kopipes dari blog anak memberontak...khas untuk penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan.
**
Assalamu'alaikum,

Tahniah Terengganu & Tahniah Negeri Sembilan.
Kecoh satu Malaysia, itu tiket harga sudah FAM kasi letak RM50 untuk tengok Akhir Perlawanan Malaysia Piala 2011.

RM50
RM50
Tiada kaitan dengan aku, sebab aku pasukan punya sudah kena terajang keluar oleh Terengganu.

Macam ni lah senang, daripada kecoh dekat Facebook, Twitter, buat poster tu, design poster nih, sign petition sana, sign petition sini, hari ni dah Selasa, bila lagi nak hantar petition, pagi nanti kaunter tiket dah dibuka, tiket dah dijual dengan harga RM50, lambat.

Menyenangkan kerja, kita guna kuasa penyokong, korang semua tau tak yang kita nih ada kuasa??? tak tau kan?? haaa...aku nak kasi tau kat korang yang kita rakyat bolasepak nih semua ada kuasa dan kalau kita semua bergabung dan satukan kuasa kita semua, insyaALLAH akan tewas kuasa wang ringgit itu.

Macam ni;
  1. Esok kaunter tiket dibuka, semua penyokong Negeri Sembilan & Terengganu jangan beli tiket.
  2. Jangan beli tiket, sampai harga tiket diturunkan. Kosongkan stadium.
  3. Pastikan anda semua hadir ke Stadium Shah Alam, tetapi pastikan anda hadir tanpa membeli sebarang tiket untuk perlawanan Sabtu ini. 
  4. Tunjukkan sokongan anda dan rasa cinta anda kepada pasukan bahawa anda sanggup datang untuk menyokong walau sejauh mana sekalipun tetapi anda tidak sanggup dirompak dan tidak sanggup kesetiaan dan kecintaan anda terhadap pasukan anda dipergunakan untuk kepentingan sesetengah pihak.
  5. Tunjukkan yang penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan tidak sanggup dipergunakan untuk kepetingan pihak tertentu.
  6. Mana-mana fan club atau penyokong yang akan dapat tiket percuma, juga jangan masuk ke dalam stadium, jangan pentingkan diri sendiri, fikir mengenai penyokong lain yang tak mampu tetapi dikerjakan dan dipijak oleh FAM.
Sanggup??????? Boleh buat???? Memekak, pung-pang kat alam maya nih, korang ingat FAM ambil peduli, takde punya, jangan harap lah.
Kacau kantung wang mereka, baru mereka kelam kabut. Kalau sampai Khamis jualan tiket tidak berganjak walau satu keping, cuba korang fikir, tak ke menggelupur diaorang kat Kelana Jaya tuh...cuba fikir... :-)

Diaorang kacau kita, kita kacau balik!! Apa susah..gunakan kuasa kita. Sokong tetap sokong tapi jangan sampai kesetiaan dan kecintaan menggila kita terhadap sukan ini dan pasukan kita disalahgunakan oleh orang lain untuk keuntungan mereka.  Tak logik dan tak masuk akal, kenapa kos baik pulih stadium harus dipikul tanggungjawab oleh penyokong???? mana sekolah, mana universiti diaorang belajar?? SMKFAM ke? atau UFAM??

Tapi benda nih nak berlaku perlukan semua penyokong dari kedua-dua negeri bersatu dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja. Tapi susah kat Malaysia nih, pasal nanti nak kena jaga hati si polan nih, si polan nih, maklumlah ada orang-orang politik dalam persatuan kan. Yang sakitnya orang-orang biasa yang menggelupur saban minggu cari duit nak beli tiket pegi stadium. Aku cuma risau puak-puak yang dapat tiket subsidi dan tajaan nih nanti, sanggupkah mereka bersama-sama dengan yang lain di luar stadium nanti????

Setidak-tidaknya rakyat bolasepak marhaen silalah bersatu untuk kepentingan kita sendiri rakyat bolasepak. Biarlah golongan bangsawan yang dapat tiket percuma tu mengipas dan terus mengipas. Sekali nih kalau kita biar mereka memijak, maka mereka akan terus memijak. Sokong bukan dengan semangat dan kesetiaan jek, tapi kadangkala perlu disertakan dengan otak dan fikiran juga.

Renung-renungkan lah..Selamat Beramal.

Sekadar tulisan dan pendapat.


***



As for me, aku dah lama berenti tengok bola Malaysia kat stadium ni. Last sekali time NS kalah 3-1 dengan Selangor final piala FA ke apa. Sebelum tu aku last tengok Malaysia main time kalah dengan Indon dalam piala Tiger. Walhal dah leading kat sana. Bengong punya Khalid Jamlus.
Untuk apa kita bayar untuk tengok permainan yang tak seberapa. Boleh je tengok free kat TV1. Bukan aku tak sokong negeri sendiri tapi.......

No comments:

Post a Comment