October 20, 2011

- harga sebuah kejujuran -

Berapa harga sebuah kejujuran??

RM10.90.

Kisahnya begini..........

Aku dah pecahkan sekeping/sebuah(?) frame gambar kat satu shooping complex ni. Kebetulan takde pulak anak India berhampiran. Kalau tak, aku dah buat skill Akak Senduk korang tu. Huhu.

macam ni la rupa frame tu kalau aku tak tipu...huhu..
Oleh kerana tiada orang berhampiran untuk dipersalahkan dan bunyi kaca pecah tu terlalu kuar. Maka aku pun menyuruh Wildcutecat kutip frame yang dah berderai tu masuk dalam cart. Aku pun teringat pantun 2 kerat yang selalu aku baca.

"Nice to see, nice to hold,
Once broken, considered sold"

Dah setel soping semua aku pun pergi la kaunter nak bayar. Aku tunjukkan la frame tu kat cashier. Sambil suruh dia kira je tapi jangan masuk dalam plastik barang aku. Aku cakap aku dah terpecahkan so aku nak bayar je tapi taknak bawak balik.

Tiba2, dia panggil kawan dia suruh amikkan frame lain sebagai ganti. Aku pun terkejut. Aku bagitau dia  sekali lagi aku yang pecahkan frame tu, aku bawak sebab nak bayar je.

Tapi dia cakap, "takpe, takpe". Sambil suruh kawan dia amik cepat2. Aku pun nak kata apa lagi. Senyap je la.

Pastu member dia pun bawak la frame yang baru. Cantik gak. tadi tak sempat tengok sebab rasa bersalah.

Scan rupanya harga frame tu RM10.90 je. Tapi cantik la. So, aku pun bayar harga frame tu dan bawak balik frame yang masih elok dan tak berderai.

Sempat lagi cashier tu berpesan kat aku. "Yincik, lain kali jangan kasi picah tau. Biasa kita memang tak ganti".

"Baiklah", kataku di dalam hati.

Oh ya, oleh kerana kejujuran aku tu aku telah dianugerahkan badge ini oleh seorang gadis.

Kesimpulannya, Be honest, always. Tipu tipu nak kemana? Neraka saje.

So, aku nak tanya sekali lagi.

Berapa harga sebuah kejujuran??

RM10.90 or priceless???

1 comment:

  1. niceeeeeeee...... bleh pakai kat blazer "saya pekerja selamat" dan "jujur itu hebat"

    ReplyDelete