October 20, 2011

- didepanku ada mekchu -

Aii dah lama aku tak update blog ni, tapi demi Mekchu aku gagahkan jugak siapkan draf  yang dah lama aku simpan ni....

Salam Mekchu,

Pada pandangan aku yang simple pimple ni ko adalah seorang yang comel pada mata kasarnya tapi kusut pada mata halusnya. Yelah, part muka dah OK tapi part telinga....Haishhhhh...Bukan kekusutan itu tu yang aku nak highlightkan sebenarnya. Tapi kusut time situasi yang memerlukan tindakan pantas dan tuntas (tiru ayat ko ni, point kase lebey okeh). Orang lain memang la nampak dia cun je dalam blog kan? Tapi aku yang tengok dia hari2 (hari kerja je) selalu nyaris terkusut sekali. Korang bayangkan la setiap kali ada problem dengan rambut serabainya (fitnah 1), gincu sampai ke pipi (fitnah 2), bedak muka yang pecah2 (fakta). Panik yang piknik kataku. Huhu. Tapi tu dulu. Masa tu dia belum MAMPU sangat lagi. Sekarang dia dah makin cemerlang. Mungkin sebab dah lama masuk U.Palingfirst.Time.Makan (UPTM) kot. Korang sebut je KEW PA apa, semua dia hafal. Buku sifir 4 angka dia hafal, dapat APC, buat ISMS lak sekarang. Kelllas ko!! Sampai pele lapu aku pun dia tolong jugak. Kalau tak, sampai sudah tak siap. Apapun aku suka bekerja dengan ko. Bina ayat SMS sama2 (yang ni kelas). Karang emel sama2. Taip surat sama2. Cari surat sama2. Setel problem sama2. Kira aku yakin la ko mampu tolong2 aku, kalau aku takde kat opis ke ko backupkan. Selain tu, ko selalu gak dengar luahan perasan aku. Pendengar yang baik, bagi nasihat dan komen yang membina. Dari zaman kejatuhan aku (sob sob) sampai la zaman kegemilangan aku (yeeha). Kira ko ada share gak sebab bilik ko sebelah bilik 'dia' je masa tu. Tak, bukan Faridah.. Sorang lagi. Huhu. TQ TQ. (4/4m)

Pasal blog ko ni, aku takde nak komen apa. Biasanya on the spot je aku sound kalau ada benda yang tak kena. Nama kan duk 1 opis. Sekarang lagi senang. Main kenyit2 mata lagi. Cuma aku tak puas ati (a.k.a Jeles) sebab ko ada segmen "Mari Kenali Mekchu". Sebab pe? Sebab aku takde segmen tu. Huhu. Aku ingat nak suruh ko tolong buatkan segmen "Mari Kenali Si Kacak Capo Grande" kat blog ko. Aku upah roti canai kat cafe + kuey tiow Uncle Burn. Ok tak?? Tu je la, yang lain macam blog lembap, error sana sini aku terus cakap je. Kira blog ko ni ada gak la hasil tangan aku. (2/2m)

Entry yang aku paling suka dalam ni mestilah entry mengenai Arissa's Choice. Arissa's Choice tu sebenarnya kedai online aku dan Wildcutecat. Kira kitorang ni menumpang populariti blog pilihan In Trend ni je la. Suka sangat, lepas ko buat entry je ramai call/SMS/emel/FB tanya pasal barang kitorang. Kitorang pun suka layan dan berbisnes dengan kenalan2 ko. Di samping menjaga nama baik Arissa's Choice, kami kena jugak akan jaga nama baik ko selalu. Promise!!! (2/2m)

Blog ko ni Chu dah OK sangat sebenarnya. Takde benda nak tambah dah. Simple, kemas, banyak gambar. Macam blog aku gak. Kira kalau aku komen ko, aku macam komen diri sendiri lak. Takyah tukar apa2, cuma tukar la tema tu. Asek oren je. Tukar la ke pink, warna kegemaran aku dan Viruspadu. Huhu, abaikan. (1/1m)

Kesimpulannya, tujuan aku menulis entry ini adalah tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memenangi ketiga2 baucer Matase Sutera yang bernilai RM50 setiap satu tu. Korang jangan jeles lak kalau 1 entry aku ni boleh menang sampai 3 hadiah. Walaupun aku fail BM tapi bila aku baca balik entry ni, aku yakin boleh menang dengan tenang. So, kenapa aku nak menang. Aku sebenarnya nak hadiahkan baucer tu kepada isteri aku yang tersayang, Wildcutecat yang berada tidak jauh dari kerusi kita. Ya, itulah sebabnya. Takde sebab lain dah. Eh, ada. Kalau aku menang, lebih kain Matase Sutera tu boleh la buat baju Arissa. Merasa gak dia pakai sutera. Nanti dia dah besar aku ceritakan pasal ko ye sambil tengok gambar2 ni. (1/1m)

kenanganku dengan mekchu dan beg retro bunga2...
kenangan memutar restoran berputar...
ko kenal sape kiri sekali tu?? bos ko...sebelah kanan aku tu kembar ko...tak menang gak tak tau la...huhu  



Akhir kata aku tujukan sekali lagi lagu Andaiku Tahu dari Ungu untuk ko. Selamat memberi kemenangan kepada aku. (+1m)

Sekian,

YANG KACAK

Capo Grande.

p/s: aku tolong buatkan skema pemarkahan untuk ko. Kat hujung setiap perenggan ada markah aku dan markah maksimum dalam kurungan ( ) tu. Kalau kira markah aku 11/10. Sekian, untuk makluman dan tindakan anda seterusnya ;-).

3 comments:

  1. hahahah.. cepat2 baca sebelum ko sampai.. hahahahaha... mmg mecuit hulu hati aku taw..

    thanks sudi join :)

    ReplyDelete
  2. welcome...terkilan lagi xdpt join contest ko aritu...huhu

    ReplyDelete