October 29, 2011

- 7 sebab mengapa penyokong Terengganu & Negeri Sembilan perlu tolak tiket RM50 -

Sekali lagi aku buat entry copy paste kat sini...bukan apa, aku malas  nak mengarang ayat...lagipun pemikiran brader Rimau XI ni selari dengan aku..so aku kongsikan sebahagian entry beliau bersama kalian semua...fikirkan...

******************************************************************************

Jadi, apa yang patut penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu buat sebagai KEPALA gerakan bantahan? Pertama sekali, fikirkanlah kenapa tindakan meletakkan harga tiket final RM50 itu patut dibantah:

1. HARGA TIKET FINAL TIDAK AKAN TURUN BUAT SELAMA-LAMANYA BERMULA TAHUN HADAPAN
Jika stadium penuh pada final tahun ini, percayalah, harga tiket final tidak akan turun di bawah harga RM50 pada final tahun-tahun yang akan datang. Mengapa? Kerana jika stadium penuh tahun ini, maka ia akan dianggap satu kejayaan, sekaligus harga tiket RM50 akan dianggap ‘berpatutan’ dan ‘mampu milik’. Mana-mana ‘lalang’ Terengganu dan Negeri Sembilan yang meredhakan diri diperkotak-katik, bakal menanggung ‘dosa’ membiarkan harga tiket final mahal pada kesemua perlawanan final yang akan diadakan bermula tahun hadapan. Bila penyokong-penyokong lain bertanya “mengapa harga tiket RM50?”, maka mereka akan teringat “ini semua angkara ‘lalang-lalang’ Terengganu dan Negeri Sembilan yang beli tiket RM50 pada tahun 2011 dahulu.”

2. TIADA JAMINAN HARGA TIKET SEMIFINAL ATAU PERINGKAT LEBIH AWAL TIDAK AKAN DINAIKKAN
Jika harga tiket final RM50, apa jaminan harga tiket semifinal pula tidak akan dinaikkan? Apa jaminan harga tiket quarter final juga tidak akan naik? Tiada siapa mampu jamin bukan? Satu-satunya pihak yang boleh jamin ialah FAM. Kuasa kini 100% di tangan FAM: semuanya angkara ‘lalang-lalang’ Terengganu dan Negeri Sembilan yang telah meletakkan 100% kuasa tersebut di tangan FAM.

3. LOMPAT GRANDSTAND? TANGGUNGJAWAB FAM, BUKAN PEMINAT
Antara sebab yang diberikan Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM ialah masalah ‘lompat grandstand’:
Datuk S. Sivasundram, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM
"Penonton yang beli tiket RM30 kemudian lompat ke tempat duduk grandstand, sekarang kita buat keputusan untuk letak satu harga tiket saja."
“Dulu kita jual tiket RM50 dan RM30, ada penonton yang beli tiket RM30 kemudian lompat ke tempat duduk grandstand, sekarang kita buat keputusan untuk letak satu harga tiket saja.”
- Datuk S. Sivasundram, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM
Bila masa pula masalah ‘lompat grandstand’ ini menjadi masalah yang perlu ditanggung oleh para penyokong? Bukankah sudah tugas FAM sendiri untuk memastikan kelancaran perjalanan sesuatu perlawanan final Piala Malaysia?
Mengapa pula para penyokong yang perlu dihukum apabila FAM yang tidak buat kerja?

4. BANTERAS ‘ULAT’ TIKET? TANGGUNGJAWAB FAM, BUKAN PEMINAT
“Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama wakil kedua-dua pasukan semalam.
Menurut beliau, selain membanteras kegiatan ‘ulat’ tiket, pihaknya juga mengambil kira lokasi tempat duduk penonton yang dilihat tidak banyak perbezaan di Stadium Shah Alam serta ketiadaan ganjaran wang tunai sebagai hadiah untuk edisi kali ini.”
‘Ulat’ tiket ini ialah individu-individu yang melonjakkan harga tiket di pasaran gelap. Kenapa FAM mahu banteras ‘ulat’ tiket dengan cara melonjakkan harga tiket juga? FAM banteras ‘ulat’ dengan cara menjadi ‘bapa ulat’ terbesar?

5. SUKAN BOLASEPAK BERJAYA KERANA PEMINAT, BUKAN FAM
Masa skyjuice buat laman HarimauMalaya.com dan En. Apit kena baling burger, mana penyokong Malaysia? Apa ranking Malaysia? Teruk bukan?
Kini apa ranking Malaysia? Ada perubahan? Ingatlah FAM, ketika ranking Malaysia masih juga tidak berubah-ubah, HANYA penyokong yang membawa perubahan kepada kemeriahan sukan bolasepak negara. Para penyokong bolasepak negara tidak pernah menagih simpati FAM, malah tidak segan-silu mengeluarkan duit poket sendiri, masa dan tenaga untuk menghidupkan kembali sokongan orang ramai terhadap sukan bolasepak tempatan.
Inikah balasan FAM, dengan melonjakkan harga tiket sebanyak 67 peratus?

Empat tahun sejak 2007, FAM 'berjaya' melonjakkan ranking negara ke kedudukan 151. Kini, kejayaan itu 'dirai' dengan melonjakkan harga tiket sebanyak 67 peratus.

6. PEMIMPIN-PEMIMPIN SENDIRI MENOLAK HARGA TIKET RM50
“Saya sudah pun merayu dengan FAM melalui (Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan) Datuk Hamidin (Amin) dan Datuk Azzuddin (Ahmad, Setiausaha Agung FAM) supaya dapat dikurangkan harga tiket (perlawanan Terengganu-Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam). Sekarang terpulang kepada mereka dan jawatankuasa berkenaan (untuk mengekalkan keputusan Isnin lalu dengan harga baru tiket semua tempat duduk, RM50, mengembalikan kepada harga asal, RM30 atau mengurangkan beberapa peratus daripada harga baru itu).”
- Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM

“Kita sendiri di peringkat PBNS tak setuju dengan harga tiket yang melonjak dari RM30 kepada RM50. Ramai yang meminta saya campur tangan tapi itu bukan bidang kuasa saya. Venue dan harga tiket, semua itu FAM yang tentukan. Tapi keputusan telah dibuat.”
- Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan Presiden PBNS


"Suara ramai harus didengari"
“Saya rasa terkejut serta dukacita apabila mendapat tahu FAM menaikkan harga tiket sehingga 70 peratus dan kenaikan tersebut boleh disifatkan sebagai kenaikan yang mendadak.”
- Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

7. FAM ‘CABAR’ KUASA PEMINAT
“Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.”
- Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad

 ********************************************************************************

Brader Rimau listkan 7 jek...Aku nak topupkan beberapa sebab lagi korang tak payah beli tiket ni..

 8. ADA LIVE BPL
MU ada main, Man City, Arsenal, Liverpool dan Chelsea ada game malam tu. Aku tak compare lak time dia serentak ke tak dengan final Piala Malaysia. Aku yakin setiap penyokong NS atau Terengganu mesti ada sokong team dalam BPL ni. Tipu la kalau takde. So, kalau tak serentak pun badan mesti letih kalau dah pergi stadium. Semangat pun takde sangat nak tengok live BPL. Nak try compare mutu permainan ke? Kompom la kalah..Itu padang kalau hujan lagi macam haram.

9. KEADAAN TAK SELESA
Ni untuk aku je la..haish tak suka la berimpit-rimpit...sesak lak tu ramai orang...line tepon kompom tak clear punya...Jalan jam (paling aku mencik), LRT penuh...bau badan masing2 dengan peluh lagi takyah citer la..kalau dah nama penyokong tegar ni, bajet bau lelaki la masing2...kalau kat rumah, boleh request cekodok panas cicah sadin kan..lepak mamak ada gak roti kosong paling kurang...huhu.. 

10. AKU DAH TAKDE IDEA...haha...saje je letak 10, cantik sket...bukan sebab kurafat okeh...huhu

Apapun kalau korang dah minat sangat nak pergi, pergi je la...aku tak larang pun...aku cuma tak suka oportunis dan kapitalis macam FAM ni berleluasa kat negara kita...padan la muka korang kena hack..huhu

Last sekali, kenapa buat kat Stadium Shah Alam...nak bagi dana kat FA Selangor ke??? Atau ada something scary di Bukit Jalil???

October 25, 2011

- ringgit malaysia lima puluh -


**Entry ini kopipes dari blog anak memberontak...khas untuk penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan.
**
Assalamu'alaikum,

Tahniah Terengganu & Tahniah Negeri Sembilan.
Kecoh satu Malaysia, itu tiket harga sudah FAM kasi letak RM50 untuk tengok Akhir Perlawanan Malaysia Piala 2011.

RM50
RM50
Tiada kaitan dengan aku, sebab aku pasukan punya sudah kena terajang keluar oleh Terengganu.

Macam ni lah senang, daripada kecoh dekat Facebook, Twitter, buat poster tu, design poster nih, sign petition sana, sign petition sini, hari ni dah Selasa, bila lagi nak hantar petition, pagi nanti kaunter tiket dah dibuka, tiket dah dijual dengan harga RM50, lambat.

Menyenangkan kerja, kita guna kuasa penyokong, korang semua tau tak yang kita nih ada kuasa??? tak tau kan?? haaa...aku nak kasi tau kat korang yang kita rakyat bolasepak nih semua ada kuasa dan kalau kita semua bergabung dan satukan kuasa kita semua, insyaALLAH akan tewas kuasa wang ringgit itu.

Macam ni;
  1. Esok kaunter tiket dibuka, semua penyokong Negeri Sembilan & Terengganu jangan beli tiket.
  2. Jangan beli tiket, sampai harga tiket diturunkan. Kosongkan stadium.
  3. Pastikan anda semua hadir ke Stadium Shah Alam, tetapi pastikan anda hadir tanpa membeli sebarang tiket untuk perlawanan Sabtu ini. 
  4. Tunjukkan sokongan anda dan rasa cinta anda kepada pasukan bahawa anda sanggup datang untuk menyokong walau sejauh mana sekalipun tetapi anda tidak sanggup dirompak dan tidak sanggup kesetiaan dan kecintaan anda terhadap pasukan anda dipergunakan untuk kepentingan sesetengah pihak.
  5. Tunjukkan yang penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan tidak sanggup dipergunakan untuk kepetingan pihak tertentu.
  6. Mana-mana fan club atau penyokong yang akan dapat tiket percuma, juga jangan masuk ke dalam stadium, jangan pentingkan diri sendiri, fikir mengenai penyokong lain yang tak mampu tetapi dikerjakan dan dipijak oleh FAM.
Sanggup??????? Boleh buat???? Memekak, pung-pang kat alam maya nih, korang ingat FAM ambil peduli, takde punya, jangan harap lah.
Kacau kantung wang mereka, baru mereka kelam kabut. Kalau sampai Khamis jualan tiket tidak berganjak walau satu keping, cuba korang fikir, tak ke menggelupur diaorang kat Kelana Jaya tuh...cuba fikir... :-)

Diaorang kacau kita, kita kacau balik!! Apa susah..gunakan kuasa kita. Sokong tetap sokong tapi jangan sampai kesetiaan dan kecintaan menggila kita terhadap sukan ini dan pasukan kita disalahgunakan oleh orang lain untuk keuntungan mereka.  Tak logik dan tak masuk akal, kenapa kos baik pulih stadium harus dipikul tanggungjawab oleh penyokong???? mana sekolah, mana universiti diaorang belajar?? SMKFAM ke? atau UFAM??

Tapi benda nih nak berlaku perlukan semua penyokong dari kedua-dua negeri bersatu dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja. Tapi susah kat Malaysia nih, pasal nanti nak kena jaga hati si polan nih, si polan nih, maklumlah ada orang-orang politik dalam persatuan kan. Yang sakitnya orang-orang biasa yang menggelupur saban minggu cari duit nak beli tiket pegi stadium. Aku cuma risau puak-puak yang dapat tiket subsidi dan tajaan nih nanti, sanggupkah mereka bersama-sama dengan yang lain di luar stadium nanti????

Setidak-tidaknya rakyat bolasepak marhaen silalah bersatu untuk kepentingan kita sendiri rakyat bolasepak. Biarlah golongan bangsawan yang dapat tiket percuma tu mengipas dan terus mengipas. Sekali nih kalau kita biar mereka memijak, maka mereka akan terus memijak. Sokong bukan dengan semangat dan kesetiaan jek, tapi kadangkala perlu disertakan dengan otak dan fikiran juga.

Renung-renungkan lah..Selamat Beramal.

Sekadar tulisan dan pendapat.


***



As for me, aku dah lama berenti tengok bola Malaysia kat stadium ni. Last sekali time NS kalah 3-1 dengan Selangor final piala FA ke apa. Sebelum tu aku last tengok Malaysia main time kalah dengan Indon dalam piala Tiger. Walhal dah leading kat sana. Bengong punya Khalid Jamlus.
Untuk apa kita bayar untuk tengok permainan yang tak seberapa. Boleh je tengok free kat TV1. Bukan aku tak sokong negeri sendiri tapi.......

October 20, 2011

- harga sebuah kejujuran -

Berapa harga sebuah kejujuran??

RM10.90.

Kisahnya begini..........

Aku dah pecahkan sekeping/sebuah(?) frame gambar kat satu shooping complex ni. Kebetulan takde pulak anak India berhampiran. Kalau tak, aku dah buat skill Akak Senduk korang tu. Huhu.

macam ni la rupa frame tu kalau aku tak tipu...huhu..
Oleh kerana tiada orang berhampiran untuk dipersalahkan dan bunyi kaca pecah tu terlalu kuar. Maka aku pun menyuruh Wildcutecat kutip frame yang dah berderai tu masuk dalam cart. Aku pun teringat pantun 2 kerat yang selalu aku baca.

"Nice to see, nice to hold,
Once broken, considered sold"

Dah setel soping semua aku pun pergi la kaunter nak bayar. Aku tunjukkan la frame tu kat cashier. Sambil suruh dia kira je tapi jangan masuk dalam plastik barang aku. Aku cakap aku dah terpecahkan so aku nak bayar je tapi taknak bawak balik.

Tiba2, dia panggil kawan dia suruh amikkan frame lain sebagai ganti. Aku pun terkejut. Aku bagitau dia  sekali lagi aku yang pecahkan frame tu, aku bawak sebab nak bayar je.

Tapi dia cakap, "takpe, takpe". Sambil suruh kawan dia amik cepat2. Aku pun nak kata apa lagi. Senyap je la.

Pastu member dia pun bawak la frame yang baru. Cantik gak. tadi tak sempat tengok sebab rasa bersalah.

Scan rupanya harga frame tu RM10.90 je. Tapi cantik la. So, aku pun bayar harga frame tu dan bawak balik frame yang masih elok dan tak berderai.

Sempat lagi cashier tu berpesan kat aku. "Yincik, lain kali jangan kasi picah tau. Biasa kita memang tak ganti".

"Baiklah", kataku di dalam hati.

Oh ya, oleh kerana kejujuran aku tu aku telah dianugerahkan badge ini oleh seorang gadis.

Kesimpulannya, Be honest, always. Tipu tipu nak kemana? Neraka saje.

So, aku nak tanya sekali lagi.

Berapa harga sebuah kejujuran??

RM10.90 or priceless???

- didepanku ada mekchu -

Aii dah lama aku tak update blog ni, tapi demi Mekchu aku gagahkan jugak siapkan draf  yang dah lama aku simpan ni....

Salam Mekchu,

Pada pandangan aku yang simple pimple ni ko adalah seorang yang comel pada mata kasarnya tapi kusut pada mata halusnya. Yelah, part muka dah OK tapi part telinga....Haishhhhh...Bukan kekusutan itu tu yang aku nak highlightkan sebenarnya. Tapi kusut time situasi yang memerlukan tindakan pantas dan tuntas (tiru ayat ko ni, point kase lebey okeh). Orang lain memang la nampak dia cun je dalam blog kan? Tapi aku yang tengok dia hari2 (hari kerja je) selalu nyaris terkusut sekali. Korang bayangkan la setiap kali ada problem dengan rambut serabainya (fitnah 1), gincu sampai ke pipi (fitnah 2), bedak muka yang pecah2 (fakta). Panik yang piknik kataku. Huhu. Tapi tu dulu. Masa tu dia belum MAMPU sangat lagi. Sekarang dia dah makin cemerlang. Mungkin sebab dah lama masuk U.Palingfirst.Time.Makan (UPTM) kot. Korang sebut je KEW PA apa, semua dia hafal. Buku sifir 4 angka dia hafal, dapat APC, buat ISMS lak sekarang. Kelllas ko!! Sampai pele lapu aku pun dia tolong jugak. Kalau tak, sampai sudah tak siap. Apapun aku suka bekerja dengan ko. Bina ayat SMS sama2 (yang ni kelas). Karang emel sama2. Taip surat sama2. Cari surat sama2. Setel problem sama2. Kira aku yakin la ko mampu tolong2 aku, kalau aku takde kat opis ke ko backupkan. Selain tu, ko selalu gak dengar luahan perasan aku. Pendengar yang baik, bagi nasihat dan komen yang membina. Dari zaman kejatuhan aku (sob sob) sampai la zaman kegemilangan aku (yeeha). Kira ko ada share gak sebab bilik ko sebelah bilik 'dia' je masa tu. Tak, bukan Faridah.. Sorang lagi. Huhu. TQ TQ. (4/4m)

Pasal blog ko ni, aku takde nak komen apa. Biasanya on the spot je aku sound kalau ada benda yang tak kena. Nama kan duk 1 opis. Sekarang lagi senang. Main kenyit2 mata lagi. Cuma aku tak puas ati (a.k.a Jeles) sebab ko ada segmen "Mari Kenali Mekchu". Sebab pe? Sebab aku takde segmen tu. Huhu. Aku ingat nak suruh ko tolong buatkan segmen "Mari Kenali Si Kacak Capo Grande" kat blog ko. Aku upah roti canai kat cafe + kuey tiow Uncle Burn. Ok tak?? Tu je la, yang lain macam blog lembap, error sana sini aku terus cakap je. Kira blog ko ni ada gak la hasil tangan aku. (2/2m)

Entry yang aku paling suka dalam ni mestilah entry mengenai Arissa's Choice. Arissa's Choice tu sebenarnya kedai online aku dan Wildcutecat. Kira kitorang ni menumpang populariti blog pilihan In Trend ni je la. Suka sangat, lepas ko buat entry je ramai call/SMS/emel/FB tanya pasal barang kitorang. Kitorang pun suka layan dan berbisnes dengan kenalan2 ko. Di samping menjaga nama baik Arissa's Choice, kami kena jugak akan jaga nama baik ko selalu. Promise!!! (2/2m)

Blog ko ni Chu dah OK sangat sebenarnya. Takde benda nak tambah dah. Simple, kemas, banyak gambar. Macam blog aku gak. Kira kalau aku komen ko, aku macam komen diri sendiri lak. Takyah tukar apa2, cuma tukar la tema tu. Asek oren je. Tukar la ke pink, warna kegemaran aku dan Viruspadu. Huhu, abaikan. (1/1m)

Kesimpulannya, tujuan aku menulis entry ini adalah tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memenangi ketiga2 baucer Matase Sutera yang bernilai RM50 setiap satu tu. Korang jangan jeles lak kalau 1 entry aku ni boleh menang sampai 3 hadiah. Walaupun aku fail BM tapi bila aku baca balik entry ni, aku yakin boleh menang dengan tenang. So, kenapa aku nak menang. Aku sebenarnya nak hadiahkan baucer tu kepada isteri aku yang tersayang, Wildcutecat yang berada tidak jauh dari kerusi kita. Ya, itulah sebabnya. Takde sebab lain dah. Eh, ada. Kalau aku menang, lebih kain Matase Sutera tu boleh la buat baju Arissa. Merasa gak dia pakai sutera. Nanti dia dah besar aku ceritakan pasal ko ye sambil tengok gambar2 ni. (1/1m)

kenanganku dengan mekchu dan beg retro bunga2...
kenangan memutar restoran berputar...
ko kenal sape kiri sekali tu?? bos ko...sebelah kanan aku tu kembar ko...tak menang gak tak tau la...huhu  



Akhir kata aku tujukan sekali lagi lagu Andaiku Tahu dari Ungu untuk ko. Selamat memberi kemenangan kepada aku. (+1m)

Sekian,

YANG KACAK

Capo Grande.

p/s: aku tolong buatkan skema pemarkahan untuk ko. Kat hujung setiap perenggan ada markah aku dan markah maksimum dalam kurungan ( ) tu. Kalau kira markah aku 11/10. Sekian, untuk makluman dan tindakan anda seterusnya ;-).