August 20, 2011

- kalaulah saya perdana menteri Antigua and Barbuda -

** Entry ini bukan bertujuan untuk merampas kuasa ok**

10 perkara pertama yang aku akan buat lepas jadi PM :-

1. Men'transformasi'kan sistem pengangkutan di Malaysia Antigua and Barbuda.

Aspek pengangkutan merupakan aspek paling sensitif dalam hidup aku. Sebagai insan yang mudah marah-marah manja, hati aku agak mudah tersintuh bila meredah jalan jam atau menunggu tren lambat sampai (always, with KTM).

jalan jam...agen perosak kesuburan lelaki...
Memula aku akan drive di sekitar town, tengok keadaan macam mana. Jalan dah buat one-way je tapi apsal sesak ye?? Owh, mungkin sebab ramai orang yang tak bertamadun parking kereta berlapis-lapis, kalah kek lapis Sarawak. Kalau nak senang, kompaunkan je semua kereta tu, tapi aku kan PM. Kena la bijak. Sebelum menghukum aku kena la sediakan prasarana yang mencukupi.

Lantas aku mengarahkan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Dewan Bandaraya Saint John (DBSJ) untuk mencari penyelesaian. Bina satu bangunan letak kereta yang mempunyai ciri-ciri seperti :-

- bertingkat
Sebab masyarakat majmuk Antigua and Barbuda ni memang suka benda lapis-lapis (macam perut berlapis), aku cuba gak bagi ala-ala lapis. Bukannya apa, ruang tanah yang ada tak mencukup. Ya, saya faham harga tanah di Seremban Saint John ni mahal. Belum kira macam-macam cukai lagi. Takpe, at least parking ni boleh menjana pendapatan untuk DBSJ di samping mengurangkan masalah parking double ni.

- bercirikan keselamatan, CCTV dan pengawal keselamatan dari Nepal
Bukannya apa, kalau tak selamat ada je alasan makcik-makcik ni yang tak nak guna parking ni. Buat dah mahal tapi takde orang pakai takde guna. Buatnya sorang makcik diapa-apakan di sini, beratus makcik beralasan kuat tak mau guna.

- kemudahan jejantas, escalator, lif ke tempat-tempat tumpuan awam.
Orang sekarang kan malas-malas. Sebab tu ramai gendang gendut tali kecapi yang mati awal. Punca, parking lapis-lapis pun disebabkan malas nak jalan jauh untuk membeli KFC atau kek di Craven Cottage. Ataupun tunggu wife bayar kad kredit kat bank. Lepas ni takde alasan lagi dah, korang guna la kemudahan ni nak pergi Taman Tasik ke, Terminal 1 ke, Wisma Persukutuan ke ataupun Wisma Negeri.

Aha, boleh juga mengatasi kecurian parking di Wisma Negeri. Bahalol dan Toholol di sana amat ramai hinggakan dah letak kon pun ada orang alihkan. Takde la kes tiba-tiba kon naik atas kereta lak lepas ni.

- murah
Mestilah kena murah, takkan la aku nak membebankan rakyat jelata aku ni. Target ROI pun dalam masa 5-10 tahun. Yang penting kena selalu buat scheduled maintanance, bukan corrective macam JKR selalu buat. Asal maintanance je, corrective. Asal maintanance je, corrective. Nak pulak dah dekat ngan tarikh pilihanraya ni. Jalan cantik pun nak diturapnya. Jalan berkurap lain la.

ada bran?? aku bagi parking macam ni ye...
Ok, dah setel kot pasal isu parking ni. Cuma masalah nak cari lokasi strategik je. Takpe, yang tu aku bagi DBSJ dan JKR fikir. Sia-sia la rakyat bagi gaji kalau tu pun tak boleh nak setel. Dah siap tempat parking tu baru aku boleh buat undang-undang kuku besi macam kat Singapore. Salah parking je denda/kompaun maksimum RM500. Takde orang dalam kita sita je.

Kalau clamp menyusahkan nak bukak balik clamp tu. Lagipun benda masih ada, bikin semak je ana punya bandaraya. Kita tarik, kalau takde sape claim kita lelong atau jual besi buruk. Pendapatan lagi tu. Kalau tu pun tak laku kita bakor je.

kite bakor je!!!

Lepas tu aku pusing-pusing lagi sekitar town. Tengok jalan-jalan ni terancang dan tersusun ke tidak. Mana yang nampak semak je aku suruh ubah. Kalau PM sebelum ni tak kisah sangat pasal jalan-jalan ni sebab tak drive sendiri, duduk dalam kereta mewah tinted gelap habis, pastu polis escort pulak. Mana nak rasa jalan-jalan asal siap je ni kan.

Mana yang perlu letak flyover, aku letak. Mana U-turn yang menyusahkan aku ubah. Terutama yang dekat2 ngan trafic light. Lantaklah bape budget pun. That is my problem not yours okeh. Sape suruh planning dulu tak nak buat betul-betul. Dah siap baru nak korek sana, nak korek sini.

ni flyover nak masuk area rumah mak aku...
Trafic light pun aku nak tukar gak. Semua ada sensor dan CCTV. Jadi tak perlu lah polis trafik kawal laulintas lagi. Tenaga diorang ni aku boleh letakkan kat highway bila ada accident. Takde la rakyat jadi bangang bila ada eksiden kat highway. Slow dua-dua belah jalan sebab pemandu yang tak nak tolong tapi nak tengok nombor je. Bullsh****t.

Ada CCTV tu bukan apa, boleh rekodkan mana yang dah kuning tak nak berhenti sampai menyusahkan orang nak masuk simpang. Kalau tak menyusahkan takpe, tapi kalau sampai blocking orang lain boleh dikenakan hukuman denda atau penjara.

ko nak sangat kan?? berani langgar la lampu kuning...
Ini baru aku sentuh pasal pengangkutan dalam bandar dah panjang berjela macam ni. Belum aku bukak topik pengangkutan interdistrict dan interstate lagi. Maklumlah, Antigua dan Barbuda ni negara kepulauan. Jadi agak susah nak menghubungkan semua pulau. Lainlah macam Malaysia, dari Perlis sampai Johor tanah je. Boleh gak buat bullet train kan.

Aku nak buat gak kat sini. Bukan apa, aku dah boring sebab komuter Keretapi Tanah Antigua dan Barbuda (KEBAB(apsal kebab?)) lembap nak mamp****s. Nak tunggu tren sampai lembap, dah jalan asyik berhenti-henti lak tu. Bukan stop kat stesyen pun. Ntah hutan mana dia park agaknya. Kalau kata nak curi balak tak logik pulak. Sini bukan Sarawak.

ni lah yang aku nak tukar tu...
Travel time kalau tulis 2 jam boleh jadi 3 ke 4 jam. Pastu penuh lak dengan Bangla dan Indon ketiak masam. Rasa nak muntah pun ada. Tu zaman sebelum 'pemutihan' lagi dah ramai. Lepas ni dari kepala tren ke taik tren muka dia je. Macam kat Bangalore pun ada rasanya.

Sebab tu aku buang terus semua tren KEBAB nih. Aku rasa kalau jual second kat Zimbabwe pun tak laku. Maklumlah dah obselete amat. Jadi aku jual besi buruk je kat Ah Chai. Pastu import speed train dari Jepun atau Russia. Benchmark kaw-kaw dulu, amik mana yang paling selamat, murah dan laju je.

Tren pun aku ingat nak asingkan la. Perempuan dalam tren warna kelabu, lelaki dalam tren warna pink, married couple dalam tren warna hijau, PATI dalam tren terus balik negara asal. Amacam ok tak??? Kurang la kes jenayah seksual lepas ni. Aku memang BRILLIANT!!!

untuk lelaki sahaja...awww...
Lagi satu, kalau dah ada bullet train memudahkan orang yang kerja jauh atau luar negeri untuk kerja di negeri lain. Kata orang musafirlah yang memakmurkan negeri kita.

Contoh kalau sorang tu stay kat Perlis Saint Paul tapi kerja kat Putrajaya Saint John. Di samping boleh  keluar lambat sket dan balik awal sket dia juga boleh memiliki rumah dengan harga yang lebih rendah berbanding membeli rumah di Saint John atau di Sepang bandar satelit yang lain. Kalau macam Viruspadu antara Putrajaya dengan Seremban boleh la naik bas. Kalau macam Mekchu yang duduk labu boleh drive je. Kalau duduk kuarters macam Wildcutecat boleh la naik basikal atau jalan kaki. Boleh juga mengurangkan gejala sosial apabila keharmonian institusi rumahtangga terpelihara, betul tak???

kenari biru untuk hantu Mekchu balik Labu...
Lepas tu aku rasa nak galakkan rakyat guna basikal la macam kat Melaka. Kira macam nak kurangkan pencemaran la ni di samping menyihatkan badan. Padahal sebab nak cover line sebab aku dah tarik subsidi RON95 dan tak turunkan harga RON97 ikut harga minyak dunia.

Aku nak start dengan penjahat penjawat awam dulu. Kata orang kempimpinan melalu tauladan. So kita mulakan kempen dengan orang pangkat tinggi-tinggi dulu. Setiap pegawai dapat basikal sorang satu. Parking kat opis jadi harta pejabat. Kalau ada meeting dekat-dekat boleh guna basikal je. Claim pun kurang. Pastu time rehat boleh guna untuk ke pejabat pos atau ke Watson. Untuk yang tinggal berhampiran dengan pejabat dibenarkan bawak balik basikal tu.

nak jimat, jimat lagi...JUSA C ke atas dapat yang 1 tayar je..
Basikal tu akan selalu dimaintance kan. Tiru macam kat New Zealand la setiap 2 bulan kan basikal kena servis. Percuma lak tu.

Lepas tu nak sentuh pasal tol pulak. Ok yang ni last sebab aku dah letih nak taip ni. Aku akan arahkan kerajaan ambil alih tol dari setiap konsesi. Makin lama makin naik harga pulak. Ingat Sammy Vellu dah takde, kita selamat. Rupanya sama je.

saya letak tiang letrik pun boleh menang ma...
Kalau tak dapat hapuskan bayaran tol pun, aku akan kurangkan. Tak payah de diskaun lepas jam 12 tengah malam je. Sape je guna time tu. Aku pun kalau dekat-dekat nak midnight takde aku sengaja drive slow-slow sebab nak diskaun. Tak lapar aku de.

Syarikat konsesi ni pulak aku takkan biarkan bankrap, kita bagi diorang kontrak untuk mantainance. Of course la dengan tender terbuka bukan direct nego. Setiap 3 tahun tukar.

Ataupun boleh juga serap staff diorang ni masuk gomen. Bagi la skim VSS kan sebab nak pindah ke gaji yang lebih rendah. Senang sket maintain sendiri takyah tunggu technology transfer dari swasta nih.

Rasa cukup kot idea aku nak men'1AntiguaDanBarbuda'kan sistem pengangkutan kat negara ni. Pasal bas-bas tak cukup nak balik raya kat Kelantan tu aku skip dulu lah. Apa guna ada Menteri Pengangkutan. Lagi 9 point aku sambung kendian.

p/s: agak2 cukup tak RM14 billion buat benda alah ni semua???

ATAU

korang ada cadangan yang lebih bernas dan bernanah. Sila cadangkan ye...

p/s: kenapa aku tak sebut pasal motor?? sebab aku nak haramkan penggunaan motor untuk yang berumur kurang dari 21 tahun. Mat rempit yang kena tangkap aku hantar jadi askar kat Korea.

Lagipun aku akan murahkan harga kereta. Korang main la EVO 8 pulak kalau mampu bayar. Kereta nasional semua aku campak lombong termasuklah BumbleVy kesayanganku.

3 comments:

  1. hahaha...mcm siot jer ko lan...bulan2 poser ni...

    ReplyDelete
  2. dolu2 penah gak alihkan kon parking kat ctu.. ghupe2yer capo yer kon, igtkan pak quard mengong letak kon kat situ.. muahaha..

    ReplyDelete
  3. yusnur:
    cita2 murni tu nak jadi PM...huhu

    Iyiana:
    oooo ada ek...tapi xpernah kantoi...mesti time kitorg xde tu...huhuhu

    ReplyDelete