July 8, 2011

- goodbye O Shea, Brown -

Entry ini sebenarnya aku tujukan khas buat pemain bolasepak kegemaran aku, John O Shea yang melengkapkan perpindahannya dari Manchester United ke Sunderland semalam dengan bayaran perpindahan sebanyak £5m.
Apa yang menyebabkan aku suka sangat kat dia ni ek?? Dia takde la sekacak Beckham (kacak ke??), tak skillful macam Cristiano Ronaldo, tak cute macam Messi (cute ke??). Apa yang buat aku suka ialah dia seorang pemain yang versatile. Kata orang letak kat mana pun boleh perform. Kalau kat posisi tukang buat air pun mesti air dia sedap. Kira dah spesis pupus la dia ni melainkan kat Malaysia yang ramai gak versatile tapi aku je tak pernah tengok diorang main.
Sepanjang yang aku ingat aku dah tengok dia main di semua posisi. Baik defender, full back, midfielder, winger, striker. Jadi keeper pun boleh tau. Masa dia gantikan Van Der Sar lawan Spurs tu aku dah cuak2 gak. Kelakar pun ada bila tengok dia memang ada gaya keeper berjaya. In fact, dalam game tu dia tak bolos pun.
Banyak game jugak dia ada score. Banyak yang penting2. Tu pasal aku sedih gak bila tau berita ni.  Lagi sedey dari masa Phil Neville kena jual dulu. Semoga berjaya di Sunderland (macam la ko baca kan???, kalau baca pun macam paham jek...huhu). Terus la jadi versatile, nanti aku tengok game Sunderland lebey sket...huhu

p/s: nak jersi nih sumer...chantek chantek...

MU away...nice touch...
Man City Away...Macam AC Mizal Milan pulak...tapi cun wo..
Spurs home...paling simple...pasti belik...tolong sape2 yang sayangiku belikan...huhu
Lambat pulak season baru nak start kan???

No comments:

Post a Comment