June 8, 2011

- berkampung di IKEA -

Hujung bulan lepas aku ada training MSR Router kat Menara HP. Patutnya kena stay kat hotel 3 hari 2 malam, sudahnya aku cuma stay 1 malam je sebab balik ke Seremban tiap hari. Follow member yang ulang alik, kalau aku nak drive memang tak larat.

So, malam last tu Wildcutecat datang bawak Arissa yang tidur lena dengan baby car seat yang baru (beli khas untuk perjalanan ini). Esoknya lepas abis training kami bertolak ke IKEA. Niat ikhlas kami cuma untuk 'tengok2' je. Biasala, niat je kan. Dah sampai dalam tu, ya ampun semua nak pegang. Tak tahan mak tau.

Sebenarnya ni kunjungan kedua kami (1st time kami tahun lepas, masa tunang). Yang 1st tu pun nak tengok2 gak, last2 berhabisan gak shoping. Nasib baik semua guna untuk rumah kami. Yang ni pun sama je, memang berhantu betul IKEA nih. Asal masuk je duit melayang. Padahal amik barang murah2 je.

mana banyak...1 troli je...huhu
Habis jalan, bayar, pulang. Dah sampai rumah aku dengan semangatnya unpack semua hasil pembelian di IKEA untuk tujuan pemasangan. Sekali baru pasan da, silap beli table. Nak amik table boleh laras. Kejap jadi 1 kejap jadi 2. Stye kan bunyiknya. Sekali terbeli yang 1 jek. Dah la lagi mahal pulak tu. Keciwa keciwa. Lagi 1 tertinggal pulak kerusi pink pilihan hatiku ini. Dah amik letak dalam troli dah, tapi sebab nak masukkan kotak lain aku tertinggal kat tepi. Demyu...

kusi pink...sepink hatiku...huhu
meja yang tersilap amik...bukan salah aku k...salah mata...
Esok dengan semangatnya aku call IKEA untuk kepastian. Sebab aku terbaca, kalau kita dah beli tapi tak berkenan boleh pulang balik dalam masa 100 hari dengan syarat tak pasang lagi. Petang tu jugak kami naked nekad ke sana lagi sekali. 2 hari berturut tu. Orang yang tinggal area sana pun tak g hari2. Sah2 kami orang kampung. Huhuhu. Niat untuk tukar meja dan amik kusi pink tu je. Jujur, takde niat lain. Tapi malangnya jeng jeng jeng.....


1 troli lagi sekali. Masuk yang ni dah 3 troli kami borong kat IKEA. So please IKEA, bagi kami baucer diskaun okeh.

Untuk Churalliya, plan kita nak g IKEA tu jadi ke tak??? Dah 2 tahun plan nih...

Nantikan episod seterusnya bertajuk Pemasangan Barangan IKEA Tahun Lepas. Gila lama backdated punya entry.

1 comment: