June 23, 2011

- kedai Arissa's Choice -


Budak kecik ni kecik2 dah ada kedai. Ayah dia yang remaja2 gitu pun takde lagi tau. Huhu. Alkisahnya, Isnin lepas aku dan Wildcutecat telah melauncharkan kedai kami yang bernama Arissa's Choice. Apsal Arissa?? Nape bukan Fasha Sandha?? Atau Miera Liyana?? Sebabnya Arissa tu anak kami, manakala 2 orang lagi tu ntah sape la pulak kan. Huhu..

Apa yang ada kat Arissa's Choice ni ek?? Macam2 ada. Yang takde pun barang2 macam basikal, tiub motor, sensodyne dan kipas angin je. Yang lain semua ada. Takde la semua, Arissa's Choice memfokuskan kepada anak2 dan emak2 je. Bapak2 jangan kecik ati sebab takde barang kat sini. Insyallah ada rezeki Arissa's Choice akan meluaskan lagi pasaran kepada bapak2 sekalian pulak. Nak tengok apa yang ada?? Mari usha gambir2 di bawah ye...

holabebe pyjamas...murah je, cantik lagi tau...jom la tengok kat sini...

tudung2an...stok terbaru dan terkini dah sampai...belum hapdet je lagik..yang ni pun cun gak..zoom...
Untuk tudung2an, kami akan update secepat mungkin supaya cik2 dan puan2 lebih terkedapan dari rakan sekerja yang lain di pejabat. Serlahkan keperibadianmu, manisnya kurma ini bak kata Sepah.

kid's bag...macam2 binatang ada..jangan wish yang pelik2 sudah...huhu

stokin...ada design haiwan2 comel gitu kat ujung dia..kalau budak jejalan ada bunyi loceng kuar...
Buat masa ni, tu je yang kami dah promotekan kat Arissa's Choice nih. Apa kata korang follow blog ni supaya lebih terampil lagi kalian. Follow kan tak kena bayar, beli baru la kena. Huhu..

Sebelum terlupa, Arissa's Choice akan membuat promosi untuk beberapa pembeli online pertama tak lama lagi. So stay tune okeh!!! Selamat bersoping juga!!!

June 21, 2011

June 14, 2011

- kon penyelamat nyawa -

Inilah rupa kon itu. Macam biasa je kan. Tapi sebenarnya dah menyelamatkan ramai malaun yang suka curik parking orang lain. Dah give up nak cari kon kat mana sebenarnya, aku baru plan nak belajar santau tapi nasib baik jumpa kat Tukul, Lavender Height. Terus je aku angkat 2 untuk Mekchu sekali, kalau Viruspadu ada lagi aku beli la 3. Boleh markup tinggi lagi kan. Haha..

Sejak seminggu ada kon ni, selamat parking aku dari dicuri. Mekchu punya pun selamat gak kot. Kalau tak makan maki la sape curik tu. Kalau half day dia parking, half day la makan. Kalau sehari tak ke kenyang balik rumah. Apa ko tak nampak label tu?? Selamba badak je ko masuk kan?? Pastu keluar berlenggang. Menyusahkan orang nak carik parking lain.

So untuk anda2 yang mengalami masalah yang sama, sila contohi saya okey. Selamat tidak memaki orang yang curik parking anda lagi!!!!

June 13, 2011

- wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh photo contest -

Ini ialah entry penyertaan aku utk contest nih...tuan punya blog sila bagi hadiah penyertaan okeh...huhu
****************************************************************************************************************************
cara-cara dan syarat nak join contest ni:

1. terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai blog dan ada baby/anak.
2. mesti la warganegara malaysia. (ada ke mat salleh nak join? huhuhuhu).
3. mesti jadi follower blog wildcutecat ini. 
4. buat entri khas untuk join contest ini dengan tajuk "wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh photo contest" dan letakkan banner diatas kat entri tu dan linkkan ke entri  ini.
5. letak gambar baby korang yang berusia antara 0-2 tahun yang sedang tegelak. kalau anak korang skang dah berumur lebih dari 2 tahun tapi ada gambar tengah tegelak masa umur 0-2  tahun pun boleh join gak.
6. taipkan juga nama baby, tarikh lahir, tarikh/tahun gambar diambil dan juga nama korang.
7. tinggalkan komen pada entri ini beserta link entri yang korang buat tu ye.
8. itu aje ^_^. senang kan.

contest ni bermula dari 9 Jun 2011 - 24 Jun 2011 (12.00 malam). keputusan akan diumumkan diblog ini pada 30 Jun 2011.
sekiranya contest ini tidak mendapat sambutan iatu kurang dari 5 penyertaan 3 hari sebelum tarikh tutup, contest ini akan terbatal dengan automatik. huhuhu. 

hadiah-hadiah yang ditawarkan:

1. pemenang pertama - hadiah bernilai RM50.
story book pillow

2. pemenang kedua - hadiah bernilai RM36.
Mr Catterpillar
dan
Cloth Book For Babies (Flufft Chick)

3.pemenang ketiga - hadiah bernilai RM23.

Cloth Book For Babies - Shape
dan
Cloth Book For Babies (Squishy Turtle)

so, korang...jom join.
* tuan punya blog berhak mengubah syarat-syarat penyertaan sekiranya perlu.
****************************************************************************************************************************
So, inilah gambar untuk aku masuk contest nih...gambar ni diambil di Taman Tamadun Islam, Terengganu masa jalan2 anniversary kitorang Mei lepas...Sambil jalan2 aku panggil2 nama Arissa, nampak je aku terus gelak2..Ada beberapa lagi la gambar dia gelak...tapi aku pilih gambar ni sebab.............................rahsia...huhuhu

kalau tak menang tak tau a...tapi kalau menang pun tak dapat hadiah...huhu...tuan punya blog sila bagi saguhati yek ;-)....

June 8, 2011

- berkampung di IKEA -

Hujung bulan lepas aku ada training MSR Router kat Menara HP. Patutnya kena stay kat hotel 3 hari 2 malam, sudahnya aku cuma stay 1 malam je sebab balik ke Seremban tiap hari. Follow member yang ulang alik, kalau aku nak drive memang tak larat.

So, malam last tu Wildcutecat datang bawak Arissa yang tidur lena dengan baby car seat yang baru (beli khas untuk perjalanan ini). Esoknya lepas abis training kami bertolak ke IKEA. Niat ikhlas kami cuma untuk 'tengok2' je. Biasala, niat je kan. Dah sampai dalam tu, ya ampun semua nak pegang. Tak tahan mak tau.

Sebenarnya ni kunjungan kedua kami (1st time kami tahun lepas, masa tunang). Yang 1st tu pun nak tengok2 gak, last2 berhabisan gak shoping. Nasib baik semua guna untuk rumah kami. Yang ni pun sama je, memang berhantu betul IKEA nih. Asal masuk je duit melayang. Padahal amik barang murah2 je.

mana banyak...1 troli je...huhu
Habis jalan, bayar, pulang. Dah sampai rumah aku dengan semangatnya unpack semua hasil pembelian di IKEA untuk tujuan pemasangan. Sekali baru pasan da, silap beli table. Nak amik table boleh laras. Kejap jadi 1 kejap jadi 2. Stye kan bunyiknya. Sekali terbeli yang 1 jek. Dah la lagi mahal pulak tu. Keciwa keciwa. Lagi 1 tertinggal pulak kerusi pink pilihan hatiku ini. Dah amik letak dalam troli dah, tapi sebab nak masukkan kotak lain aku tertinggal kat tepi. Demyu...

kusi pink...sepink hatiku...huhu
meja yang tersilap amik...bukan salah aku k...salah mata...
Esok dengan semangatnya aku call IKEA untuk kepastian. Sebab aku terbaca, kalau kita dah beli tapi tak berkenan boleh pulang balik dalam masa 100 hari dengan syarat tak pasang lagi. Petang tu jugak kami naked nekad ke sana lagi sekali. 2 hari berturut tu. Orang yang tinggal area sana pun tak g hari2. Sah2 kami orang kampung. Huhuhu. Niat untuk tukar meja dan amik kusi pink tu je. Jujur, takde niat lain. Tapi malangnya jeng jeng jeng.....


1 troli lagi sekali. Masuk yang ni dah 3 troli kami borong kat IKEA. So please IKEA, bagi kami baucer diskaun okeh.

Untuk Churalliya, plan kita nak g IKEA tu jadi ke tak??? Dah 2 tahun plan nih...

Nantikan episod seterusnya bertajuk Pemasangan Barangan IKEA Tahun Lepas. Gila lama backdated punya entry.