Hai bertutorial lagi kita minggu ni ye. Kali ni saya bawakan tutorial HJ Split yang senang2 gitu. Huhu. Apa guna HJ Split nih? Seperti namanya, ia adalah satu aplikasi untuk split (pisah) atau join (cantum) fail yang besar2. Contohnya macam movie file, beser2 gitu.
So kalau nak macam mana, sila ikut step seperti di bawah yek :-
1. Download HJ Split di www.hjsplit.org.
2. Extract fail HJ Split yang dah didownload tu.
3. Klik hjsplit.exe. Tara, dah boleh pakai. Tak yah instal2 pun. Senang kan???
Macam mana nak guna pulak?? Pun sama simple pimple gak...Huhuhu...
Lepas klik hjsplit.exe tu skrin seperti di bawah akan muncul...
Untuk split fail refer gambar di bawah:-
1. Klik Input File - Fail besar yang nak dipecahkan tu. Format fail yang dipecahkan adalah seperti *.001, *.002 dan seterusnya.
2. Klik Output - lokasi pecahan fail tu disimpan
3. Pilih saiz setiap pecahan - dicadangkan 100 Mbytes
4. Klik start.
5. Sit back and relax - tunggu siap je
Untuk join fail yang dah pecah2 ikut step macam di bawah :-
1. Klik Input File - Browse lokasi mana fail yang pecah tu. Anda hanya akan jumpa fail berformat *.001 je.
2. Klik Output - lokasi simpanan fail yang dah dicantumkan.
3. Klik Start.
4. Sit back and relax - macam biasa la kan. hehehe.
So bila dah join fail tu boleh la anda start menggunakan fail tu. Seperti contoh menonton movie yang dah didownload. Manakala selepas split file pula anda boleh mengupload ke mediafire, rapid share, duckload atau yang sewaktu dengannya.
Selamat mencuba!!!


2 comments:
ooooo
RAR x boleh buat mcm tue ke?
Post a Comment