April 8, 2011

- dirham pertamaku, dinar bakal menyusul -

Dah lama dah usha pasal dinar dan dirham Kelantan ni. Sejak mula dilancarkan sampai la minggu lepas aku asyik berkira-kira nak invest kat dirham dan dinar ni.

Akhirnya Isnin lepas, aku pun mengorder 1 dirham dan 2 dirham berjumlah RM75 untuk memulakan koleksi aku ni. Cukup la kot untuk starter pack aku. Lagipun tu je yang mampu buat masa ini. Masa aku order Isnin tu harga per dirham ialah RM 25, aku check hari Selasa dah naik RM26. Compare dengan sebelum ini RM17 dan kemudian RM23. Harga semakin meningkat aku rasa tak rugi kalau start sekarang. Lagipun korang boleh trade in balik ikut harga semasa pada bila2 masa.

2 darham di belah kirimu, 1 darham di belah kirimu...tengah2 tu jata Negeri Sembilan
Tak clear sangat nampaknya, so aku tepek gambar dari Islamic Mint...
front view - 8 dinar...chantekkk

back view - 8 dinar chantekkk

front view 10 darham - chantekk

back view 10 darham - chantekkk
Kalau nak info lanjut boleh la surf Islamic Mint ataupun Nubex, 2 trader yang sah untuk dinar dan dirham ni. Macam2 koleksi ada termasuk set dirham Perak yang baru dilancarkan tu. Boleh beli online juga. Tapi kalau ada yang berminat nak kirim dengan aku, boleh la contact aku. Boleh aku dapat komisyen sket. 

Selamat melabur!!!

No comments:

Post a Comment