April 28, 2011

- thursday is our vege day -

Lupa lak nak tulis kat sini pasal hari vege (vegetarian) kami yang bermula 31 Mac yang lalu. Tiap2 minggu nak tulis tapi asek terlupa je. Asalnya cadangan aku dan dipersetujui oleh Wildcutecat. Huhu.
Vege Day
Vege Day
Macam2 dugaan dan gudaan berlaku tiap hari khamis ni. Semuanya menguji keimanan kami untuk mevegekan diri setiap khamis. Ada sekali tu terpaksa skip sebab berkursus di PD. Hari ni pun mungkin akan sekerat hari je sebab ada undangan BBQ malam nanti.

Apapun kami tetap akan meneruskan hari vege ini sebaik mungkin disamping menunaikan tanggungjawab sosial yang mendatang...hehehe...

April 27, 2011

- SLW 1st giveaway -

Capo Grande telah ditag oleh wildcutecat untuk join SLW 1st Giveaway. Inilah contest pertama Capo nak join.


Syarat2 GA ni ialah :
  • menetap di Malaysia - checked
  • jadi Follower blog SLW & LIKE our FB page - checked
  • buat satu entry tentang GA ni & letak banner yg di atas tu (berserta link) - checked
  • tag sekurang-kurangnya 2 orang kawan dan pastikan diorang tau yg diorang kena tag - checked. tag Churalliya dan Viruspadu untuk join sekali.
  • lastly, tinggalkan ur link entry dalam kotak comment di bawah...- checked
p/s : copy paste ayat wildcutecat ajek...

April 24, 2011

- manga that i read - 20th century boys -

dari kiri: maruo, kenji dan yoshitsune...
Apa akan jadi kalau satu permainan kanak-kanak mengambil masa selama 5 dekad untuk ditamatkan? Jawapannya ialah kemusnahan bumi dan kepupusan manusia. Cerita bermula di markas rahsia yang dibina oleh Kenji, Othco, Yoshitsune, Maruo, Konchi, Mon-chan, Yukiji dan Donkey. Tempat rahsia yang mempunyai radio lama, komik menjadi tempat bermulanya perancangan kemusnahan dunia. Idea asal adalah bagaimana orang baik menggagalkan rancangan itu. Tapi idea kemusnahan itu dijadikan oleh kenyataan oleh salah seorang dari rakan semasa kanak-kanak mereka. Siapakah perancang itu?

Selepas meningkat usia, Kenji menerima surat daripada Donkey yang telah dibunuh mengenai konspirasi ini.  Hasil siasatan beliau mendapati dalangnya, Friend adalah salah seorang dari rakan mereka semasa kecil. Kenji dan rakan-rakan yang lain berkumpul semula untuk membentuk pakatan rakyat untuk merampas  kembali simbol mereka.
macam familiar la simbol ni...Allahuakbar!!!
Apakah kesudahan manga ini? Boleh baca sendirik kat Manga Reader yek..Finale manga ini ditulis di dalam sequelnya 21th Century Boys
dah dijadikan filem pun...sedang mencari lagik....
Apapun bagi aku pening sket nak baca manga ni sebab banyak sangat flashback. Banyak kena relate dengan masa lalu. Just remember, a childs play never end until the day they become adult.

April 12, 2011

- tutorial HJ Split -

Hai bertutorial lagi kita minggu ni ye. Kali ni saya bawakan tutorial HJ Split yang senang2 gitu. Huhu. Apa guna HJ Split nih? Seperti namanya, ia adalah satu aplikasi untuk split (pisah) atau join (cantum) fail yang bersaiz besar seperti movie atau drama siri. Kesimpulannya HJ-Split digunakan untuk mencantumkan movie yang kita download tadi. Kalau tak cantum takleh tengok pulak kan??

So kalau nak macam mana, sila ikut step seperti di bawah yek :-

1. Download HJ Split di www.hjsplit.org.

2. Extract fail HJ Split yang dah didownload tu.

3. Klik hjsplit.exe. Tara, dah boleh pakai. Tak yah instal2 pun. Senang kan???

Macam mana nak guna pulak?? Pun sama simple pimple gak...Huhuhu...

Lepas klik hjsplit.exe tu skrin seperti di bawah akan muncul...

HJ-Split
HJ-Split

Split file boleh kita gunakan kalau kita nak menghantar fail bersaiz besar kepada kawan-kawan kita. Ataupun anda memang seorang yang rajin berkongsi movie dan upload ke laman web file sharing seperti Mediafire, iGetfile, Rapid Share dan sebagahainya. Untuk split fail refer gambar di bawah:-

HJ-Split split action
HJ-Split split action

1. Klik Input File - Fail besar yang nak dipecahkan tu. Format fail yang dipecahkan adalah seperti *.001, *.002 dan seterusnya.
2. Klik Output - lokasi pecahan fail tu disimpan
3. Pilih saiz setiap pecahan - dicadangkan 100 Mbytes
4. Klik start.
5. Sit back and relax - tunggu siap je

Manakala untuk join fail yang dah pecah2 ikut step macam di bawah :-

HJ-Split join action
HJ-Split join action

1. Klik Input File - Browse lokasi mana fail yang pecah tu. Anda hanya akan jumpa fail berformat *.001 je.
2. Klik Output - lokasi simpanan fail yang dah dicantumkan.
3. Klik Start.
4. Sit back and relax - macam biasa la kan. hehehe.

So bila dah join fail tu boleh la anda start menggunakan fail tu. Seperti contoh menonton movie yang dah didownload.

Selamat mencuba!!!

April 11, 2011

- tutorial kalau keyboard rosak -

Selalu mengalami masalah keyboard?? Tekan button lain keluar huruf lain?? Tekan2 tak keluar apa2? Huruf semua huruf besar?? Klik ikon keluar properties?? Jangan cepat hantar kedai, cuba test dulu keyboard anda menggunakan On-Screen Keyboard.

On-Screen Keyboard ialah satu aksesori terbina (built-in) Windows untuk memudahkan penggunaan komputer anda. Untuk akses ke sila ikuti step di bawah :-

Untuk Windows XP:
On-Screen Keyboard klik Start-->All Programs-->Accessories-->Accessibility-->On-Screen Keyboard

keyboard dalam Win XP
Untuk Windows 7:
On-Screen Keyboard klik Start-->All Programs-->Accessories-->Ease Of Access-->On-Screen Keyboard

keyboard dalam Win 7
So tengok la button apa yang tertekan or terkepit tu. Biasanya button Ctrl, Alt, Caps Lock, Enter, Shift yang tertekan tak mau naik. Dah jumpa tekan2 la balik button tu sampai ok.

Kalau keyboard dah rosak pun anda boleh guna On-Screen Keyboard untuk menggantikan keyboard anda buat sementara waktu. Sekian!!!

p/s: Macam mana kalau keyboard laptop/notebook/netbook yang rosak? Sila klik Tutorial kalau keyboard laptop/netbook/notebook rosak ini.

April 8, 2011

- bruno mars seksa bayi?? -

Tak abis2 kes si Bruno Mars. Penyanyi yang famous dengan lagu Just The Way You Are, Nothin' On You, Billionaire dan Grenade ini tak pernah berhenti buat kontroversi. Kes cocaine possesion pun tak setel lagi dah ada kes baru pulak. Kali ini gambar Bruno Mars yang diambil oleh paparazzi sedang menyeksa bayi di sebuah shopping complex di Seremban??? WTH, Seremban tuh. Kelas kan???

Be the judge and check the photo yourself...
Bayi dikenali sebagai Arissa...
Bukan Bruno Mars ke??? Kan sebijik tu?? Cuba korang compare sendiri...
Bruno Mars dalam clip Just The Way You Are...
Hamik ko tak caya. Sebenarnya yang menyeksa bayi itu ialah Azlan Mars adik kepada Bruno Mars lain mak lain bapak. Huhuhuhu...

Nak amik kesempatan untuk mengucapkan Happy Besday sayangku, Puan Wildcutecat pada hari ini. Sorry takde hadiah. Wish je la ek??

Aku dedikasikan lagu Bruno Mars untuk beliau..

Bruno Mars - Marry You
It’s a beautiful night,
We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

Well I know this little chapel on the boulevard we can go,
No one will know,
Come on girl.
Who cares if we’re trashed got a pocket full of cash we can blow,
Shots of patron,
And it’s on girl.

Don’t say no, no, no, no-no;
Just say yeah, yeah, yeah, yeah-yeah;
And we’ll go, go, go, go-go.
If you’re ready, like I’m ready.

Cause it’s a beautiful night,
We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

So whatcha wanna do?
Let’s just run girl.
If we wake up and you wanna break up that’s cool.
No, I won’t blame you;
It was fun girl.

Don’t say no, no, no, no-no;
Just say yeah, yeah, yeah, yeah-yeah;
And we’ll go, go, go, go-go.
If you’re ready, like I’m ready.

Cause it’s a beautiful night,
We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

Just say I do,
Tell me right now baby,
Tell me right now baby. x2

Cause it’s a beautiful night,
We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

Tahniah juga sebab dapat ucapan besday dari kumpulan BALAS Raja Lawak....

- dirham pertamaku, dinar bakal menyusul -

Dah lama dah usha pasal dinar dan dirham Kelantan ni. Sejak mula dilancarkan sampai la minggu lepas aku asyik berkira-kira nak invest kat dirham dan dinar ni.

Akhirnya Isnin lepas, aku pun mengorder 1 dirham dan 2 dirham berjumlah RM75 untuk memulakan koleksi aku ni. Cukup la kot untuk starter pack aku. Lagipun tu je yang mampu buat masa ini. Masa aku order Isnin tu harga per dirham ialah RM 25, aku check hari Selasa dah naik RM26. Compare dengan sebelum ini RM17 dan kemudian RM23. Harga semakin meningkat aku rasa tak rugi kalau start sekarang. Lagipun korang boleh trade in balik ikut harga semasa pada bila2 masa.

2 darham di belah kirimu, 1 darham di belah kirimu...tengah2 tu jata Negeri Sembilan
Tak clear sangat nampaknya, so aku tepek gambar dari Islamic Mint...
front view - 8 dinar...chantekkk

back view - 8 dinar chantekkk

front view 10 darham - chantekk

back view 10 darham - chantekkk
Kalau nak info lanjut boleh la surf Islamic Mint ataupun Nubex, 2 trader yang sah untuk dinar dan dirham ni. Macam2 koleksi ada termasuk set dirham Perak yang baru dilancarkan tu. Boleh beli online juga. Tapi kalau ada yang berminat nak kirim dengan aku, boleh la contact aku. Boleh aku dapat komisyen sket. 

Selamat melabur!!!

April 5, 2011

- idamanku di SOGO -

Weekend lepas punya perancangan sepatutnya kami sekeluarga ke Mid Valley. Dandan je tengah2 highway aku decide untuk check-in di KL International Hotel sebab Kaktih pun stay kat sana. Terus tukar lokasi ke SOGO tanpa mengetahui ada sale kat sana.

Takde plan nak shopping pun, tapi bila dah sampai hati aku meruntuk-runtuk nak beli 1 perfume yang dah lama aku ngidamkan. Try on body je dah lebih 20x, bau sample lagi la lebih kan. Dulu nak buat hantaran kawin tapi takde set pulak so beli D&G The One sebab nampak cantik bila wrap tu.

Nak tau ke apa perfume yang aku idamkan selama dekat 2 tahun tu?? Tara, namanya ialah Bvlgari Soir. Sebutannya So-wa bukan So-wir. Kali ni beli dengan deodaran sebab dah ada match bau dengan Pour Homme.
sweet je bau dia...mmg pilihanku...
Kalau ada sesape perasan, aku tukar gambar profile aku setiap kali beli perfume.Kalaulah ada yang perasan kan. Sebelum gambar D&G The One tu gambar Mont Blanc Starwalker huhuhu.

my profile
my profile
 Lepas ni nak beli perfume apa lak ek?? Setahun boleh beli sekali je, so have to buy wisely...