March 22, 2011

- tutorial SEO doctor -

Hai semua, dah lama tak menulis tutorial. Kali terakhir, aku buat tutorial flip dan weirdmaker. Bukan apa, rasa macam korang semua pun dah handal2 dari aku kan. Apa je yang aku nak tarbiyah sama korang. Huhu..

Kali ini aku nak buat tutorial ringkas pasal SEO Doctor ni. Sekarang kan heboh2 nak blog yang mesra SEO katanya. Supaya income lebih masyuk. Tak tahu la pulak aku. Aku tak semasyuk diorang. Tapi tak salah nak tambah ilmu kan???

SEO Doctor ni adalah add-ons dalam mozilla firefox yang berfungsi untuk mengira markah SEO dalam sesebuah site/blog. Secara ringkasnya SEO Calculator. Bila dah tau markah korang tu, boleh la tokok tambah mana yang patut untuk dapatkan markah yang lebih tinggi. Ala2 exam time sekolah dulu la, beza takde time limit je. Ikut kerajinan korang la nak tambah apa yang takde tu.

Macam mana nak install SEO Doctor nih?? Mari ikut step2 berikut. Marilah Jujai, jangan malu2...

Mula2 bukak la Mozilla Firefox korang. Kalau takde, sila install dulu yek. Kemudian klik pada Tools --> Add-ons.

Interface seperti di bawah akan kelihatan. Klik pada 'Get Add-Ons', search SEO Doctor dan tekan 'Enter'. Bila dah jumpa macam gambar di bawah klik 'Add to Firefox'...

Tunggu 4 saat dan tekan 'Install Now'...

Dah selesai install silalah Restart firefox eh..

Dah restart tu kemudian pergi la mana2 site/blog. Lebih afdal kalau pergi blog sendirik. Yelah, apa jadah ko nak tengok blog orang lain lak kan. Macam mana nak menimbulkan rasa riak dan ujub melainkan tengok markah sendiri ye tak??

 Kalau klik pada peratusan tu akan keluar benda alah seperti di bawah....

Sekian saja tutorial untuk install SEO Doctor di Firefox anda. Untuk penerangan lanjut mengenai setiap item di atas, nantikan entry2 mendatang dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Sambil menyanyi Insyallah dari Maher Zain, aku melabuhkan tirai....

2 comments:

  1. hi encik grande. thanks for this tip. tp ape fungsinye seo add on ni?
    waduh2 ngak ngerti dong.

    ReplyDelete
  2. minta maaf aMaD..tutorial ini tak lengkap nampaknya...

    add on ini menunjukkan apa yang tiada di dalam blog kita.

    contohnya item no 1, H1 tag. Setiap page kena ada 1 H1 tag dan beberapa H2 tag untuk memudahkan search engine crawl blog kita.

    untuk penerangan lanjut, dekat setiap item itu ada butang more info. Klik utk mengetahui cara membaikinya.

    Harap membantu ;-)

    ReplyDelete