March 30, 2011

- takde manners atau tak tau english -

Alkisah satu hari aku dan famili bershopping barangan dapur di sebuah pasaraya tempatan yang dirahsiakan namanya. Semasa beratur untuk membuat bayaran kelihatan 2 orang warga asing (European la bukan Nepal atau Myanmar) sedang membayar. 
makhluk orang asing membayar di The Store Ampangan, bukan nama pasaraya sebenar...
Selesai membayar dengan lajunya mereka meninggalkan tanpa mengambil duit baki. Lantas petugas kaunter tu cuba memanggil mereka. Tapi tanpa suara la. Macam mana tu??? Cuba ambil masa seminit untuk bayangkan bagaimana nak panggil orang yang tak memandang ke arah kita tanpa suara. Gila crazy kan...

Aku pun cuba nak panggil tapi sebab barang penuh dan depan aku ada seorang lagi nak bayar. Jadi aku stop je la takkan nak jerit2 lak kan. Tak senonoh sungguh bunyinya. Jadi aku niatkan je kalau jumpa diorang aku akan sound pasal duit baki diorang tu. Dalam hati aku rasa cashier ni mesti tak tau langsung cakap English. Dem yu, bikin malu orang melayu je.
Kebetulan selepas aku settle bayar, aku terserempak dengan diorang. Lantas aku menegur salah seorang dari mereka (aku namakan En. Scoffield), "Excuse me sir, I think you left without taking your balance". Holy cow, gila sopan kan aku. Huhu.
macam ni la rupa En. Scoffield tu..cuma kurang tinggi, kurang ensem dan kurang lagi rambutnya...
"No, no i don't think so", balas kumpulan Balas eh En. Scoffield. Dari slangnya rasa mereka dari Jerman kot. "Just go and check it out yo", kataku tak mau kalah. Hehehe. Ntah macam mana ada 'yo' pulak kat hujung ayat aku tu. Mungkin sebab aku orang Nogoghi kot. Huhuhu.

"Ok, thanks. I'll go there", kata En. Scoffield lagi sambil tersenyum sinis. Mungkin dia tak sangka ada orang dalam shopping complex tu boleh cakap English dengan cemerlang. Bukan orang lain je yang kagum, aku pun kagum dengan kehebatan diriku ini. Kui kui kui.

Lepas je diorang blah, baru aku terfikir. Mungkin cashier tu bukan tak tau English. Mungkin dia takde manners kot. Sebab aku perasan time aku bayar sebelum tu, cashier tu tak senyum pun sepanjang membungkus dan mengira barang2 aku. Dah settle bayar, takde ucapan terima kasih pun. Kalau la dia ada manners mungkin la dia boleh kejar En. Scoffield tu sambil memulangkan wang walaupun tak tau English.
simple manners...please teach your kid about it...or lead by example...
Tiba2 aku teringat rancangan kartun kat ASStro. Kebanyakan dah ditranslate ke BM. Macam mana la orang kita nak pandai English kan kalau hari2 tengok kartun melayu. Kalau tengok English punya memang resah gelisah budak2 kecik tu mecari remote. Rasa itu agenda ASStro untuk menjahanamkan pembelajaran English orang2 Melayu kita. Maka sampai tua la kita tetap takut dan tak yakin untuk bertutur dalam English termasuklah aku sekali (kecuali kalau terpaksa). Kemain jauh lak aku fikir.
antara kartun yang telah di'macha'kan oleh ASStro...
Majulah bahasa untuk bangsa. Tapi tak salah kalau kita fasih bahasa lain pun.

3 comments:

  1. Betul tu tak salah fasih lebih dari satu bahasa. Macam aku ni tengah belajar BI dan masih takut nak bercakap. Bukan takut bercakap dng bangsa asing tapi takut bercakap BI dng org Melayu! Walhal aku nak majukan sebutan aku. Tahu tak kenapa? sebab org Melayu ada 2 jenis. Jenis pertama; Melayu yg suka gelakkan org. Apatah lagi kalau kita silap sebut. Yang kelakarnya orang yg paling kuat gelakkan aku tu BI SPM dia tahap F! Tapi sebab dia tahu sebutan aku tu salah beria-ria dia kutuk macam dah 10 tahun speaking London!(patutnya dia betulkan aku bukan kutuk aku!) Jenis yang kedua; Melayu yang dah tahu Berbahasa Inggeris tapi menjadikan bahasa Melayu bahasa yang paling rendah tarafnya di dunia. Aku baca novel bahasa melayu kena kutuk kaw-kaw..malah katanya kat rumah dia semua familynya speaking, sapa cakap Melayu aje kena makan penampar ayahnyalah..wow..tapi lantaklah life dia macam tu, aku tak kisah pun, cuma janganlah dia kutuk aku pulak..huhuhu..
    Aku respect orang yang tahu berbahasa Inggeris tapi tahu menggunakannya tanpa menghina bahasa sendiri. Maap aku ni dah melalut..tapi cuma nak luah perasaan dan pengalaman..:)

    ReplyDelete
  2. hahaha... part ko balas balik sambil shuffle tu mmg kelakar...

    ReplyDelete
  3. hud:
    betul tu, mana yang dah pandai English tak blh la berlagak as "i sound stupid when i speak malay" rite...

    jadikan habit untuk betulkan dulu baru gelak...hehe...gelak ttp gelak...mana blh miss..

    literature dlm apa bahasa pun blh diterima asalkan menarik...so jgn malu lak nak baca novel malay lepas ni...xde yg salah pun...

    mekchu:
    yo yo...spontaneous la...sib baik wildcutecat xde masa tu...huhu

    ReplyDelete