March 23, 2011

- asyik2 takde air je -

Hari ini takde air lagi kat pejabat. Tak tau la tahun ni je dah berapa kali takde air. Tahun lepas pun tak ganti lagi. Dah la takde pengumuman langsung, hampeh. Kena lak ada orang yang concern bagitau pengalaman ngeri diorang dalam toilet baru la ahli mesyuarat mengambil maklum.

ingat ni video clip wonder girl ke? boleh kuar toilet takyah cebok...
Macam mana nak jadi majikan berkebajikan nih kalau benda2 asas macam ni pun selalu terganggu. Nak perah staff macam orang gila tapi benda basic ni pun susah. Untuk dapatkan pekerja yang produktif, bekalan air mesti selalu ada taww. Bagi wanita yang selalu ke toilet usha2 muka kat cermin supaya nampak jelita sentiasa, atau yang suka snap gambar dan post dalam blog. Huhuhuhu kelas aku buat fitnah. Dan untuk lelaki yang mengharapkan inspirasi ketika terberon, sambil menyedut asap rokok Peter merah yang syahdu.

Dan of course la kalau takde air, kita takleh buat benda2 di bawah ni dengan selesa...


atau yang ini....

tapi apakan daya ada yang tidak mampu menahan kemutan lalu terburailah apa yang ditahan sehingga menyebabkan tandas keluar dari pesanan (out of order)....
Macam2 kaler ada kalau korang rajin nak tengok lebih lanjut. Dari cecair membawak ke pepejal mahupun dalam bentuk wap dan gas. Bau ya rabbi, boleh hilang nafsu makan. Kena lak ada yang  makan petai, jering, kerdas atau yang sewaktu dengannya. Lagi2 kalau korang ternampak coklat cip macam kat bawah nih...Kompom korang bersilat...

Sepatutnya bila takde air, majikan kena la letak cleaner ala2 macam kat bawah ni untuk standby bersihkan apa yang patut. Barulah kami golongan kuli2 boleh mengekalkan prestasi mengikut SKT tahunan kami dengan cemerlang....

Kesian kat untie cleaner kami tu, dah la hari ni hari Rabu. Kalau hari Jumaat dia kena bersihkan najisan yang dah kering dan layu di hujung mekar je. Tapi esok dia kena mengadap stok2 segar dari Cameron punya...

Selalu bila takde air ni, aku tertanya2, diorang tak bayar air ke??? Kena bawak isu ni dalam meeting MBJ. Takpun buat surat layang. Hahahaha

2 comments:

  1. haiyo, ada xplicit content. bulan ni paling teruk xde air. aisy.. apola nak jadi ni ha..

    ReplyDelete
  2. jawapan En Salleh Jabbar langsung tak meyakinkan saya....

    ReplyDelete