March 2, 2011

- arissa dan ryan giggs -

Apa kena mengena Arissa dengan Ryan Giggs? Takde kena mengena pun.

Hari ini genap usia Arissa 2 bulan. Kalau ikut kalendar la. Kalau ikut hari belum lagi. Setakat ni baru pandai senyum2 dan gelak2 je. Borak2 pun kadang2 je. Selain tu, dia dah suka duduk pulak. Terangkat2 badan dia nak duduk kalau dibaringkan.

Arissa, the 1 sleepy girl...
Hari ini juga genap 20 tahun Ryan Giggs, pemain sayap Manchester United beraksi dalam liga Inggeris. Sejak menggantikan Denis Irwin yang cedera dalam perlawanan menentang Everton pada usia 17 tahun, beliau tidak menoleh ke belakang lagi dan menjadi antara pemain utama dalam pasukan sehinggalah ke hari ini..
Ryan Giggs, the 1 club man...
Tahniah Arissa dan Ryan Giggs. Err, Arissa sila belajar mengereng sekarang ye. Jangan jadi macam sepupu ko.

No comments:

Post a Comment