March 31, 2011

- arissa in wonderland -

Komik ini tiada kena mengena dengan yang hidup, yang baru nak hidup ataupun yang tidak hidup lagi...

Lokasi di I-City, Shah Alam....
Dibintangi oleh Encik Arissa sebagai saya, Encik Ayah sebagai Himself dan Encik Emak sebagai Herself....
Nantikan kemunculan saya dalam komik yang lain...bababaiiii...

Klik untuk cerita lebih lanjut >>>>

March 30, 2011

- takde manners atau tak tau english -

Alkisah satu hari aku dan famili bershopping barangan dapur di sebuah pasaraya tempatan yang dirahsiakan namanya. Semasa beratur untuk membuat bayaran kelihatan 2 orang warga asing (European la bukan Nepal atau Myanmar) sedang membayar. 
makhluk orang asing membayar di The Store Ampangan, bukan nama pasaraya sebenar...
Selesai membayar dengan lajunya mereka meninggalkan tanpa mengambil duit baki. Lantas petugas kaunter tu cuba memanggil mereka. Tapi tanpa suara la. Macam mana tu??? Cuba ambil masa seminit untuk bayangkan bagaimana nak panggil orang yang tak memandang ke arah kita tanpa suara. Gila crazy kan...

Aku pun cuba nak panggil tapi sebab barang penuh dan depan aku ada seorang lagi nak bayar. Jadi aku stop je la takkan nak jerit2 lak kan. Tak senonoh sungguh bunyinya. Jadi aku niatkan je kalau jumpa diorang aku akan sound pasal duit baki diorang tu. Dalam hati aku rasa cashier ni mesti tak tau langsung cakap English. Dem yu, bikin malu orang melayu je.
Kebetulan selepas aku settle bayar, aku terserempak dengan diorang. Lantas aku menegur salah seorang dari mereka (aku namakan En. Scoffield), "Excuse me sir, I think you left without taking your balance". Holy cow, gila sopan kan aku. Huhu.
macam ni la rupa En. Scoffield tu..cuma kurang tinggi, kurang ensem dan kurang lagi rambutnya...
"No, no i don't think so", balas kumpulan Balas eh En. Scoffield. Dari slangnya rasa mereka dari Jerman kot. "Just go and check it out yo", kataku tak mau kalah. Hehehe. Ntah macam mana ada 'yo' pulak kat hujung ayat aku tu. Mungkin sebab aku orang Nogoghi kot. Huhuhu.

"Ok, thanks. I'll go there", kata En. Scoffield lagi sambil tersenyum sinis. Mungkin dia tak sangka ada orang dalam shopping complex tu boleh cakap English dengan cemerlang. Bukan orang lain je yang kagum, aku pun kagum dengan kehebatan diriku ini. Kui kui kui.

Lepas je diorang blah, baru aku terfikir. Mungkin cashier tu bukan tak tau English. Mungkin dia takde manners kot. Sebab aku perasan time aku bayar sebelum tu, cashier tu tak senyum pun sepanjang membungkus dan mengira barang2 aku. Dah settle bayar, takde ucapan terima kasih pun. Kalau la dia ada manners mungkin la dia boleh kejar En. Scoffield tu sambil memulangkan wang walaupun tak tau English.
simple manners...please teach your kid about it...or lead by example...
Tiba2 aku teringat rancangan kartun kat ASStro. Kebanyakan dah ditranslate ke BM. Macam mana la orang kita nak pandai English kan kalau hari2 tengok kartun melayu. Kalau tengok English punya memang resah gelisah budak2 kecik tu mecari remote. Rasa itu agenda ASStro untuk menjahanamkan pembelajaran English orang2 Melayu kita. Maka sampai tua la kita tetap takut dan tak yakin untuk bertutur dalam English termasuklah aku sekali (kecuali kalau terpaksa). Kemain jauh lak aku fikir.
antara kartun yang telah di'macha'kan oleh ASStro...
Majulah bahasa untuk bangsa. Tapi tak salah kalau kita fasih bahasa lain pun.

March 23, 2011

- asyik2 takde air je -

Hari ini takde air lagi kat pejabat. Tak tau la tahun ni je dah berapa kali takde air. Tahun lepas pun tak ganti lagi. Dah la takde pengumuman langsung, hampeh. Kena lak ada orang yang concern bagitau pengalaman ngeri diorang dalam toilet baru la ahli mesyuarat mengambil maklum.

ingat ni video clip wonder girl ke? boleh kuar toilet takyah cebok...
Macam mana nak jadi majikan berkebajikan nih kalau benda2 asas macam ni pun selalu terganggu. Nak perah staff macam orang gila tapi benda basic ni pun susah. Untuk dapatkan pekerja yang produktif, bekalan air mesti selalu ada taww. Bagi wanita yang selalu ke toilet usha2 muka kat cermin supaya nampak jelita sentiasa, atau yang suka snap gambar dan post dalam blog. Huhuhuhu kelas aku buat fitnah. Dan untuk lelaki yang mengharapkan inspirasi ketika terberon, sambil menyedut asap rokok Peter merah yang syahdu.

Dan of course la kalau takde air, kita takleh buat benda2 di bawah ni dengan selesa...


atau yang ini....

tapi apakan daya ada yang tidak mampu menahan kemutan lalu terburailah apa yang ditahan sehingga menyebabkan tandas keluar dari pesanan (out of order)....
Macam2 kaler ada kalau korang rajin nak tengok lebih lanjut. Dari cecair membawak ke pepejal mahupun dalam bentuk wap dan gas. Bau ya rabbi, boleh hilang nafsu makan. Kena lak ada yang  makan petai, jering, kerdas atau yang sewaktu dengannya. Lagi2 kalau korang ternampak coklat cip macam kat bawah nih...Kompom korang bersilat...

Sepatutnya bila takde air, majikan kena la letak cleaner ala2 macam kat bawah ni untuk standby bersihkan apa yang patut. Barulah kami golongan kuli2 boleh mengekalkan prestasi mengikut SKT tahunan kami dengan cemerlang....

Kesian kat untie cleaner kami tu, dah la hari ni hari Rabu. Kalau hari Jumaat dia kena bersihkan najisan yang dah kering dan layu di hujung mekar je. Tapi esok dia kena mengadap stok2 segar dari Cameron punya...

Selalu bila takde air ni, aku tertanya2, diorang tak bayar air ke??? Kena bawak isu ni dalam meeting MBJ. Takpun buat surat layang. Hahahaha

March 22, 2011

- tutorial SEO doctor -

Hai semua, dah lama tak menulis tutorial. Kali terakhir, aku buat tutorial flip dan weirdmaker. Bukan apa, rasa macam korang semua pun dah handal2 dari aku kan. Apa je yang aku nak tarbiyah sama korang. Huhu..

Kali ini aku nak buat tutorial ringkas pasal SEO Doctor ni. Sekarang kan heboh2 nak blog yang mesra SEO katanya. Supaya income lebih masyuk. Tak tahu la pulak aku. Aku tak semasyuk diorang. Tapi tak salah nak tambah ilmu kan???

SEO Doctor ni adalah add-ons dalam mozilla firefox yang berfungsi untuk mengira markah SEO dalam sesebuah site/blog. Secara ringkasnya SEO Calculator. Bila dah tau markah korang tu, boleh la tokok tambah mana yang patut untuk dapatkan markah yang lebih tinggi. Ala2 exam time sekolah dulu la, beza takde time limit je. Ikut kerajinan korang la nak tambah apa yang takde tu.

Macam mana nak install SEO Doctor nih?? Mari ikut step2 berikut. Marilah Jujai, jangan malu2...

Mula2 bukak la Mozilla Firefox korang. Kalau takde, sila install dulu yek. Kemudian klik pada Tools --> Add-ons.

Interface seperti di bawah akan kelihatan. Klik pada 'Get Add-Ons', search SEO Doctor dan tekan 'Enter'. Bila dah jumpa macam gambar di bawah klik 'Add to Firefox'...

Tunggu 4 saat dan tekan 'Install Now'...

Dah selesai install silalah Restart firefox eh..

Dah restart tu kemudian pergi la mana2 site/blog. Lebih afdal kalau pergi blog sendirik. Yelah, apa jadah ko nak tengok blog orang lain lak kan. Macam mana nak menimbulkan rasa riak dan ujub melainkan tengok markah sendiri ye tak??

 Kalau klik pada peratusan tu akan keluar benda alah seperti di bawah....

Sekian saja tutorial untuk install SEO Doctor di Firefox anda. Untuk penerangan lanjut mengenai setiap item di atas, nantikan entry2 mendatang dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Sambil menyanyi Insyallah dari Maher Zain, aku melabuhkan tirai....

March 21, 2011

- ping pong lagik -

Sabtu nan lalu, cewah jiwang punya sailang, aku terpilih untuk main ping pong lagi. Kali ni friendly dengan JPA pulak. Kalau sebelum ni aku friendly dengan LLM yang mana aku dikalahkan dengan teruk sekali. kejadian memalukan ini menyebabkan aku terlebih berhati-hati kali ni.

Seawal jam 9 pagi aku dah sampai. Tengok pihak2 lawan tengah praktis. Wow!! Dashat!! Kata hati kecilku dengan kagumnya. Maka dengan segera aku membuat keputusan untuk meletakkan diri aku sebagai simpanan tetap. Apa guna orang lain yang lagi teror dari aku kan.
friendly ping pong
Orang JPA tu state player katanya...macam mana nak menang kan???

Sampai time aku masuk, regu aku , Fauzie ajak aku sparring. Aku cakap aku dah kecik ati sebab dia kata nak regu dengan orang lain. Huhu, kecik la sangat kan. Padahal dah cuak nak mampus tangan mengigil tak nak main. Nasib la aku tak main, kalau tak lagi teruk kitorang kalah. 

Walaupun aku johan ping-pong 2008 dan tempat ketiga 2011 dalam sukan se-SUKNS, aku tetap tak yakin lagi. Padahal main tiap petang kan. Haish, En. Capo sila yakin dengan trickery anda ye!!!

Lupa lak nak taruk kelebihan main ping-pong ni...Mari kita baca...

Table Tennis Benefit:
Little risk of injury
As a non-contact sport, using a ball that weighs only a few grams, table tennis is practically a risk-free sport. Table tennis players do not run the risk of being struck by lightning, breaking bones, banging heads, concussion, or being mistaken for a deer.

Physical benefits
Table tennis, when played competitively, has an impressive list of physical benefits, the most obvious of which is eye-hand coordination. The speed, spin and placement of the ball are crucial, and practiced players are expert in both creating and solving puzzles involving these three attributes.

Improved reflexes result because of the fast-paced nature of the sport over very short distances. Both gross and fine muscle movements are improved. The game is distinguished by bursts of exertion and recovery, leading to fast-twitch muscle development. Over the course of play, a fair, yet not extreme, amount of aerobic activity occurs. Players can set their own level of involvement.

Mental benefits
Table tennis is accurately described as 'high-speed chess'. The mental alertness encouraged by the sport's tactical challenges is particularly good for seniors. The ability to concentrate on applying a tactic is good for all ages. Table tennis is available year-round as a social outlet. It is one of the few sports in which size, age, and sex are irrelevant competitive factors. This aspect has led to it's adoption as the world's most popular life sport and the slogan "table tennis: anybody, anytime, anywhere".

Copy paste jek...malas nak taipan...huhu

March 8, 2011

- cubaan 1, 2..cubaan -

Hari ini percubaanku yang kedua. Kali pertama sukses dengan cemerlang. Kali kedua juga cemerlang. Ada 1 percubaan lagi.

Kalau sukses, bolehlah diteruskan.

Percubaan apa itu? Terlalu explicit untuk dikongsi di blog ini.

Cobaan...cobaan everywhere
Cobaan...cobaan everywhere

March 2, 2011

- arissa dan ryan giggs -

Apa kena mengena Arissa dengan Ryan Giggs? Takde kena mengena pun.

Hari ini genap usia Arissa 2 bulan. Kalau ikut kalendar la. Kalau ikut hari belum lagi. Setakat ni baru pandai senyum2 dan gelak2 je. Borak2 pun kadang2 je. Selain tu, dia dah suka duduk pulak. Terangkat2 badan dia nak duduk kalau dibaringkan.

Arissa, the 1 sleepy girl...
Hari ini juga genap 20 tahun Ryan Giggs, pemain sayap Manchester United beraksi dalam liga Inggeris. Sejak menggantikan Denis Irwin yang cedera dalam perlawanan menentang Everton pada usia 17 tahun, beliau tidak menoleh ke belakang lagi dan menjadi antara pemain utama dalam pasukan sehinggalah ke hari ini..
Ryan Giggs, the 1 club man...
Tahniah Arissa dan Ryan Giggs. Err, Arissa sila belajar mengereng sekarang ye. Jangan jadi macam sepupu ko.

March 1, 2011

- apa jadah ko amik gambar nama makanan je -

Cerita bermula bila mana aku ke sesi bengkel di Putajaya...

Pergi awal dengan bos, sempat la untuk makan tengahari di sana...

Lepas lunch, aku amik dessert. Itu pun sebab aku tengok rupanya macam menarik je...

Tapi kesarkisan aku terserlah. Ini je yang aku snap. Ingatkan senang nak google nanti....

Tapi susah sebenarnya...

Sampai la ni aku tak jumpa resipinya...

So sape2 pandai masak boleh tolong kongsi resipi dengan aku...

Kalau tak aku buat guna resipi puding koktel je...

Sedap gak...huhuhu...