February 22, 2011

- pisau arab -


Baru je hilang letih bermain futsal (kalah of course) dan berjalan-jalan hari ahad dengan Wildcutecat aritu. Boleh la sambung menulis balik (macam tulis guna kaki pulak kan??). On the way nak ke Tampin aku singgah untuk collect barang antik yang aku beli di Saudagar Antique. Barang yang aku beli ialah sebilah (2 bilah?) pisau arab. Aku bukanlah peminat barangan antik, tapi tiba-tiba aku terminat lak untuk beli. Mungkin sebab bentuknya yang tak pernah aku jumpa sebelum ini.

Nak tahu ke macam mana rupa pisau arab yang aku beli tu...jeng jeng jeng...........


Inilah rupanya dalam keadaan bersarung...
Selalunya aku jumpa pisau arab yang ada sebilah sahaja. Inilah kali pertama jumpa kembar macam ni. Apa pulak yang ada dalam sarung tu ek. Mari kita selak satu persatu....

Dasyat tak??
Untuk makluman, yang macam gunting tu digunakan untuk memegang senjata lawan dan kemudian ditikam dengan pisau pendek itu. Macam mana la hebat skill orang yang guna pisau ni ek? Concentration kena tinggi tu nak tangkap senjata orang lain. Tapi kalau dah pakar mungkin senang je kot. Huhu..

Inilah senjata antik pertama yanga ku beli. Aku sendiri harap ini tidak akan memulakan hobi pelik tapi mahal iaitu mengumpul barangan antik selepas ini. Aku tak mampu.....

3 comments:

  1. pisau satu lagi tu kalo buat cucuk hot dog maser bbq tu ok gak tu...

    tapi seriously lawa...

    ReplyDelete
  2. yup, aku pikir nak panggang jagung guna tu...jagung korang berdua...hahaha...

    ReplyDelete