February 25, 2011

- oh, it's my ketua kampung -

Alkisahnya tersebut sebuah negeri yang maju di dalam bidang IT iaitu Negeri Sembilan. Adapun majunya IT di negeri ini sehinggakan ketua-ketua kampung mahir berfacebook. Mereka sering berchating dengan pemuka-pemuka dan pembesar-pembesar negeri melalui faecebook.

Berkat curahan ilmu dari pandai-pandai IT negeri, maka termaktublah ujian besar untuk semua ketua kampung iaitu ujian menaip menggunakan Microsoft Words. Adapun sekiranya berjaya mereka ini akan dikurniakan anugerah dari bendahara negeri.



Cet, panjangnya mukadimah aku. Pendekkan cerita, aku telah dilantik sekali lagi sebagai tenaga pengajar ketua kampung untuk menggunakan Words 2003. Jika sebelum ini aku mengajar facebook sampai demam dan hilang suara, kali ini tidak lagi. Sekarang aku lebih berpengalaman dalam bidang ini dan mampu untuk tidak demam. Cuma sakit kaki je sebab jalan banyak sangat. Ke depan, ke belakang aku sorong.

Kali ini aku dibantu oleh En. Sharizal (apsal aku lak yang dia bantu nih?? Haishhh), En. Hafiz, En. Helmi dan Cik Fadzillah. Peserta yang hadir pun tak ramai, hanya 10 orang yang hadir. Tolak seorang yang dah pandai, maka kami kena cover 9 orang je. Beza dengan time aku ajar facebook aritu. Fully booked 24 orang. Darah mengalir bersama peluh bila aku tutup kelas jam 5 time tu.

Memang seronok bila mengajar ketua kampung nih. Geram pun ada kadang-kadang tu. Time dah geram tu aku ingatkan balik camne aku ajar atuk aku guna komputer. Pastu angin aku pun hilang. Kalau tengok semangat diorang ni nak belajar tetap ada walaupun nak gerakkan mouse pun tak berapa nak gerak. Hehe. Suspek la sama ketua-ketua kampung nih. Tekun je.

Kalau nak tahu, aku memang tak pernah mengajar ikut syllabus / notes. Yang penting aku cover semua yang aku rasa penting untuk mereka. Kali ini aku ajar untuk menaip surat rasmi beserta lampiran. Bangga jugak aku bila selesai kelas ada yang mampu menaip surat sendiri dan print untuk dihantar. Nice, I loike...
Siap ada ulangkaji lagi sebelum ujian bermula. Amacam ada berani tak nak ulangkaji sama aku?? Berkat ulangkaji saat akhir ini lah ramai yang lulus ujian tau.

Apapun macam apa yang aku cakap sebelum start mengajar, aku bukanlah untuk mengajar diorang ni. Aku cuma mahu berkongsi sedikit pengetahuan. Dan juga mahu bersyeronok-syeronok hilangkan stress. Insyallah ada 3 sesi lagi lepas ni.

Mari kita berkongsi ilmu!!!!

2 comments:

  1. ada g 3 sesi,pastn ni turn sya tlng en azlan plak:)

    ReplyDelete
  2. sori chot...minggu ni takleh lagi...minggu dpn ek..

    ReplyDelete