February 8, 2011

- menonton raja yang tak lawak -

Menonton rancangan Raja Lawak setiap Jumaat 9 hingga 11 malam di Astro Ria selalu membuatkan kebingungan. Apakah kriteria pemilihan peserta sebenarnya? Aku bukanlah peminat setia rancangan ini hingga menyebabkan aku menonton dari saat audition hingga ke final. Aku pun tak tahu bila aku akan miss Raja Lawak sebab Astro akan mengulangtayang benda yang sama pada hari-hari lain juga. Aku pun baru berjinak-jinak nak tengok balik sebab last sekali aku layan adalah masa season 2 (johan Nabil). Lepas tu aku dah tak dapat merasa apa itu lawak darinya.

Kebetulan aku tertarik membeli DVD (versi lanun) Funny People lakonan Adam Sandler (Don’t Mess With Zohan, Little Nicky, 50 First Date) dan Seth Rogern (Green Hornet, Zack and Miri Make a Porno) mengenai kisah stand-up comedian di US. Bagaimana liku-liku hidup mereka memanjat kareer yang lebih tinggi dengan melakukan persembahan di pentas terbuka setiap hujung minggu untuk tontonan umum. Ira Wright(Seth Rogern) adalah contoh stand-up comedian yang semakin meningkat naik dengan mempersembahkan lawak yang bermutu tinggi hingga diambil bekerja oleh George Simmon (Adam Sandler) sebagai pembantu dan penulis lawak. Jika mereka ini dipanggil amatur, jadi apa pula status peserta Raja Lawak kita? Very beginner?
Apa yang dapat aku lihat dari filem ini, ialah cara kerja comedian di US yang banyak melakukan research dalam kerja mereka. Maksudnya bila banyak buat research mereka akan lebih berilmu dalam pelbagai perkara. Takde la asyik isu yang sama sampai basi. Buat promosi mat rempit je. Mereka juga selalu mengambilkira pandangan orang lain bagaimana untuk menambah baik persembahan melalui sesi pebincangan dan mengambil positif setiap komen dalam persembahan mereka. Oleh kerana itu comedian di sana mempunyai kepelbagaian dan kesegaran dalam idea dan persembahan mereka.

Bukanlah aku nak mengangkat tinggi selera aku atau memandang rendah taste orang lain. Memang setiap orang punya citarasa sendiri. Tapi kalau dah tak bijak (tak jujur juga) dalam menilai peserta / rancangan kalau bukan bodoh mereka ini pasti buta. Dan tak kurang juga yang akan berkata kalau tak suka mengapa tak tonton saja rancangan lain. Jangan salah anggap, aku menonton Raja Lawak sebab ada Zizan dan Johan sahaja. Kalau orang lain jadi hos aku tak nak tengok lagi dah. Dan mungkin ada juga yang akan mencabar status bukan pelawak aku untuk bagi komen sedemikian.
takbley tahan...
Sebenarnya memang cabaran untuk buat lawak dan bikin orang gelak. Kalau sesetengah orang gelak dan sebahagian lain tak, itupun boleh dikira gagal. Pelawak mestilah kreatif, berilmu, berani dan bersifat mendidik Aku walaupun selalu disuruh masuk Raja Lawak tetap takkan aku akan mampu walaupun tidak terhitung orang yang gelak dengan lawak aku (ayat macam hebat, tapi tak). Lagipun aku tak nak mekap macam hantu atau pakai koyak rabak kat atas pentas. Aku hanya mahu bersut lengkap dan memakai tali leher tanpa props yang bukan-bukan untuk persembahan aku. Kalau boleh aku nak jadi macam Seinfield atau Drew Carey (kadang-kadang guna props juga), lawak yang serius dan tidak meminta orang gelak. Dalam komik Bakuman juga cabaran diberi kepada Ashirogi Muto untuk membuat pembaca Run! Tanto Run ketawa dengan lawak-lawak serius mereka. Bagi aku lawak jenis ini adalah lawak cerdik dan bukan lawak bodoh macam yang selalu kita tonton. Tapi bak kata sahabat, kesian kat orang kampung yang takkan boleh faham lawak macam itu. Tapi aku kesian pulak kalau orang kita tak dididik dengan lawak yang lebih berkualiti. Dan aku juga kesian kepada peserta Raja Lawak yang aku rasa pasti selalu rasa malu bila menonton persembahan sendiri.
drew carey...
p/s I : aku bukan nak buat komen pasal Raja Lawak pun…tapi tu je contoh paling dekat aku rasa sesuai digunakan sekarang..untuk kebanyakan peserta Raja Lawak aku ada quotes dari Funny People for you guys “You're not funny. You're funny looking. But you're not funny." dan aku tambah “So stop trying to be funny."

p/s II : Kepada penonton Raja Lawak aku dah buatkan kategori untuk korang semua..
Bodoh amat – yang mengundi walaupun peserta bukan dari kalangan saudara mara atau sahabat handai. (20%)

Bodoh banyak – saudara mara atau sahabat handai peserta yang kekal mengundi walaupun lawak-lawaknya boleh buat orang menangis atau menyampah.(70%)

Bodoh sikit – Yang ketawa berdekah-dekah dengan lawak yang tak seberapa tapi tidak mengundi. (5%)

Pandai sikit – yang tengok je tanpa rasa nak mengundi walaupun Johan dan Zizan maki-maki korang sebab tak undi peserta yang keluar walaupun perform (4%)

Pandai banyak – Yang tak tengok pun Raja Lawak (1%)

Paling pandai – Yang takde pun Astro, atau yang ambil pakej paling murah sebab tak dapat siaran sebab orang kiri kanan dah pakai Astro ataupun yang beribadah sepanjang masa siaran. (0.000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000001%) 

Yang terpaling pandai – Ananda Krishnan (1 orang), sebab buat rancangan realiti haprak macam mana pun ada orang tengok dan hantar undi sebab dasar persaudaraan dan persahabatan. Mengumpul untung dari bil bulanan dan juga SMS undian. Orang melayu jugak yang bongok-bongok dan bongkok-bongkok. Jadi anda di mana?
korang kena tipu tipu tipu lagi...nyeh nyeh nyeh
p/s III : kepada saudara dan rakan Leman, sila berhenti undi untuk dia. Lagi lama dia kat dalam, lagi banyak dia makan maki. Lawak tak best, tak kelakar dan tak menarik. Semua yang tak ada kat dia tapi masih ranking.

7 comments:

  1. Leman memang TAK BEST okay!! kesian medang tgk dia..

    ReplyDelete
  2. aku kategori second last....hahaha...
    so aper solutionnyer?

    ReplyDelete
  3. EmakSayeSuperb :
    bener bener...

    Q :
    Solutionnya ko kena kawin cepat sabe...huhu

    ReplyDelete
  4. Sayang saya belum pernah lihat rancangan Raja Lawak. Semoga yang menjadi pemenang adalah pelawak yang memang best...

    http://thehappyfamilies.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. mmg beza raja lawak dgn funny people.. orang kita kena berilmu sebab bukan senang nak buat lawak.
    Lan, sy orang yg paling pandai orang yg tak astro.. part ananda krishan tu hmm.. dia jugak pemegang maxis.. so sapa guna maxis camno?

    ReplyDelete
  6. apa kata en azlan je ambil bhgian jd raja lawak?
    hee:)

    ReplyDelete
  7. Lina:
    Pemenang ialah peserta yang mendapat undian tertinggi...

    CikSembang:
    sape yang guna maxis silalah beralih ke telefon rumah...lebih afdal gitu...huhu...

    chot:
    ko suh aku ke chot??? aku kan serius orangnya...haha...

    ReplyDelete