February 28, 2011

- and the winner is -

Sabtu lepas, tamatlah acara sukan se-SUKNS. Macam biasa, aku sebagai atlet muda berpotensi tinggi aku menyertai semua acara yang dipertandingkan. Minggu ni aku main ping-pong, minggu sebelum tu aku main futsal dan minggu satu lagi sebelum tu aku main dart. Dasyatttt...

gadis2 memang suka lelaki yang pandai main dart...hehe

Untuk ping-pong dan dart aku berjaya dapat tempat ketiga, manakala futsal dapat nombor 4. Ok la kan, memandangkan semua pemain agak kebangkuan termasuklah aku sendiri.


kalau nak tau mana aku...yang kena peluk tu sebab takut nak buat wall..huhu

Untuk pengetahuan semua time main futsal je tangan aku tak mengigil. Time ping-pong dan dart terketar-ketar aku. Maklumlah 1st time masuk tournament. Tahun depan maybe ok sket kot. Huhu..

aku belum serve lagi, brother sebelah dah smash..mcm mana nak menang korang bgtau aku...
Sebelum terlupa, aku adalah pengurus kedekut macam yang mekchu tulis ni. Bukan apa aku juga sebagai jurulatih neraka dia memang sengaja tak nak belanja makan. Hasilnya dia berjaya dapatkan point masa penentuan tempat ke3 dan ke4. Huhuhu...

penyokong no1 ayah dia..time dia jaga je ayah dia kalah.. time dia tido semua menang...hehe...

Lepas settle main, aku sekeluarga ke rumah penganti baru Salmi dan juga Maura Anora. Dua-dua buat kat hujung dunia, nasib baik la sempat datang memeriahkan majlis. Tahniah buat korang dan pasangan.

penyokong no1 dan no2 bersama  pengantin baru Maura Anora...ada mau ka???
Sekian sahaja laporan sukan untuk tahun ini. Hadiah mesti tak meriah macam sebelum ni. Penat je lebey..

2 comments:

  1. latihan neraka yg aku tak kan lupa smpai bila2.. hahahaha.. tak sia2 membiarkan aku kelaparan...

    ReplyDelete
  2. takpe chu, thn dpn ada player lain...kalau dia xpregnant la..hehe...

    ReplyDelete