February 28, 2011

- and the winner is -

Sabtu lepas, tamatlah acara sukan se-SUKNS. Macam biasa, aku sebagai atlet muda berpotensi tinggi aku menyertai semua acara yang dipertandingkan. Minggu ni aku main ping-pong, minggu sebelum tu aku main futsal dan minggu satu lagi sebelum tu aku main dart. Dasyatttt...

gadis2 memang suka lelaki yang pandai main dart...hehe

February 25, 2011

- oh, it's my ketua kampung -

Alkisahnya tersebut sebuah negeri yang maju di dalam bidang IT iaitu Negeri Sembilan. Adapun majunya IT di negeri ini sehinggakan ketua-ketua kampung mahir berfacebook. Mereka sering berchating dengan pemuka-pemuka dan pembesar-pembesar negeri melalui faecebook.

Berkat curahan ilmu dari pandai-pandai IT negeri, maka termaktublah ujian besar untuk semua ketua kampung iaitu ujian menaip menggunakan Microsoft Words. Adapun sekiranya berjaya mereka ini akan dikurniakan anugerah dari bendahara negeri.

February 22, 2011

- pisau arab -

Baru je hilang letih bermain futsal (kalah of course) dan berjalan-jalan hari ahad dengan Wildcutecat aritu. Boleh la sambung menulis balik (macam tulis guna kaki pulak kan??). On the way nak ke Tampin aku singgah untuk collect barang antik yang aku beli di Saudagar Antique. Barang yang aku beli ialah sebilah (2 bilah?) pisau arab. Aku bukanlah peminat barangan antik, tapi tiba-tiba aku terminat lak untuk beli. Mungkin sebab bentuknya yang tak pernah aku jumpa sebelum ini.

Nak tahu ke macam mana rupa pisau arab yang aku beli tu...jeng jeng jeng...........

February 8, 2011

- menonton raja yang tak lawak -

Menonton rancangan Raja Lawak setiap Jumaat 9 hingga 11 malam di Astro Ria selalu membuatkan kebingungan. Apakah kriteria pemilihan peserta sebenarnya? Aku bukanlah peminat setia rancangan ini hingga menyebabkan aku menonton dari saat audition hingga ke final. Aku pun tak tahu bila aku akan miss Raja Lawak sebab Astro akan mengulangtayang benda yang sama pada hari-hari lain juga. Aku pun baru berjinak-jinak nak tengok balik sebab last sekali aku layan adalah masa season 2 (johan Nabil). Lepas tu aku dah tak dapat merasa apa itu lawak darinya.

Kebetulan aku tertarik membeli DVD (versi lanun) Funny People lakonan Adam Sandler (Don’t Mess With Zohan, Little Nicky, 50 First Date) dan Seth Rogern (Green Hornet, Zack and Miri Make a Porno) mengenai kisah stand-up comedian di US. Bagaimana liku-liku hidup mereka memanjat kareer yang lebih tinggi dengan melakukan persembahan di pentas terbuka setiap hujung minggu untuk tontonan umum. Ira Wright(Seth Rogern) adalah contoh stand-up comedian yang semakin meningkat naik dengan mempersembahkan lawak yang bermutu tinggi hingga diambil bekerja oleh George Simmon (Adam Sandler) sebagai pembantu dan penulis lawak. Jika mereka ini dipanggil amatur, jadi apa pula status peserta Raja Lawak kita? Very beginner?

February 2, 2011

- sebulan da -

Salam,

Hari ini 02 Feb genaplah sebulan usia Arissa. Berat pun dah bertambah2 naik. Rasa dah 4kg kot sekarang ni. Mata ayah dia pun semakin bengkak walaupun kurang berjaga malam berbanding dengan Wildcutecat. Sampaikan malam tadi pujuk Arissa menangis dalam ngigau je. Tak sedar pun. Huhu...

macam main gitar...kacau sampai jaga pun dia buat pose ni balik...

February 1, 2011

- dah lama tak menulis -

Salam,

Tiba2 terasa macam dah lama tak menulis penulisan kreatif di sini. Kreatif sangat ke aku ni?? Mestilah tidak. Kalau kreatif tentulah aku dah ada novel sendiri. Terasa macam idea dah takde sekarang ni. Kalau ada yang perasan segala penulisan aku diletakkan di bawah label Tulisan.