January 7, 2011

- kekuning dan nenek dinosour -

Salam,

Hari ini genaplah usia 6 hari usia Arissa. Baru je lepas isu kekuningan. Nasib baik detect awal oleh nurse yang datang ke rumah. Mula-mula g checkup kat Klinik Rantau, blood test ada 259 TSB. Terus dapat surat recommendation ke GH.  Oleh kerana aku tak mahu bersusahan di GH maka aku dan Wildcutecat amik keputusan hantar ke Sukhilmi je. Senang nak parking, selesa dan diyakini. Sampai je terus Arissa dimasukkan dalam tempat apa ntah lampu2 tu, photo ke apa ntah. Segalanya berjalan lancar sehinggalah waktu bertukar syif pada jam 7.

Arissa dan nurse yang baik hati. Ala2 CSI New York kan...huhu...

Jam 7 petang, the hell begin.....

Pertukaran syif melibatkan nurse2 yang dah kami kenali dan mesrai diganti dengan 2 orang makcik yang tak mesra pengguna. Bukan kerana mereka tak cun tapi sebab mereka tak cun dan memiliki wajah nurse yang nak pencen di hospital kerajaan. Huhu. Ternyata 1st impression aku betul. 100% SKT aku mecapai sasaran.

Semua pertanyaan kami tak dijawab dengan mesra dan endah tak endah je. Asyik berborak lepas tu biarkan Arissa menangis sorang2. Sampai serak2 suara budak tu. Makcik2 (kira pangkat nenek/moyang bagi Arissa) siap lepak luar isap rokok minam2 lagi. Setengah jam jugak la aku jalan2 cari diorang. Tergerak lak nak tengok kat luar. Sesuka je diorang borak2 macam takde benda jadi. Aku pun buat2 la nak isap rokok, laju je makcik2 tu masuk dalam.

Masuk dalam ingat nak g tengok2 Arissa, rupanya g pasang TV dan menonton sinetron endon, SpaQ secara berjemaah, kusyuk dan tawadhuk. Sampai nak pasang mesin lampu dekat Wildcutecat nak suruh dia tengok sendiri. Nasib baik power plug takleh guna kat situ.Disorong pulak dekat2 area diorang terbongkang tengok TV tu (FYI, diorang guna katil pesakit baring2 macam suntanned  kat tepi pantai Miami tu). Ada sekali Arissa menangis, boleh pulak Makcik dinosour macam muka orang Singapore tu arahkan Wildcutecat bagi susu. "Dik, ko tak dengar ke anak ko nangis?? Pe lagi bagi la susu.". Pergh ayat, sebijik nurse gomen nak pencen. Nasib la dia g bagi susu, sampai2 je nampak cover mata Arissa terbukak. Padahal makcik tu parking kat kiri kanan Arissa. Aku pun apa lagi terus la marah2. Makcik muka Singapore langsung tak menoleh, muncung tetap panjang tengok TV. Sorang lagi makcik muka kesian je (sebab selalu kena arah dengan makcik muka Singapore tu) yang buat2 sibuk. Kan ke bahaya biarkan mata budak tu macam tu. Rosak nanti sape nak tanggung?? Makcik2 tu dah la tua nak mampus, sape ada peduli kan. Ni budak lagi.

Lepas aku dah marah2 tu barulah nak tutup TV dan purak2 buat kerja. Padahal aku dengar diorang borak2 kat kaunter. Tak lama lepas tu diorang pasang TV balik. Bajet kami dah tido la tu. Lepas tu off TV balik sambung tido kat nursery pulak. Boleh pulak diorang ni kunci pintu dari dalam. Siap letak pengadang lagi taknak bagi kami masuk tengok. Aku dah naik hangin dah bila makcik2 tu marah2 aku nak tengok. Sampai Wildcutecat terpaksa peluk untuk tenangkan aku lepas aku keluarkan kata2 yang tak mungkin aku regret lepaskan.

Jam 6, lagi 1 jam nak tukar syif mata aku dah tak tahan. Wildcutecat pun dah jaga (walaupun tidur2 kambing je). Sempat la aku dengar makcik2 tu cakap kat WiIdcutecat diorang dah mandikan Arissa. Sekali lagi terkantoi kemalasan diorang ni. Arissa termuntah susu tak tahu sejak sekian lama menangis dan dibiarkan begitu sahaja. Aku dah tak larat nak marah sebab dah decide nak jumpa doktor terus pagi nanti.

Pagi?? Takde lah awal sangat. Lepas setlekan bil baru aku dapat jumpa doktor. Sebab aku mengalami proses lelap dan jaga sampai jam 3 petang. Lama jugak la kami discuss pasal makcik tu. Ada la dekat setengah jam. Rasa macam sesi mengumpat paling panjang pernah aku hadiri. Lega aku bila doktor janji nak nasihatkan diorang ni,  elok duduk kat rumah je. Mission Accompalished. Berani dorang buat onar dekat budak kuar ngadu nih. Huhuhu...

Lepas discharged kami stay kat rumah mak aku 1 malam. Hari ini baru g Klinik Rantau cej darah lagi. Alhamdulillah sekarang dah ok. Rasa macam nak sambung cuti lagi la next week. Apa kata rakan2 pejabat? Ok kan??? Aku bukan penting sangat pun kat opis tu. Aku cuti pun takde orang perasan rasanya. Huhuhu...

Sekian...

4 comments:

  1. terasa mcm ko tgh bercerita kat sebelah aku je.. hahahaha... garang jugak bapak arissa nih..

    makcik singapore yg tak tahan tu.. elok la tu.. ko lah super hero baru tahun 2011 ni.. nnti arissa besar, aku boleh tlg tnjukkan entri ni..

    ko jgn wei, ko x de opis sejuk sgt... hahaha.. x de org meyerap suhu..

    ReplyDelete
  2. nak dengar gak Azlan bebel kat makcik singapore camne..

    ReplyDelete
  3. elok la tu... kita patut terima service yang sepadan dengan bayaran...bukan nak berkira, tapi we expected the best kan... respect kat lu... baru la 'capo'....kapish??

    ReplyDelete
  4. mekchu:
    penuh perasaan aku tulis entry ni tau...rasa mcm nak nangis je...huhu

    Iyiana:
    jangan la nak dengar...nanti boring...huhu

    Q:
    bayar mahal bro...kalau x baik aku g gomen je...huhu...

    ReplyDelete