November 9, 2010

: aktiviti weekend pengubat duka

Hu hu, weekend lepas opis aku ada buat rombongan Cik Piah ke Langkawi sempena meraikan persaraan Pn. Sofiah, opismate aku. Kunun2 nak buat dinner, tapi sebenarnya masing2 nak menshopingkan diri dengan Corningware pebagai di sana. Tapi aku dan Wildcutecat tak dapat join kerana masalah kesihatan yang mencongkam diri ini. Mujurlah Viruspadu dan Mekchu tak dapat join gak, kalau tak korang mesti disajikan dengan cerita g sana. Ish ish, selamat korang.

Jadi apa kami buat pada weekend lepas. Sebagai sebuah keluarga yang sederhana besar aku mencadangkan untuk dianjurkan acara bowling dan karaoke. Siap pinjam bola boling lagi gitu. Rasa macam pemain profesional lak bawak bola sendirik (pinjam sendirik). Huhu.

Aku dan Wildcutecat kemudian ditemani oleh 2 orang adik angkat aku iaitu Angah, Anis dan Fida. Nasib baik time aku datang tak ramai orang lagi. Bajet penuh sebab malam weekend kan. So dapatlah aku main dengan tenang dan cemerlang malam itu.
Semua pemain hampeh kecuali Murad tak caya cuba tengok gambar bawah...
Lihat markah Murad...
Lihat markah Murad lagi...
Oh ya, malam itu aku menggunakan nama Murad sebagai kata ganti namadiri. Jika sebelum ini aku menggunakan nama Faruk, Jalal dan bermacam2 nama lagi kali ini aku pilih nama ini. Next time maybe aku pilih nama Megat pulak. Huhu.

2nd frame nyaris ada orang lain yang menang, tapi biasa la hero Tamil, last lap baru potong membuatkan pihak lawan penasaran melihat result yang keluar.
wakil Malaysia nih dalam kejohanan Olimpik ibu2 mengandung...
 Selepas memenatkan diri dengan membaling bola, kami berlima bertolak ke Taipan, Senawang untuk berkaraoke. Kira sebagai ganti sebab sebelum family day aku tak sempat nak praktis lagu Anuar Zain tu. Tu yang sebab malam dinner nyanyian aku agak sumbang lain dari biasa. 

Itu aktiviti hari Sabtu, hari Ahad pula kami pergi gunting rambut di salon panel aku, Benny. Lepas tu kami ke pejabat untuk memasang gadget2 yang baru kami beli. Nak pasaang time workdays segan sebab taknak orang menanya2. Patutnya lepas tu aku pergi berurut melenggang perut di Seremban Parade, tapi terpaksa diskip sebab masa dah time. So kami pun pergi ke Family Store Paroi untuk membeli peralatan mandi Wildcutecat. Lepas shoping perut lapar lak, kami pun meneruskan agenda yang telah dirancang dengan makan di Ijan's Burger. Patutnya aku kena masak megi untuk family aku malam tu. Tapi alang2 dah makan kat situ aku decide tapaukan je burger untuk diorang. lebih mudah dan selamat kan???
model Ijan's Burger...tidak dibayar tapi membayar...
Itulah aktiviti kami berdua sepanjang weekend lalu. Harap2 dapatlah mengubat kedukaan di hati Wildcutecat yang tidak dapat ke Langkawi. Nasib baik dia tak nangis macam time kalah bola tu. Kalau tak aku kena buat plan lain pulak. Aku pun nasib baik tak terkinyam sangat nak g, kalau tak dia lak kena buat aktiviti untuk aku. Huhu...

8 comments:

  1. nangis kalah bola? owh sape kah itu? lalalala *_*

    ReplyDelete
  2. ada la...penyokong argentina...huhu

    ReplyDelete
  3. murad? hahahaha.. gile oldies.. berani betul adib main bowling.. ya ampun...

    ReplyDelete
  4. hehehe...bestnya main bowling...jom2.wat tournament bowling lagi tuk uptm sebelum kitorg abis..hehehehe.

    ReplyDelete
  5. mekchu:
    nama yang dipilih ialah nama2 yg susah untuk kita jumpa sekarang...

    cik hani:
    jom la...korang arrangekan...aku dtg main je ok x???

    Q:
    sabe...saberi...huhu...

    ReplyDelete
  6. saya penyokong ijan burger...
    kalu ke seremban wajib makan ijan burger n tapau lagi :)

    ReplyDelete
  7. Syamelia:
    Hi, sy mmg di Seremban...so bila2 leh g ;-)...

    ReplyDelete