October 19, 2010

: team building 2010

Hai hai, lama lak rasa tak update. mesti semua dah bosan nyanyi lagu Cindai kan. Bukan apa weekend lepas aku dan rakan2 sepejabatan ‘terpaksa’ menghadirkan diri ke kursus Team Building yang khas diadakan untuk unit kami. Lokasi tak lain tak bukan di Rumah Peranginan Mewah 5 bintang SUKNS di Port Dickson, tempat indah lagi dikenang. Kursus ni mula pada Jumaat hingga Ahad so, kitorang semua kerja separuh hari je la Jumaat tu.
ni lah ghoman eh...amacam mewah tak???
Lepas je pendaftaran ada sesi suaikenal dengan instructor kami, En. Ruslan. Instructor yang bagus sebab tidak mendatangkan rasa mengantuk pada diriku sepanjang kursus ini diadakan. Pandai berlakon lak tu, kejap2 jadi M. Rajoli, kejap2 jadi Dr. M, kejap2 jadi India. Huhu..
Aktiviti bukan setakat dalam kelas je, ada juga aktiviti luar. Tapi tak banyak games la sebab lokasi tak bersesuaian. Antara games yang aku main ialah Lompat Katak (ye kot), Telur Gergasi dan Cina Buta. Nak explain satu2 ke games dia macam mana? Ok ok, allow me…

Game ni melibatkan 2 kumpulan. Setiap orang diberi satu petak dan semua orang kena berada di petak kumpulan lagi 1 untuk completekan games ini.
look at this pic, the 1 with nicest ass is me owkeh....
Main2, ingat dah nak menang dah. Rupanya tersilap percaturan. Terpaksa la kami semua mengulang balik rotation di tengah terik mentari itu.
yattaaaa....
Lepas tu kami semua berpindah lokasi untuk bermain Telur Gergasi. Macam mana main dia ni?? Tak susah pun, cuma pindahkan bola2 dengan menggunakan 5 utas tali je. Senang je, semua orang dapat buat. Lambat dengan cepat je bezanya.
jaga, jaga jangan kasi jatuh...
Sebab tangan aku jenis menggeletar, aku telah mengofferkan diri untuk menjadi mandur tak bertauliah. Tengok betul2 dalam gambar, yang berbaju pink dan menonggeng itu ialah Viruspadu dan yang berbaju coklat dan mencangkung itu ialah Churailiya. Di mana pula Joe Jambul, eh Wildcutecat berada ye??? 
Hari kedua pula kami bermain Cina Buta dan tali apabendantahnamanya. Nak detail tak reti, mari tengok gambar je yek.
penunjuk arah paling cekap...sebab apa??? scroll ke bawah...
macam ni main bondo alah tu...kepitkan cawan tu dengan getah...
team yang membesar sebagai johan...kami semua minam milo...
Seterusnya game ini pula. Kena cari pair yang sama saiz. Persoalannya adakah kami sama saiz???
macam mano ni G??? tak maun dey lopeh do...
Akhirnya berjaya juga kami melepaskan diri. Rasa macam buat magika pun ada bila lepas tu. Huhuhu…

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, sama la jugak dengan kursus ni. So pada hari last kami sepejabat mengambil photoshoot bersama2.
gaya bebas...gaya skema tidak dimasukkan ye...
Dan tidak lupa acara potong kek penyerahan sijil penyertaan. Biasa la gomen...huhu...
bos kasi naik la saya punya gaji...
Sekian saja laporan 3 hari di sini. Harap2 tahun ada buat lagi sebab seronot sangat nih. Tapi kalau takde semangat berpasukan lepas ni pun tak guna gak buat selalu kan???

6 comments:

  1. yeahhh nice ass.. hahaha
    apo lak hari kedua.. hari yg sama daa.. cuma memasing dah tukar baju sbb tak tahan bau..

    ReplyDelete
  2. oh yeker?? huhuhu kelupaan pulak mekchu...

    ReplyDelete
  3. bestnya, bertambah eratla silaturrahim

    ReplyDelete
  4. aperhal macam perut dah ke depan... ke efek 3D yang ko cuba pancarkan secara minda separuh sedar??

    ReplyDelete
  5. perut sama maju la dengan kerjaya...huhu...oit sab, ko dtg SUK halo2 la...xkan hon2 je kot...

    ReplyDelete