October 25, 2010

: makan2 tajaan ayam panggang kenyalang

*Amaran - entry tiada kaitan dengan sebarang unsur membodek kerana dapat makan free. Sila baca tanpa prejudis*

Cerita bermula pada Isnin yang lepas setelah aku menerima emel melalui kontactr yang pernah aku tuliskan tutorialnya di sini. Bila dah dapat emel dari kontactr ni kompom la aku terima dari blog sepiku, All About Negeri Sembilan yang dah lama bersawang tak update2. Emel dari En. Imran itu berbunyi begini (pandai pulak emel berbunyik2 ek..huhu),

"Assalammualaikum wr.  hwt
 Kami ingin menjemput saudari dan rakan-rakan bloggers lain untuk ke jamuan pembukaan Restoran Ayam Panggang Kenyalang cawangan Nilai
 Harap dapat hubungi saya pada no 019-2996442 untuk pengesahan.
 T Kasih"

Lepas je terima emel ni aku tanpa teragak2 lagi untuk mengesahkan kehadiran aku di samping berharap Wildcutecat akan dapat follow sekali. Bukan apa dia pun suka bangat makan ayam panggang kenyalang ni. In fact baru je rabu tu kitorang makan. Tapi kat cawangan Seremban la. Hari Jumaat dapat jemputan lagi. Sebelum ni pun kami dah try di cawangan Kuala Pilah. FYI, kalau nak tau lokasi lain ayam panggang kenyalang boleh la tengok kat blog Ayam Panggang Kenyalang ataupun di review All About Negeri Sembilan.Tanpa sebarang aral (kecuali kena tangguhkan tengok movie Buried ) kami pun bertolak dengan jayanya ke Nilai.

Berbekalkan ilmu banci yang aku perolehi sejak tahun 2006, akhirnya kami berjaya sampai ke lokasi., Medan Selera Taman Semarak Itupun selepas dapat direction dari awek burger yang tak sempat  pun aku soal. Sampai2 je terus amik 2 keping gambar. Well, biasa la bloggers kan. Huhuhu...

sebelum kantoi aku tak snap gambar dia tengah makan, baik aku tepek gambar ni...huhu...pose sebelah kereta kuat...


Baru je nak naik tangga terus disapa, "Ni yang call tanya jalan tadi kan??". Ait macam mana dia tau ni. "Tengok muka pun dah kenal". Aha kantoi aku disitu. Rupanya itulah En. Imran yang aku hubungi sebelum ni. 

Setelah mengecop tempat duduk aku pun pergi la beratur untuk menjamu selera. Tiba2 En. Imran menyuruh kami untuk duduk dan membiarkan beliau melayan kami. Dan2 je aku rasa segan, terharu pun ada. Kami bukan saja dijamu dengan nasi ayam panggang tapi juga menu istimewa kambing panggang. Dengar2 menu ini akan dijadikan menu tetap di sini. Jadi apa lagi peminat kambing, makan sampai pengsan di sini.

makan time...
kambing panggang dengan sos black pepper...sebab viruspadu lambat sket kami sapu dulu...huhuhu...
Sedang kami menjamu selera, ramai lagi tetamu yang hadir memeriahkan majlis dan perut masing2. Sempat je aku jalan2 dan snap gambar.

antara yang hadir...
antara lagi...
kalau bab makan tak sah kalau takde gambar aku...enjoy je...
Sambil2 makan sambil2 borak dengan En. Imran, Viruspadu dan tokey kedai yang mahu identitinya dirahsiakan. Rasa macam mau makan kat sini hari2 lak bila dimaklumkan mengenai menu2 yang bakal disajikan Sabtu nanti. Semuanya menu dari Sarawak yang takde kat semenanjung ni. Ha, takde la mengagau korang kalau bini korang mengidam nak makan semua tu nanti. Datang je sini ye. Kalau takde pun ayam panggang kenyalang memang menu wajib. Nak tau apa menu lain?? Ooops, rahsia. Kena datang sendiri tau.

Dalam 7.30 kami pun pulang ke Seremban, itupun selepas perut kami tak boleh diisi lagi. Akhir kata dari penaja "Ayam panggang kenyalang memang best. Rugi kalau tak try. Tak try, tak cuba test tengok". Pakat ramai2 ke lokasi ini ye ;-)...


View Ayam Panggang Kenyalang, Nilai in a larger map

3 comments:

  1. apakah???datang nilai x halo aku???

    ReplyDelete
  2. Q :
    sori sabe, aku ingat ko kat pilah da...

    nuyin2u :
    cuba la kak..kat jln pantai pun ada..

    ReplyDelete