October 1, 2010

: kasut baru, semangat haruslah baru….

29092010588

Memperkenalkan kasut futsal baru En. Capo. Walaupun shining2 gitu, tapi murah je harganya. Memang dah lama niat nak beli baru sebab kasut lama dah licin sangat. Kalau pakai kompom main tak perform. Tapi kalau pakai kasut baru adakah En. Capo akan bermain dengan cemerlang??? Biarlah masa yang menentukan kerana En. Capo bukanlah pemain futsal yang terbilang mahupun gemilang. hanya sesekali menyumbat masuk gol dan meraikannya dengan kadar yang berlebihan. Selebihnya hanyalah seorang pemain yang cepat cuak, kurang kepintaran dan memiliki hantaran yang lemah. Apapun main je, janji peluh kan….

Kalau tengok dalam gambar tanda harga belum buang lagi. Gambar ini diambil sejurus sebelum bertolak untuk dirasmikan di Kompleks Sukan Paroi dan bermain bersama Azizan dan rakan2 PTG. Minggu depan ada acara futsal sepejabat pulak. Harap2 mutu permainan En. Capo akan terus meningkat di persada antarabangsa….

3 comments:

  1. heheh.. aku baru je beli kasut opis baru. rasa semangat turun kerja tapi semangat tu pudar dlm masa 2 jam je.

    ReplyDelete
  2. pandai ke kau main futsal lan.. cam tak pernah tengok je..

    ReplyDelete
  3. Mr J:
    Semangat kena kuat beb...kalau xkuat tu yg 2 mggu je...hehe

    CikSembang:
    Main xpandai kak...main2 saya pandai...hehe...ala kak main kuar peluh je...bukan pro pun...huhu...

    ReplyDelete