October 25, 2010

: makan2 tajaan ayam panggang kenyalang

*Amaran - entry tiada kaitan dengan sebarang unsur membodek kerana dapat makan free. Sila baca tanpa prejudis*

Cerita bermula pada Isnin yang lepas setelah aku menerima emel melalui kontactr yang pernah aku tuliskan tutorialnya di sini. Bila dah dapat emel dari kontactr ni kompom la aku terima dari blog sepiku, All About Negeri Sembilan yang dah lama bersawang tak update2. Emel dari En. Imran itu berbunyi begini (pandai pulak emel berbunyik2 ek..huhu),

"Assalammualaikum wr.  hwt
 Kami ingin menjemput saudari dan rakan-rakan bloggers lain untuk ke jamuan pembukaan Restoran Ayam Panggang Kenyalang cawangan Nilai
 Harap dapat hubungi saya pada no 019-2996442 untuk pengesahan.
 T Kasih"

Lepas je terima emel ni aku tanpa teragak2 lagi untuk mengesahkan kehadiran aku di samping berharap Wildcutecat akan dapat follow sekali. Bukan apa dia pun suka bangat makan ayam panggang kenyalang ni. In fact baru je rabu tu kitorang makan. Tapi kat cawangan Seremban la. Hari Jumaat dapat jemputan lagi. Sebelum ni pun kami dah try di cawangan Kuala Pilah. FYI, kalau nak tau lokasi lain ayam panggang kenyalang boleh la tengok kat blog Ayam Panggang Kenyalang ataupun di review All About Negeri Sembilan.Tanpa sebarang aral (kecuali kena tangguhkan tengok movie Buried ) kami pun bertolak dengan jayanya ke Nilai.

Berbekalkan ilmu banci yang aku perolehi sejak tahun 2006, akhirnya kami berjaya sampai ke lokasi., Medan Selera Taman Semarak Itupun selepas dapat direction dari awek burger yang tak sempat  pun aku soal. Sampai2 je terus amik 2 keping gambar. Well, biasa la bloggers kan. Huhuhu...

sebelum kantoi aku tak snap gambar dia tengah makan, baik aku tepek gambar ni...huhu...pose sebelah kereta kuat...


Baru je nak naik tangga terus disapa, "Ni yang call tanya jalan tadi kan??". Ait macam mana dia tau ni. "Tengok muka pun dah kenal". Aha kantoi aku disitu. Rupanya itulah En. Imran yang aku hubungi sebelum ni. 

Setelah mengecop tempat duduk aku pun pergi la beratur untuk menjamu selera. Tiba2 En. Imran menyuruh kami untuk duduk dan membiarkan beliau melayan kami. Dan2 je aku rasa segan, terharu pun ada. Kami bukan saja dijamu dengan nasi ayam panggang tapi juga menu istimewa kambing panggang. Dengar2 menu ini akan dijadikan menu tetap di sini. Jadi apa lagi peminat kambing, makan sampai pengsan di sini.

makan time...
kambing panggang dengan sos black pepper...sebab viruspadu lambat sket kami sapu dulu...huhuhu...
Sedang kami menjamu selera, ramai lagi tetamu yang hadir memeriahkan majlis dan perut masing2. Sempat je aku jalan2 dan snap gambar.

antara yang hadir...
antara lagi...
kalau bab makan tak sah kalau takde gambar aku...enjoy je...
Sambil2 makan sambil2 borak dengan En. Imran, Viruspadu dan tokey kedai yang mahu identitinya dirahsiakan. Rasa macam mau makan kat sini hari2 lak bila dimaklumkan mengenai menu2 yang bakal disajikan Sabtu nanti. Semuanya menu dari Sarawak yang takde kat semenanjung ni. Ha, takde la mengagau korang kalau bini korang mengidam nak makan semua tu nanti. Datang je sini ye. Kalau takde pun ayam panggang kenyalang memang menu wajib. Nak tau apa menu lain?? Ooops, rahsia. Kena datang sendiri tau.

Dalam 7.30 kami pun pulang ke Seremban, itupun selepas perut kami tak boleh diisi lagi. Akhir kata dari penaja "Ayam panggang kenyalang memang best. Rugi kalau tak try. Tak try, tak cuba test tengok". Pakat ramai2 ke lokasi ini ye ;-)...


View Ayam Panggang Kenyalang, Nilai in a larger map

October 19, 2010

: team building 2010

Hai hai, lama lak rasa tak update. mesti semua dah bosan nyanyi lagu Cindai kan. Bukan apa weekend lepas aku dan rakan2 sepejabatan ‘terpaksa’ menghadirkan diri ke kursus Team Building yang khas diadakan untuk unit kami. Lokasi tak lain tak bukan di Rumah Peranginan Mewah 5 bintang SUKNS di Port Dickson, tempat indah lagi dikenang. Kursus ni mula pada Jumaat hingga Ahad so, kitorang semua kerja separuh hari je la Jumaat tu.
ni lah ghoman eh...amacam mewah tak???
Lepas je pendaftaran ada sesi suaikenal dengan instructor kami, En. Ruslan. Instructor yang bagus sebab tidak mendatangkan rasa mengantuk pada diriku sepanjang kursus ini diadakan. Pandai berlakon lak tu, kejap2 jadi M. Rajoli, kejap2 jadi Dr. M, kejap2 jadi India. Huhu..
Aktiviti bukan setakat dalam kelas je, ada juga aktiviti luar. Tapi tak banyak games la sebab lokasi tak bersesuaian. Antara games yang aku main ialah Lompat Katak (ye kot), Telur Gergasi dan Cina Buta. Nak explain satu2 ke games dia macam mana? Ok ok, allow me…

Game ni melibatkan 2 kumpulan. Setiap orang diberi satu petak dan semua orang kena berada di petak kumpulan lagi 1 untuk completekan games ini.
look at this pic, the 1 with nicest ass is me owkeh....
Main2, ingat dah nak menang dah. Rupanya tersilap percaturan. Terpaksa la kami semua mengulang balik rotation di tengah terik mentari itu.
yattaaaa....
Lepas tu kami semua berpindah lokasi untuk bermain Telur Gergasi. Macam mana main dia ni?? Tak susah pun, cuma pindahkan bola2 dengan menggunakan 5 utas tali je. Senang je, semua orang dapat buat. Lambat dengan cepat je bezanya.
jaga, jaga jangan kasi jatuh...
Sebab tangan aku jenis menggeletar, aku telah mengofferkan diri untuk menjadi mandur tak bertauliah. Tengok betul2 dalam gambar, yang berbaju pink dan menonggeng itu ialah Viruspadu dan yang berbaju coklat dan mencangkung itu ialah Churailiya. Di mana pula Joe Jambul, eh Wildcutecat berada ye??? 
Hari kedua pula kami bermain Cina Buta dan tali apabendantahnamanya. Nak detail tak reti, mari tengok gambar je yek.
penunjuk arah paling cekap...sebab apa??? scroll ke bawah...
macam ni main bondo alah tu...kepitkan cawan tu dengan getah...
team yang membesar sebagai johan...kami semua minam milo...
Seterusnya game ini pula. Kena cari pair yang sama saiz. Persoalannya adakah kami sama saiz???
macam mano ni G??? tak maun dey lopeh do...
Akhirnya berjaya juga kami melepaskan diri. Rasa macam buat magika pun ada bila lepas tu. Huhuhu…

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, sama la jugak dengan kursus ni. So pada hari last kami sepejabat mengambil photoshoot bersama2.
gaya bebas...gaya skema tidak dimasukkan ye...
Dan tidak lupa acara potong kek penyerahan sijil penyertaan. Biasa la gomen...huhu...
bos kasi naik la saya punya gaji...
Sekian saja laporan 3 hari di sini. Harap2 tahun ada buat lagi sebab seronot sangat nih. Tapi kalau takde semangat berpasukan lepas ni pun tak guna gak buat selalu kan???

October 8, 2010

: cerminku retaaak seribuuu

Nak nyanyi, nyanyi. Tapi sila ikut irama lagu Siti, “hendaklah, hendak hendak ku tawan”. Tak ingat pulak apa tajuknya. Tapi entry ini tiada kaitan dengan lagu itu. Ianya mengenai kompressor milik aku yang pecah cermin. Tengahari Rabu ketika nak keluar ber’dating’ dengan Wildcutecat, aku terperasaan perubahan cermin kereta aku. Dalam hati aku berkata, “cantik jugak cermin kereta aku ni ek”. Slow but steady, baru aku perasan cermin kereta aku dah pecah.

Terus aku contact En. Mazli a.k.a Abang Misai untuk bertanyakan kos menukar cermin baru. Lega, masih dalam kemampuan aku. Plan asal nak buat minggu depan tapi pagi tadi tetiba lak tangan aku gatal mempowerwindowkan cermin belakang. Langsung sengot. So, aku buat la terus hari ini memandangkan aku banyak kerja luar lagi minggu2 mendatang.

outside-view Ini pemandangan dari luar…..cantik tak???

inside-view 
Ni pulak dari dalam…

post-mortem
post mortem yang dijalankan menunjukkan terdapat kesan batu kecil…mungkin disebabkan oleh aktiviti pemotongan rumput yang tidak bertauliah….

helping-hands Terima kasih diucapkan kepada En. Salmi dan En. X yang membantu aku ke bengkel kereta….

Masa yang diambil untuk menukar cermin adalah dalam 1 jam. Lepas ni, kalau ada sesape ada problem dengan cermin kereta boleh contact aku untuk dapatkan harga yang  menarik ye…

October 6, 2010

ɹәʞɐɯpɹ!әʍ uɐp d!Ⴈɟ :

Apakah itu flip???

Flip bermaksud "To throw or toss with a light brisk motion", macam mano nak translate tu kan...huhu...

Flip dan Weirdmaker yang saya nak kongsi pada hari ini ialah web tools yang berfungsi untuk menukarkan teks yang ditaip kepada terbalik (flip) dan secara pelik (weirdmaker).

Sebagai contoh, saya ambik terus dari website flip. Sila rujuk gambargajah di bawah...


 So, macam mana nak guna??? Caranya mudah je. Taipkan perkataan yang anda henda terbalikkan dan secara automatik tulisan anda akan diterbalikkan. Ada 2 set disediakan untuk kegunaan messenger dan web/blog. Lepas tu boleh la anda copy dan paste di tempat yang anda rasa sesuai. Contohnya macam di bawah bila saya masukkan "Capo Grande".

Fungsi Weirdmaker pulak lebih kurang sama je dengan Flip ni. Cuma dia akan menukarkan teks yang anda masukkan kepada font yang pelik-pelik takde jual dekat kedai standard punya. Ini semua kedai potong juga ada.

Sama je, bila dah keluar teks macam tu, just copy dan paste sahaja. Senang kan??? Boleh cuba sendiri di rumah.

: 1st cheque from nuffnang

04102010595

Aha, mau cerita pasal ini cek. Dapat dalam bulan 2 lepas aku cash out dalm bulan 12 tahun lepas. Lepas 8 bulan baru aku nak bank in kan. Tak tau la lepas ke tak. Banyak lak tu, dalam 4 angka ada la nilai cek ni. Punca aku cash out pun sebab aku nak merasa 1st payment je dari nuffnang ni. Mana la tau diorang tipu lak. Tapi tak kot, dah ramai yang dapat pun, aku yang ketinggalan. So kawan2, jangan jeles2, mari kita cash out ramai2…yeeehaa!!!

October 1, 2010

: kasut baru, semangat haruslah baru….

29092010588

Memperkenalkan kasut futsal baru En. Capo. Walaupun shining2 gitu, tapi murah je harganya. Memang dah lama niat nak beli baru sebab kasut lama dah licin sangat. Kalau pakai kompom main tak perform. Tapi kalau pakai kasut baru adakah En. Capo akan bermain dengan cemerlang??? Biarlah masa yang menentukan kerana En. Capo bukanlah pemain futsal yang terbilang mahupun gemilang. hanya sesekali menyumbat masuk gol dan meraikannya dengan kadar yang berlebihan. Selebihnya hanyalah seorang pemain yang cepat cuak, kurang kepintaran dan memiliki hantaran yang lemah. Apapun main je, janji peluh kan….

Kalau tengok dalam gambar tanda harga belum buang lagi. Gambar ini diambil sejurus sebelum bertolak untuk dirasmikan di Kompleks Sukan Paroi dan bermain bersama Azizan dan rakan2 PTG. Minggu depan ada acara futsal sepejabat pulak. Harap2 mutu permainan En. Capo akan terus meningkat di persada antarabangsa….