September 16, 2010

: raya yang luar biasa

Hai semua, selamat hari raya. Masih dalam mood raya?? Jika anda masih menjamah kuih raya, anda masih  Jika anda masih ada baju raya yang belum dipakai, anda masih. Jika anda masih bercuti raya, anda masih.

Tahun ini merupakan raya yang luar biasa bagi aku. 1st time beraya sebagai suami mithali. 1st time beraya bertiga, tak sempat beraya berdua tiba-tiba je dah bertiga. 1st time beli baju raya sebelum puasa start. Banyak jugak pencapaian SKT aku tahun ni. Huhuhu. Aha, satu lagi, di pagi yang sunyi pada raya ke7 ini aku telah mencargaskan diri untuk berjoging dan bersenam di Kompleks Sukan Paroi dengan wildcutecat dan ayahanda ku. Selalu lepas habis raya baru aku joging.

Tahun ini juga luar biasa kerana tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, tiada kemalangan disebabkan mercun berlaku melainkan kes kematian budak dalam rumah yang penuh mercun dan beberapa kes 1Malaysia yang lain. Selain itu tiada juga kematian di dalam statistik Ops Silap (eh, Ops Sikap) direkodkan kecuali 1046 kemalangan setakat semalam. Tak banyak dah, so mencapai KPI PM kita untuk tidak menjadikan jalanraya sebagai lautan darah, tapi tahap longkang darah je. Tahniah aku ucapkan kepada PM kesayangan (sebab bagi duit raya) dan Al-fatihah serta takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat. Oh ya, tidak dilupakan tahun ini tiada masalah bekalan air berlaku di semua tanah rancangan Felda serata Malaysia kecuali di beberapa tempat di Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Mungkin tiada lagi kes saman Felda oleh peneroka berlaku di tempat lain menyebabkan masih berlaku pemerasan keringat ke atas atuk kesayangan aku. Cuma tahun ni aku tak perlu mengangkut air di pagi hari sebab SAINS takde pun hantar air walaupun semua orang di Felda Pasoh 1, diulang Felda Pasoh 1, beraya tanpa air. Kesian SAINS, dah la dikorporatkan dan mengaut untung juta-juta dari rakyat Negeri Sembilan, hari raya kena la diaorang cuti kan. Apa barang hantar air lepas semayang raya.

So itulah raya yang agak luar biasa bagi aku tahun ini. Seperti setiap hari yang berlalu, setiap hari raya aku juga adalah luar biasa bukan seperti wildcutecat yang biasa-biasa je raya dia. Huhu..

Oleh itu aku ingin menujukan lagu raya kegemaran aku ini untuk semua pembaca setia blog ini (ada ke?? please stand up) dengan ucapan kenang daku dalam doamu. Lagu dendangan Jalil Hamid ini memang favorite setiap raya tapi tak pernah keluar radio. Pelik jugak sebab sehari sebelum puasa dah mula pasang lagu raya yang membuatkan aku menyampah nak dengar tapi tak pernah pulak poolkan lagu ni.

Sekian...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Raya
Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya

Selain Hari Raya
Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

( korus 1 )
Kalau banyak harta benda
Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya

( korus 2 )
Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang negara
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya

Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya

Selamat hari raya
Selamatlah beraya

No comments:

Post a Comment