September 8, 2010

: buka2 famili2

Majlis buka2an yang aku dan Wildcutecat rancang sejak minggu lepas termasuklah jemputan dan menu. Mula2 plan nak buat Ahad lepas balik dari Pasoh. Tapi tak dan pulak sebab badan letih2 lepas travel.

Walaubagaimanapun mjlis yang dirancang tetap dijalankan pada Isnin lepas walaupun Wildcutecat  terpaksa EL sebab kaki cramp. Bos cakap kena simpul biawak. Tak ketahuan pulak aku sebab aku memang lemah bab2 ikatan pengakap ni. Mujurlah aku ikut EL sekali untuk kerja-kerja mummysit dia di rumah. 

Menu simple2 je, ada satay, mihun, nugget, fries, coselaw yang menjadi forte Wildcutecat sekarang. dan bubur jagung. Menu tambahan dari jemputan ialah Roti Jala, pau cantik dan Nata de Coco  Jemputan pula terdiri daripada keluarga Wildcutecat dan anak2 buahannya. Silap aku tak snap banyak gambar pulak, so just enjoy mata anda dengan apa yang ada ye.

buka2an

Tahun depan boleh buat sendirik lak kat rumah sendirik. Tahun ni kira warm up je dulu.

2 comments: