September 25, 2010

: apa anda akan jumpa jika google "capo grande"

Tak tahu lagi apa itu google. Mari pakcik Capo buat tutorial sket. Mula-mula bukak web browser anda (mozilla firefox, internet explorer, google chrome dll), taip "www.google.com" di address bar, tekan enter, taip capo grande dan tekan butang search. Walla, anda sudah pun menggogle.

Jangan amik serius sangat tutorial kat atas tu. Kang ada lak yang marah cakap Capo bagi tutorial ntah apa-apa. Mari saya summarykan apa yang akan anda jumpa kalau google "Capo Grande"

1. Movie Il Grande Capo ( The Boss of It All )

Sebuah filem Denmark yang diarahkan oleh Lars Von Treir, mengisahkan mengenai sebuah syarikat IT di Denmark hendak dijual kepada seorang dari Iceland. Bagaimanapun pemilik syarikat tu taknak dedahkan identitinya dan mengupah seorang pelakon untuk menyamar menjadi bos manakala beliau menjadi pekerja bawahan. Untuk bacaan lanjut saya pastekan ayat dari Wiki ini.

"In Danimarca un'importante società che si occupa di informatica sta per essere venduta ad un burbero islandese, Finnur, che vuole firmare il contratto  con il proprietario. Il vero proprietario, Ravn, però non ha mai rivelato la sua identità, fingendo di essere un semplice esperto legale che operava per conto del grande capo. Decide quindi di assumere un attore  disoccupato, Kristoffer, perché reciti la sua parte per concludere la cessione dell'azienda. La firma del contratto viene, però, ritardata e a Kristoffer è richiesto di recitare il ruolo del grande capo anche con gli stessi dipendenti, in modo da scaricare il vero proprietario dalle responsabilità delle scelte più impopolari passate e future. La situazione è però destinata a sfuggire di mano..."

Apa?? Tak faham kan?? Sama la kita. Nama je macam orang Itali tapi hati tetap macha. Kalau nak tau maksudnya boleh menggunakan Google translation yek. Tajuk Il Grande Capo adalah tajuk filem ini dalam bahasa Itali.

Untuk bacaan lanjut sila layari imdb.com.

2. Curut Butera Capo Grande
Ayat ni saya pastekan juga sebab saya malas nak translate.
"The Butera Capo Grande cigars are a medium-bodied cigar from the Dominican Republic. Made by the famous tobacco distributor Mike Butera, these Colorado Claro wrapped smokes are first aged in cedar and then boxed in Mahogany. This allows for the full flavor of the cigar to come out, giving you a rich and creamy taste. The beautifully constructed cigars draw easily and burn evenly. If you're a fan of any of the Butera brand cigars, give the Butera Capo Grande a try!"

Ye marilah sama-sama kita try curut Capo Grande!!!

3. Pengedar dada(h) (Capo) el Grande

Dalam bahasa Itali Capo bermaksud ketua, so yang aku faham dalam ini cerita ialah ketua pengedar dadah Mexico.Makhluk tuhan yang jadi pengedar ni nama sebenarnya ialah Sergio Villareal Barragan dan mempunyai gelaran 'el Grande'. Dalam Wiki menyatakan dia dapat nama el Grande sebab dia tinggi galah(2.01m).

Takde rupa Capo Grande kan??? Walaupun sama-sama muka pecah rumah tapi saya tetap pilihan  hati Wildcutecat. Huhuhu...

Setakat ni itulah hasilnya yang saya jumpa selain daripada jumpa Campo Grande (town kat Brazil). Apapun siapalah pulak manusia yang akan menggoggle Capo Grande melainkan tuan punya blog ini sahaja yang takde kerja.

p/s: apa anda akan jumpa ke apa akan anda jumpa??? Sape terror BM tolong jawab...

September 23, 2010

: teringin nak buat contest

Tiba-tiba aku rasa nak buat contest. Bukan contest untuk blog ini, tapi blog aku yang lagi 1, All About Negeri Sembilan. bukan apa, aku macam lost sikit nak buat entry dalam blog tu. Itulah sape suruh memandai-mandai  buat blog dalam Bahasa Inggeris. Kan sendiri dah susah. Huhuhu....


Tujuan aku nak buat pun untuk menambah info pasal Negeri Sembilan. Maklumlah banyak lagi tempat aku tak pergi, banyak lagi benda aku tak makan. Mana la tau ada yang berinformasi sudi berkongsi info dalam blog aku tu. Kalau aku buat contest dalam English pun ok kan??? Ramai je yang power-power dari aku.

Hadiah pun dah pikir nak  bagi apa, cuma aku takut takde sape yang join. Nanti sape yang malu??? Mereka dan keluarga mereka gak kan. Huhuhu...

So apa pendapatan anda sekalian?? Sesueiii tak kalau aku proceed dengan idea tu??? Agak-agak ramai tak nak join??? Semua persoalan ini bermain-main di fikiran aku. Mungkin sebab 1st time kot nak buat. Kalau dah banyak kali buat aku ok dah rasanya...

September 16, 2010

: raya yang luar biasa

Hai semua, selamat hari raya. Masih dalam mood raya?? Jika anda masih menjamah kuih raya, anda masih  Jika anda masih ada baju raya yang belum dipakai, anda masih. Jika anda masih bercuti raya, anda masih.

Tahun ini merupakan raya yang luar biasa bagi aku. 1st time beraya sebagai suami mithali. 1st time beraya bertiga, tak sempat beraya berdua tiba-tiba je dah bertiga. 1st time beli baju raya sebelum puasa start. Banyak jugak pencapaian SKT aku tahun ni. Huhuhu. Aha, satu lagi, di pagi yang sunyi pada raya ke7 ini aku telah mencargaskan diri untuk berjoging dan bersenam di Kompleks Sukan Paroi dengan wildcutecat dan ayahanda ku. Selalu lepas habis raya baru aku joging.

Tahun ini juga luar biasa kerana tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, tiada kemalangan disebabkan mercun berlaku melainkan kes kematian budak dalam rumah yang penuh mercun dan beberapa kes 1Malaysia yang lain. Selain itu tiada juga kematian di dalam statistik Ops Silap (eh, Ops Sikap) direkodkan kecuali 1046 kemalangan setakat semalam. Tak banyak dah, so mencapai KPI PM kita untuk tidak menjadikan jalanraya sebagai lautan darah, tapi tahap longkang darah je. Tahniah aku ucapkan kepada PM kesayangan (sebab bagi duit raya) dan Al-fatihah serta takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat. Oh ya, tidak dilupakan tahun ini tiada masalah bekalan air berlaku di semua tanah rancangan Felda serata Malaysia kecuali di beberapa tempat di Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Mungkin tiada lagi kes saman Felda oleh peneroka berlaku di tempat lain menyebabkan masih berlaku pemerasan keringat ke atas atuk kesayangan aku. Cuma tahun ni aku tak perlu mengangkut air di pagi hari sebab SAINS takde pun hantar air walaupun semua orang di Felda Pasoh 1, diulang Felda Pasoh 1, beraya tanpa air. Kesian SAINS, dah la dikorporatkan dan mengaut untung juta-juta dari rakyat Negeri Sembilan, hari raya kena la diaorang cuti kan. Apa barang hantar air lepas semayang raya.

So itulah raya yang agak luar biasa bagi aku tahun ini. Seperti setiap hari yang berlalu, setiap hari raya aku juga adalah luar biasa bukan seperti wildcutecat yang biasa-biasa je raya dia. Huhu..

Oleh itu aku ingin menujukan lagu raya kegemaran aku ini untuk semua pembaca setia blog ini (ada ke?? please stand up) dengan ucapan kenang daku dalam doamu. Lagu dendangan Jalil Hamid ini memang favorite setiap raya tapi tak pernah keluar radio. Pelik jugak sebab sehari sebelum puasa dah mula pasang lagu raya yang membuatkan aku menyampah nak dengar tapi tak pernah pulak poolkan lagu ni.

Sekian...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Raya
Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya

Selain Hari Raya
Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

( korus 1 )
Kalau banyak harta benda
Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya

( korus 2 )
Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang negara
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya

Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya

Selamat hari raya
Selamatlah beraya

September 8, 2010

: selamat hari raya

: buka2 famili2

Majlis buka2an yang aku dan Wildcutecat rancang sejak minggu lepas termasuklah jemputan dan menu. Mula2 plan nak buat Ahad lepas balik dari Pasoh. Tapi tak dan pulak sebab badan letih2 lepas travel.

Walaubagaimanapun mjlis yang dirancang tetap dijalankan pada Isnin lepas walaupun Wildcutecat  terpaksa EL sebab kaki cramp. Bos cakap kena simpul biawak. Tak ketahuan pulak aku sebab aku memang lemah bab2 ikatan pengakap ni. Mujurlah aku ikut EL sekali untuk kerja-kerja mummysit dia di rumah. 

Menu simple2 je, ada satay, mihun, nugget, fries, coselaw yang menjadi forte Wildcutecat sekarang. dan bubur jagung. Menu tambahan dari jemputan ialah Roti Jala, pau cantik dan Nata de Coco  Jemputan pula terdiri daripada keluarga Wildcutecat dan anak2 buahannya. Silap aku tak snap banyak gambar pulak, so just enjoy mata anda dengan apa yang ada ye.

buka2an

Tahun depan boleh buat sendirik lak kat rumah sendirik. Tahun ni kira warm up je dulu.