August 5, 2010

: who are you???

Situasi ini adalah di dalam Bahasa Inggeris dan diterjemahkan. Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk ibu mengandung dan pekerja cemerlang.
.....................................................

Nafas Leman berdegup kencang. Sambil tangannya laju menyodok tanah untuk menanam mayat isterinya. Setelah setengah jam menggali, dia berhenti setelah berpuas hati dengan kedalamannya. Lantas tanggannya mengeluarkan pisau pemotong daging yang baru dibelinya minggu lepas.

Leman berjalan ke arah mayat isterinya. Dipandangnya dari atas ke bawah. Buat kali terakhir. Perlahan dia menggangkat kain pada mayat sehingga ke paras lutut. Sasaran ditetapkan, lalu Leman menetak pisau itu dan memotong kaki isterinya.

Kemudian Leman mengangkat mayat isterinya yang tidak berkaki dan memasukkan ke dalam lubang yang baru digalinya itu. Kerja-kerja menimbus mayat pun bermula.

Tak berapa lama kemudian, Leman siap menimbus mayat. Sambil berjalan ke arah kereta, Leman menyanyikan lagu “Your leg is my inspiration”.

Selang 2 tahun kemudian.

Leman hidup tidak tenang. Sangkanya selepas membunuh isterinya masalahnya akan selesai. Tapi itu tidak berlaku. Sejak malam dia membunuh isterinya 2 tahun lepas, hidup Leman sering diganggu bayangan lembaga tidak berkaki.

Dia takut. Tidurnya tak lena. Kemana saje dia pergi, dia akan melihat bayangan seseorang memakai jubah coklat menutup kepala dan tidak berkaki. Selalu Leman mengelak dari melihat ke arah muka bayangan lembaga itu. Takut-takut itu roh isterinya.

Satu hari Leman nekad, dia mahu lari dari rumahnya dan pulang ke kampung untuk mencari ubat penawar. Ketika memandu memasuki jalan kampungnya yang gelap dan sunyi. Leman ternampak lagi bayangan itu. Leman tidak mempedulikannya dan terus memecut dan meninggalkan bayangan itu. Selang tak jauh pemanduan, sekali lagi Leman terserempak lagi dengan bayangan itu. Mengangkat tangan seolah minta ditumpangkan.


Kejadian ini berulang beberapa kali dan setiap kali itulah Leman memecut keretanya dengan lebih laju. Tiba-tiba kereta Leman berhenti. Puas dihidupkan tapi gagal. Dia memandang ke depan. Dari jauh kelihatan bayangan yang sering mengganggunya merangkak menghampiri. Semakin lama semakin hampir dan akhirnya berhenti betul-betul di depan Leman.

Leman yang ketakutan tidak dapat bergerak. Matanya tepat memandang muka lembaga itu. Tetapi tiada apa kelihatan. Tiada wajah, tiada hidung, tiada mata dan tiada mulut. Leman merasakan bayangan ini bukan roh isterinya yang mahu membalas dendam. Lalu Leman menjerit.

”Who are you???”
”Who are you???”
”Who are you???”

Bayangan itu mendekatkan kepalanya ke muka Leman. Cukup dekat untuk Leman merasa nafasnya itu. Perlahan bayangan itu membuka tudung kepala yang dipakainya.

Sekali lagi Leman menjerit setelah melihat wajah itu.

”Who are youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu???”

………………………………………………

”Bang, bang nape ni???

Terasa pipiku seperti ditampar, lembut.

”Bang nape?? Ngigau ke??

”Aah, sorry” kataku sambil meneruskan peniduran. Sambil berharap ada mimpi dalam English lagi sekali.

~ Tamat da ~

p/s: Your leg is my inspiration?? WTF...

2 comments:

  1. adakah aku kenal si leman yg berbahasa english itu?? aku rasa aku kenal sgt.. hahahahahahaha

    ReplyDelete