August 20, 2010

: tutorial minicom

Hye, sambungan dari Tutorial enable USB-Serial adapter (RS-232) dalam Ubuntu, mari kita sambung tutorial Minicom pulak. Nak tau lebih lanjut lagi pasal Minicom ni, mari baca sama2 dekat Abang Wiki. Ringkasnya Minicom ialah aplikasi yang sama macam HyperTerminal dalam Windows.

Untuk tidak membuang masa lagi jom terus kita tengok macam mana nak guna Minicom ni.
1. Mula2 sekali kita kena install Minicom ni. Ada 2 cara dalam Ubuntu 10 ni untuk install. Satu boleh guna "Ubuntu Software Center" dan cari Minicom. Lagi satu ialah menggunakan command di terminal seperti berikut :
       #apt-get install minicom
2. Check serial port yang aktif (dalam kes ni, USB port ye)
      #dmesg | grep tty
dan akan nampak ttyUSB0
3. Kemudian check read and write permission ttyUSB0 ini
      #ls -la /dev | grep ttyUSB0
kita boleh nampak bahawa group “dialout” dah ada permission yang diperlukan
      crw-rw---- 1 root dialout 4, 64 2007-02-26 22:55 ttyUSB0
4. Kalau permission tiada kita boleh gunakan command di bawah untuk setkan
     #chown root /dev/ttyS0
     #chgrp dialout /dev/ttyS0
     #chmod 660 /dev/ttyS0
5. Sekarang tambah username anda untuk dimasukkan ke dalam group “dialout”
                   #adduser your_user dialout
kalau nak semak siapa yang dah ada dalam group ni gunakan command di bawah             
      #cat /etc/group | grep dialout
dan anda akan nampak nama yang telah dimasukkan tadi.
6. Sekarang dan boleh mula guna Minicom. Gunakan command di bawah untuk configure Minicom.

      #minicom -s

7. Pergi ke Serial port setup dan set seperti di bawah
12
8. Save setup as dfl. Default file ialah di /etc/minicom/minirc.dfl3
9. exit4
10. command key untuk Minicom
      Ctrl + A → Z → O – Configure
      Ctrl + A → Z → M – Initialize modem
      Ctrl + A → Z → X – Exit
11. Untuk mennggunakan Minicom pada lain masa just taip Minicom dan tekan enter
12. Anda juga  boleh memilih untuk save setup sebagai nama lain. Sebagai contoh saya save sebagai nama capogrande. Anda boleh load configuration tersebut menggunakan command ini:
      #minicom -s config1
Sekian saja tutorial yang tak seberapa dari saya ini. Kalau saya dah teroris setup switch saya buat tutorial pasal tu pulak ek. Adios

3 comments:

  1. ohh.. x pakai GUI yer.. interface cam kat terminal. dulu penah gak explore fedora dan ubuntu tapi dah terbantut sejak mobo laptop problem.

    ReplyDelete
  2. iyiana:
    pakai GUI gak la nina-chan...saya xsepower en. ghimau...huhu

    ghimau:
    tq bro...

    ReplyDelete