August 17, 2010

: tutorial enable USB-Serial adapter (RS-232) dalam Ubuntu

2 minggu lepas, habis je bengkel 1GovMail kat Nilai tu aku ada 1 lagi training di The Garden, Mid Valley. “Training 3com switch installation and configuration” namanya. Semangat la aku nak belajar sebab aku memang tak tau langsung pasal setting2 switch ni. Boleh la tambah pengetahuan di samping lepak2 hotel 5 stars yang mahal tuh. Bila lagi kan??

Aku tambah semangat sebab baru je install Ubuntu 10.04 LTS so aku decide untuk training nanti aku nak guna Ubuntu je. Dengan ilmu yang tak seberapa ada ni aku pun google2 la untuk explore option aku untuk install USB-Serial port adapater (RS232). Kalau kita guna Windows boleh je download driver dan terus install. Tapi kat linux ada step2 sket korang kena buat. FYI, RS-232 ni kita gunakan sebagai adapter untuk sambungkan console cable ke USB port. Laptop2 skang kan canggih, mana ada comm port lagi.

Lagi satu aku kena cari software yang sama fungsi dengan Hyper Terminal dalam Windows. Akhirnya aku jumpa juga Minicom. Sebelum tu aku ada try Microcom tapi macam susah je. Insyallah kalau ada masa aku akan try Microcom lagi sekali dan sediakan tutorial di sini yek. 

Jadi mari kita mulakan tutorial kita sekarang. Mula2nya kita mesti mendetectkan RS-232 cable kita dulu. Caranya2 macam ni :-
1. Pasangkan RS-232 cable ke USB Port dan tunggu beberapa saat.
2. Open terminal (kalau nak senang lagi, bukak Root Terminal terus) → taip “dmesg” dan anda akan melihat paparan seperti di bawahdmesg1 3. Cabutkan cable tersebut dan taip “lsusb” dan anda akan melihat paparan seperti di bawahlsusb1 4. Pasangkan cable kembali dan taip “lsusb” semula. Anda akan melihat paparan tambahan seperti di bawah.
lsusb2 5. Sekarang kita dah tau vendor id dan product id untuk cable RS-232 kita tu. Jadi kita akan loadkan info tersebut ke dalam linux kernel mode “usbserial” untuk tujuan pengaktifan. Taip :
                  #sudo modprobe usbserial vendor=0x0557 product=0x2008
6. Run “dmesg” sekali lagi dan anda akan melihat paparan seperti di bawah.dmesg27. Sebagaimana yang anda nampak, cable itu telah di mapkan kepada /dev/ttyUSB0. Untuk memastikan Ubuntu akan load kernel ini secara auto taip :
                #gedit /etc/modules
dan tambahkan “usbserial vendor=0×0557 product=0×2008″ ke dalamnya.gedit-etc-module
8. Sekian untuk detect cable RS-232. Mari sambung macam mana nak guna Minicom next time pulak ye.

p/s : tutorial ini boleh digunakan untuk enabled sebarang USB device anda. Just follow step2 dan jangan malu nak google. Saya lagi tak pandai dari anda semua.

No comments:

Post a Comment